3 Pelawak Popular Malaysia Ini Tamatkan Zaman Solo Pada Tahun 2017!

3 Pelawak Popular Malaysia Ini Tamatkan Zaman Solo Pada Tahun 2017!

Pejam celik pejam celik, kita sudah berada di bulan terakhir tahun 2017. Pelbagai perkara baik dan buruk telah terjadi di dunia seni hiburan tanah air sepanjang tahun ini.

Selain dikejutkan dengan berita sakit dan kematian beberapa artis tempatan, terdapat juga selebriti kita yang baharu mendirikan rumah tangga dan selamat melahirkan anak.

Buat tatapan para pembaca, penulis senaraikan 3 pelawak popular Malaysia yang menamatkan zaman solo mereka pada tahun 2017. Siapa saja mereka, jom kita intai-intai artikel di bawah!

1. Jep Sepahtu

jep-sepahtu-dan-sari-yanti-kahwin-300x300 3 Pelawak Popular Malaysia Ini Tamatkan Zaman Solo Pada Tahun 2017!

Tanggal 25 Februari 2017 menjadi memori terindah buah pelawak dan penyampai radio Sinar.FM, Jep Sepahtu apabila menamatkan zaman solonya dengan pelakon cantik molek, Sari Yanti di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana sekitar 11.50 pagi.

Pasangan merpati dua sejoli ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Dato’ Muhammad Nazari.

Majlis pernikahan Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin dengan heroin drama bersiri Cik Serba Tahu ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga, saudara- mara dan rakan artis terdekat.

Sekadar info, ini merupakan perkahwinan kali kedua Sari Yanti selepas bercerai dengan bekas suami, Mohd Edy Casmadi pada tahun 2014 setelah mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Hasil perkahwinan terdahulu, akktres bertubuh genit ini dianugerahkan dua orang anak iaitu Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

2. Abam Bocey

abam-bocey-kahwin-300x300 3 Pelawak Popular Malaysia Ini Tamatkan Zaman Solo Pada Tahun 2017!

 

Selepas lapan tahun mengenali hati budi antara satu sama lain, Abam Bocey diijalkabulkan dengan wanita pilihan hati bernama Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017 dengan sekali lafaz kira-kira jam 5.33 petang.

Pemilik nama lengkap Syed Umar Mokhtar Syed Mohamad Ridzuan ini menyerahkan mas kahwin bernilai RM 3,000 berserta wang hantaran sebanyak RM 13,888 dan seutas rantai leher kepada pengantin perempuan.

Sementara itu, pengantin lelaki turut menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas sebelas daripada pihak wanita.

Bertempat di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, raja sehari ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, Ustaz Kamal Salan berwalikan bapa pengantin perempuan.

Malah, rakan sekumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey turut hadir dan menjadi pengapit ketika majlis akad nikah berkenaan.

Majlis persandingan sebelah pengantin wanita telah diadakan pada 9 Disember lalu di Taman Air Manis, Sabak Bernam manakala majlis bertandang pihak pengantin lelaki akan berlangsung di Gombak pada 20 Januari 2018.

Terdahulu, figura yang dicungkit menerusi program Bintang Mencari Bintang ini menghantar rombongan merisik Siti Nurhidayah pada September lepas. Untuk makluman, isteri tercinta pelakon drama Saka Sisters ini bekerja sebagai kerani akaun di sebuah firma swasta.

3. Tauke

tauke-kahwin-300x300 3 Pelawak Popular Malaysia Ini Tamatkan Zaman Solo Pada Tahun 2017!

Zamratul Amri Zakaria atau nama komersilnya Tauke dan isterinya Nadia Mohd Affendi mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2017 lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.

Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkan oleh Jurunikah merangkap Imam Masjid Al I’itisam, Taman Tun Dr Ismail Jaya, Mohd Fairus Shuaib berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Mohd Affendi Mohamad di De’ Laman Event Space, Shah Alam, Selangor.

Pengacara program Dangdut Star ini menyerahkan lima dulung hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin wanita beserta mas kahwin sebanyak RM 300.00 dan wang hantaran bernilai RM 30,000.

Menggenakan sepersalinan beronan putih, majlis pernikahan pasangab mempelai ini dihadiri 100 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan artis.

Paling menarik, majlis resepsi diadakan pada sebelah malam di lokasi yang sama dengan tema Fairy Tale.

Nadia yang merupakan model sambilan menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang matang, penyayang dan bertanggungjawab.

Untuk pengetahuan para pembaca, ini merupakan perkahwinan keempat buat Tauke yang popular menerusi kumpulan Jambu selepas lima tahun menduda.

Hasil tiga perkahwinan terdahulu, bekas penyampai radio Era.FM ini dikurniakan enam orang cahaya mata yang berusia 9 hingga 16 tahun.

azlan-150x150 3 Pelawak Popular Malaysia Ini Tamatkan Zaman Solo Pada Tahun 2017!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #abam bocey kahwin #abam kahwin #Artis Malaysia Kahwin 2017 #hantaran kahwin artis 2017 #jep sepah kahwin #Komedian Popular Malaysia Kahwin 2017 #pelawak kahwin 2017 #Pelawak Malaysia Tamatkan Zaman Solo Pada 2017 #Pelawak Popular Malaysia Kahwin 2017 #tauke jambu kahwin #tauke kahwin

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.