5 Selebriti Popular Malaysia Yang Berasal Dari Melaka

Selebriti Popular Malaysia Yang Berasal Dari Melaka

Untuk pengetahuan para pembaca, terdapat ramai lagi selebriti popular yang merupakan anak kelahiran negeri Melaka selain penyanyi hebat seperti Anuar Zain dan Allahyarham Izwan Pilus.

Pada kali ini, penulis berkongsi dengan anda tentang 5 selebriti popular Malaysia yang berasal dari negeri Hang Tuah. Let’s find out!

1. Ayda Jebat

gambar-muslimah-ayda-jebat-300x300 5 Selebriti Popular Malaysia Yang Berasal Dari Melaka

Tahun 2015 merupakan tahun bertuah buat wanita bernama Nur Suhada Jebat atau nama komersilnya Ayda Jebat. Manakah tidak, drama bersiri lakonannya berjudul Rindu Awak 200% meledakkan nama anak jati Merlimau, Melaka ini di persada seni hiburan tanah air. Di samping Rindu Awak 200%, anak sulung daripada empat beradik ini juga membintangi drama seperti M.A.I.D, Assalamualaikum Cinta, Awak Sangat Nakal, Ku Kirim Cinta, Dekatkan Jarak Kita dan Isteri Separuh Masa.

Selain aktif berlakon, figura berusia 25 tahun ini turut berbakat dalam bidang seni suara. Kalau nak tahu, Ayda merupakan peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF) 9 namun tersingkir pada minggu ketiga. Antara lagu-lagu popularnya adalah Siapa Diriku, Pencuri Hati, Nakal Nakal Nakal, Bawaku Berkelana, Mata dan Pinjamkan Hatimu.

Pelbagai kejayaan manis dicapai oleh duta AuraWhite ini sepanjang bergelar anak seni termasuklah Ikon Media Sosial di Anugerah Planet Muzik (APM) 2017, Artis Trending Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2016, Anugerah Top Top Meletop (Wanita) dan Pelakon Meletop di Anugerah Meletop ERA 2016 serta Artis Wanita Pilihan di Anugerah Melodi 2015.

2. Remy Ishak

Remy-Ishak-300x300 5 Selebriti Popular Malaysia Yang Berasal Dari Melaka

Remy Ishak, satu nama yang tidak asing lagi di dunia seni hiburan Malaysia. Bakatnya sebagai anak wayang sememangnya tidak perlu dipertikaikan dan terus dikagumi lebih-lebih buat kalangan pendatang baharu seni tempatan.

Projek seni pertamanya adalah filem Akuarium Cinta yang diarahkan oleh pengarah hebat, Osman Ali sekitar 2005. Kelibatnya semakin mencuri tumpuan para peminat selepas muncul dalam drama bersiri ketuhanan berjudul Nur Kasih yang mencipta fenomena luar biasa pada tahun 2009.

Tidak hanya laris di kaca televisyen dan filem, pemuda berusia 35 tahun juga melebarkan bakat lakonannya di pentas teater. Beliau pernah menjayakan beberapa teater seperti Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka, Sekuntum Mawar Merah, Cinduo Mato dan Madu Kalut Returns.

Sedar atau tidak, anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka ini telah memperdagangkan bakatnya selama lebih 10 tahun sebagai pelaku seni. Digelarkan dengan gelaran hero pujaan Malaya, pemilik nama lengkap Mohammad Zalimei Ishak pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin (ASK) 2017, Artis Lelaki Pilihan di Anugerah Melodi 2013, Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 dan Selebriti Lelaki Paling Seksi di Anugerah Stail EH! 2010.

3. Ziana Zain

Ziana-Zain-300x300 5 Selebriti Popular Malaysia Yang Berasal Dari Melaka

“Bukan sekali kau suarakan, Kebimbangan pada cintaku, Kau tak mampu, Bersendirian tanpaku…”

Itu antara bait-bait lirik lagu Madah Berhelah yang dinyanyikan oleh diva pop negara, Ziana Zain. Fenomena lagu malar segar ini sedikit sebanyak melonjakkan nama penyanyi yang berasal daripada Kampung Sempang, Merlimau, Melaka.

Sebanyak tujuh album studio telah dirakam oleh pelantun Anggapanmu dan Kemelut Di Muara Kasih ini iaitu Madah Berhelah (1991), Ziana Zain (1993), Setia Ku Di Sini (1995), Puncak Kasih (1997), Ziana Zain II (1999), Aku Cintakan Mu (2001) dan Dingin (2008).

Tidak mahu kekal di zon selesa, ibu saudara kepada Ernie Zakri ini terjun ke arena perfileman dan televisyen. Selain Sembilu dan Sembilu II, Jennifer Lopez Malaysia ini turut berlakon dalam filem Maria Mariana, Maria Mariana II, Merah, Sembilu 2005, Pontianak Menjerit, Qabil Khushry Qabil Igam dan Magika.

Figura manis bertudung ini menamatkan zaman solonya dengan lelaki bernama Armin Zaharin pada tahun 1998. Hasil perkahwinan tersebut, Ziana dan suami dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, Muhammad Ammar Amin, Muhammad Arrel dan Siti Noor Kaseh.

4. Amar Asyraf

Amar-Asyraf-300x300 5 Selebriti Popular Malaysia Yang Berasal Dari Melaka

Sedikit biodata tentang Amar Asyraf. Nama sebenarnya adalah Amar Asyraf Zailuddin dan dilahirkan pada 15 November 1986.

Berasal dari Masjid Tanah, Melaka, graduan jurusan Diploma Seni Pengarahan dan Lakonan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini mula menguak pintu industri lakonan pada 2011 menerusi filem Penunggu.

Namanya mula menjadi siulan khalayak apabila menerajui watak utama drama bersiri Setia Hujung Nyawa iaitu sebagai Zain Hakimi yang ditayangkan di slot Akasia TV3 pada 2012. Pelbagai drama dan telefilem telah dibintanginya termasuklah Syurga Nur, Perempuan Di Hujung Kampung, Dalam Hati Ada Taman, Gajet Mak Dah, Designer DD Naik Haji, Pergilah Air Mata, Menantu Bilal dan Jeritan Batinku.

Berkat usaha gigihnya dalam bidang seni, aktor teater Bahara Emas ini pernah diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin (ASK) 2015.

5. Asyraf Muslim

Asyraf-Muslim-300x300 5 Selebriti Popular Malaysia Yang Berasal Dari Melaka

Siapa yang tidak mengenali pelakon kacak kelahiran Teluk Mas, Melaka bernama Asyraf Muslim ini.

Suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi ini mula dikenali menerusi drama berantai terbitan TV3 berjudul Manja Lara yang ditayangkan pada 2017. Bermula dari situ, bakat pemuda berbintang Virgo ini mula bersinar terang di persada seni hiburan negara bukan hanya di layar kaca malahan di layar perak.

Di samping drama Mr Boss Miss Stalker dan Biar Aku Jadi Penunggu, anak sulung daripada tujuh beradik ini turut berlakon dalam Cinta Hati Batu, Imam Muda Dari Cairo, Gerimis Hati Asyikin, Mr Istikharah, Oh My Pondok, Ustaz Amirul, Puaka Niyang Rapik dan Kau Laksana Bulan.

Untuk info, Asyraf pernah mengacarakan program perubatan iaitu Syifa al Hidayah di Astro Oasis 106.

azlan-150x150 5 Selebriti Popular Malaysia Yang Berasal Dari Melaka

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 selebriti popular Malaysia yang berasal dari melaka #Amar Asyraf #Artis Kelahiran Melaka #Artis Malaysia Berasal Dari Melaka #Artis Popular Malaysia Kelahiran Melaka #Asyraf Muslim #Ayda Jebat #Remy Ishak #Selebriti Kelahiran Negeri Melaka #Selebriti Malaysia Berasal Dari Melaka #Selebriti Popular Malaysia Berasal Dari Melaka #ziana zain

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.