Kenali Reen Rahim, Aktres Cun Berasal Dari Klang, Selangor

Kenali Reen Rahim, Aktres Cun Berasal Dari Klang, Selangor

Reen Rahim atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim mula menguak pintu industri seni hibiran apabila meraih gelaran juara dalam program Pilih Kasih (PK) musim ketiga.

Semakin laris di arena lakonan, jadual seni anak jati Klang, Selangor semakin padat sehingga terpaksa selektif dalam menerima sebarang tawaran.

Menerusi laman Instagramnya, wanita berusia 29 tahun ini baharu sahaja menamatkan sesi pengambaran drama bersirinya iaitu Seharum Kasih dan telefilem berjudul Dania Dia Dan Dubai yang akan disiarkan di kaca televisyen tidak lama lagi.

Buah tangan terbaharunya iaitu Mr Delicious sedang ditayangkan di saluran HyppTV (HyppSensasi 116) mulai 16 Oktober lalu. Drama 30 episod ini turut dibintangi oleh Guntur Triyoga, Killafairy, Azar Azmi dan Ieda Moin.

Sedar atau tidak, aktres cun ini sudah berkelana hampir 5 tahun sebagai anak wayang.

Jangan buang masa, jom kenali lebih dekat dengan anak ketiga daripada empat adik-beradik ini.

Biodata Ringkas Reen Rahim

Nama Penuh: Noreen Ashikin Abdul Rahim
Nama Komersil: Reen Rahim
Umur: 29 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 3 November 1988
Zodiak: Scorpio
Asal: Klang, Selangor
Adik Beradik: Anak ketiga daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon & Model
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Tauke Jamu, Mr Delicious, Abam Sado Boleh Beres, Pergilah Air Mata, Bella, Pinangan Ke-20, Jalan Sehala, Menantu Sepuku Ribu, Imam Muda Dari Cairo, Dengan Beetle Kami Beraya, Jaga Depan Sat, Puteri Idaman, Sahara, Langit Ke-7, Tika Langit Terbuka, Sayangku Kapten Mukhriz, Lambaian Ramadan, Buih-Buih Kasih, Zara Zara, Jom Kahwin, Terlanjur Mencintaimu, Obses, Hidayahmu Ramadan, Masihkah Ada Kasih, Kampung Girl, Evolusi KL Drift: The Series dan banyak lagi.

Filem: Rempit Sampai Langit, Soulmate Hingga Jannah, Balun, Gangster Celop, Mawar Putih, KL Vampires, Mirip dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Reen Rahim

Trivia Menarik Tentang Reen Rahim

  • Merupakan graduan Diploma Hair Stylist dari Thomas & Guys Academic.
  • Pernah bekerja sebagai pendandan rambut sebelum menyertai program Pilih Kasih 3.
  • Memiliki darah campuran Melayu, Pakistan, Bugis dan Arab.
  • Jika tiada masa bersenam di gimnasium, Reen lebih suka bersenam di rumah dengan aktiviti lompat tali dan turun naik tangga.
  • Akan memastikan berat badannya tidak melebihi 50 kilogram (kg).
  • Figura ini pernah tercalon dalam top 5 kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 3.0 dan Pelakon Pembantu Wanita Drama di Anugerah Skrin (ASK) 2015.
  • Si tinggi lampai ini menetapkan sasaran untuk menamatkan zaman solonya di usia 30 tahun.
  • Digosipkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon kacak dan bertubuh sasa, Mustaqim Baharon.
  • Reenduyou Official adakah nama kelab peminat Reen Rahim.
  • Memiliki lebih 400,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Kenali Reen Rahim, Aktres Cun Berasal Dari Klang, Selangor

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anak reen rahim #Biodata Reen Rahim #gambar reen rahim #Kenali Reen Rahim #Profil Reen Rahim #Reen Rahim #reen rahim biodata #reen rahim family #reen rahim instagram #reen rahim kahwin #Reen Rahim Pilih Kasih 3 #reen rahim suami #tinggi reen rahim #Trivia Menarik Reen Rahim

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.