Rawatan Alternatif Atasi Batuk Berkahak Dan Selsema

Petua Atasi Batuk Berkahak Dan Selsema

Seperti anda sedia maklum, batuk dan selsema disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah :

  • Penyakit berkaitan virus seperti selsema, influenza
  • Jangkitan paru-paru dan salur pernafasan
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Perubahan cuaca
  • Penyakit paru-paru
  • Terdedah kepada habuk dan bahan kimia
  • Masalah asid dalam perut
  • Rembesan cecair dalam tekak

Masalah batuk yang berpanjang dan gatal pada salur pernafasan pasti akan menganggu masa tidur anda. Anda hanya mampu menggunakan kaedah tidur menggunakan bantal yang tinggi bagi mengawal keadaan batuk berlarutan. Jadi jika perkara ini tidak dirawat, ia pasti akan memudaratkan anda kelak.

Walaupun terdapat pelbagai jenis ubat batuk dipasaran, anda boleh juga mencuba kaedah alternatif yang ringkas jika ketiadaan ubat yang berkesan di rumah. Di sini dikongsikan kaedah rawatan alternatif yang boleh anda cuba. Bahan-bahan dan cara penyediaan adalah seperti berikut;

Bahan-bahan dan kelengkapan :

  • Kuali atau bekas pemanas
  • Bawang putih (secukupnya)

Cara-caranya penyediaan adalah seperti berikut :

  • Kalau boleh gunakan 1 atau 2 labu bawang putih. Bawang tersebut hendaklah dibasuh bersama kulitnya.
  • Kemudian, panaskan kuali dengan api perlahan dan bakar bawang putih yang dibersihkan tadi bersama kulitnya selama 25 hingga 40 minit atau sehingga ia empuk.
  • Setelah bawang yang dibakar tadi masak sepenuhnya, leraikan ulas bawang dan makan.
Loading...

Tags: #khasiat bawang putih #petua batuk #petua jimat atasi batuk #petua masalah batuk berkahak #Rawatan Alternatif Di Rumah Atasi Batuk Berkahak Dan Selsema

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "Rawatan Alternatif Atasi Batuk Berkahak Dan Selsema"