Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran

Amanah Saham Bumiputera Hibah

Apakah konsep Hibah ASB?

Seperti sedia maklum, ramai antara kita ada simpanan di ASB samada simpanan sendiri ataupun pinjaman. Simpanan dalam ASNB tiada penama (nominee). Maka jika berlaku kematian pemegang ASB, maka tiada cara lain kecuali waris membawa surat kuasa (Letter of Admin) atau Probet dari mahkamah tinggi untuk mengeluarkan duit ASB ini. Boleh refer dengan ASNB untuk keterangan lanjut proses ini.

Tapi tahukah kita, prosidur apabila kita meninggal dunia kelak segala nilai asset simpanan kita di ASB kepada pewaris akan menjadi lambat dan panjang oleh kerana prosidur yang kita semua sedia maklum penuh dengan birokrasi.

Di ASB, diperkenalkan konsep Hibah. Yang mana Hibah ini adalah hadiah dari si mati kepada sesiapa yang ingin diberikannya. Simpanan di ASB adalah untuk kita dan pewaris kita juga, tetapi apabila kita mati kelak, ingin juga kita mahu supaya pewaris kita mendapat apa yang sepatutnya.

Kadar caj hibah ASB

Secara mudah konsep Hibah amanah ini, pemegang akaun memberi hadiah (Hibah) berupa baki unit tabung amanah (contoh ASB) kepada waris terdekat. Satu suratikat amanah (trust) antara pemberi Hibah melantik ASNB sebagai pemegang amanah yang tugasnya ialah mentadbirkan harta tersebut bila pemberi Hibah meninggal dunia. Ini bermakna duit ASB tersebut bukan lagi harta pusaka bila pemegang akaun meninggal dunia. Penerima Hibah akan menerima bahagian yang ditetapkan oleh pemberi Hibah di dalam borang.

Sebagai pentadbir Hibah amanah ini, pihak ASNB akan mengenakan caj pentadbiran iaitu 1.50% untuk RM25K yang pertama dan 1.00% untuk RM225K yang seterusnya.

Contoh pengiraan kadar caj pentadbiran :

ASB berbaki RM25,000 diberikan Hibah amanah 100% kepada Aisha.

Kadar nilai caj pentadbiran adalah RM25,000 x 1.50% = RM375.

Maka Aisha akan mendapat RM25,000 tolak (-) caj pentadbiran (RM375) = RM24,625.00

Ada beberapa terma dan syarat yang perlu dipenuhi iaitu :

  • Pemberi Hibah boleh menghibahkan salah satu atau kesemua tabung unit amanah yang dimilikinya.
  • Unit-unit amanah yang dihibahkan mestilah bukan masih dalam pinjaman atau hutang sama ada keseluruhan atau sebahagian. Maksudnya, jika unit amanah anda ada loan ASB, atau anda sudah menukar kepada bentuk sijil lalu dicagarkan kepada pihak bank, maka unit amanah ini tidak boleh dihibahkan.
  • Baki unit Pemberi Hibah dalam tabung unit amanah yang dihibahkan mestilah kekal 1,000 unit dan ke atas, tidak termasuk unit-unit amanah dari skim pelaburan Ahli KWSP. Bila sahaja anda membuat hibah, pihak ASNB akan menukarkan 1,000 unit anda ke dalam bentuk sijil dan disimpan oleh mereka.
  • Penerima hibah terhad kepada 10 orang bagi setiap suratikat Hibah amanah.

Rujuk

logo-150x150 Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran

Loading...

Tags: #apakah hibah asb #cara hibah berfungsi dalam asb #kadar caj konsep hibah #kira caj hibah #pemegang akaun asb kena tahu #simpanan asb #syarat hibah asb #tentukan pewaris wang asb #wasiatkan wang dalam asb

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran"