Biodata Harris Alif, Pelakon Drama Komedi Oh My English Level Up

Biodata Harris Alif, Pelakon Drama Komedi Oh My English Level Up

Nama Harris Alif mula menjadi siulan khalayak selepas menyertai program nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil 2010. Menerusi rancangan berkenaan, Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi dinobatkan gelaran juara.

Terdahulu, jejaka kelahiran Pulau Pinang ini turut memenangi Bintang Kecil RTM sekitar tahun 2009.

Bermula dari situ, jejaka berusia 18 tahun ini bukan sahaja aktif menyanyi bahkan mula mendapat tawaran untuk berlakon dan pengacara.

Antara drama dan telefilem yang telah dibintanginya adalah Maafkan Kami, Sunat 21, Geng Bas Sekolah dan Misteri Buluh Lemang.

Di samping Chichi & Chacha, anak muda ini juga mengendalikan beberapa program kanak-kanak seperti 4 Teman, Whazzup Ceria dan Banana Squad.

Sementara itu, figura kacak ini telah merakamkan dua single iaitu Aku Pelindungmu dan Kisah Yang Terindah.

Terkini, drama komedi lakonannya iaitu Oh My English Level Up sedang hangat ditayangkan di Astro TVIQ 610 dan Astro Maya HD 135 setiap Ahad mulai 6.30 petang.

Apakata kita semak biodata dan trivia menarik jejaka berbintang Virgo ini.

Biodata Ringkas Harris Alif

Nama Penuh: Nor Harris Alif Nor Rashidi
Nama Komersil: Harris Alif
Umur: 18 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 2 September 1999
Zodiak: Virgo
Asal: Pulau Pinang
Adik Beradik: Anak ketiga daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Pengacara TV & Model
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Oh My English Level Up, Geng Bas Sekolah, Maryam Eliana, Kapcai Ayah, Si Kijang Merah, Epok, Cerita Ramadan Hazim, Dodol-Dodol Cinta, Destinasi G4, Bila Chacha Masuj Asrama, Istikharah Cinta, Ema Emyliana, Ema Emyliana Raya, Maafkan Kami, Sunat 21, Misteri Buluh Lemang, Lembayung Kasihmu dan banyak lagi.

Filem: Aku, Kau & Dia & Bola Kampung The Movie.

TV Host: Chichi & Chacha, Berita Adik, The V Squad, Whazzup Ceria, 4 Teman & Banana Squad.

Lagu/Single: Kisah Yang Terindah & Akulah Pelindungmu.

Laman Media Sosial Harris Alif

Trivia Menarik Tentang Harris Alif

  • Sebelum menyertai program Idola Kecil 3 dan Bintang Kecil RTM, Harris pernah menganggotai sebuah band kanak-kanak bernama First Step sebagai vokalis ketika berusia 8 tahun.
  • Harris turut menyumbangkan suaranya dalam filem animasi berjudul Bola Kampung The Movie sebagai Azizul serta siri kartun Boboiboy menerusi watak Kapten Kaizo.
  • Berduet bersama bintang AF Megastar 2017, Marsha Milan menerusi lagu runut bunyi (OST) filem animasi Bola Kampung The Movie bertajuk Rindu.
  • Selain Universal Music, Harris turut bernaung di bawal label Rumpun Records.
  • Memperagakan pakaian rekaannya di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2015 menerusi hasil kerjasama dengan label fesyen lokal, Chemboja.
  • Di usia 16 tahun, anak muda ini membeli sebuah kereta Iaitu Honda Jazz hasil daripada titik peluhnya dalam bidang seni hiburan.
  • Sangat menggemari label pakaian berjenama mewah seperti Balmain, Alexander McQueen, Givenchy dan jenama kasut daripada Nike dan Vivienne Westwood.
  • Jejaka ini turut mengeluarkan wangian berjenama sendiri iaitu Rhythm by Harris Alif.
  • Mendapatkan khidmat pembelajaran di rumah (Home School) ketika di tingkatan empat dan lima.
  • Pernah menyertai program terbitan TV9, Lari: Misi Mencari Mr X yang turut disertai oleh Mark Adam, Azwan Ali dan Arja Lee.
  • Memiliki lebih 400,000 pengikut di Instagram dan 100,000 pengikut di Facebook miliknya.
azlan-150x150 Biodata Harris Alif, Pelakon Drama Komedi Oh My English Level Up

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #awek harris alif #Biodata Harris Alif #Drama Komedi Oh My English Level Up #Harris Alif #Harris Alif Aktor Oh My English Level Up #harris alif bercinta #harris alif biodata #harris alif dan didi astillah #harris alif dan kekasih #harris alif height #harris alif idola kecil #harris alif instagram #Harris Alif Juara Idola Kecil 3 #Kenali Harris Alif #Oh My English Level Up #Profil Harris Alif #Trivia Menarik Harris Alif

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.