Biodata Ariff Bahran, Big Stage 2018

Biodata Ariff Bahran

Muhammad Ariff Bahran bin Ahmad Azhari atau lebih dikenali sebagai Ariff Bahran merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali dalam kalangan peminat di Malaysia melalui single pertama beliau berjudul “Kata Akhirmu”.

Single pertama beliau menjadi lagu utama bagi drama Cinta Hati Batu (TV3) dan berjaya meraih lebih 15 juta tontonan di laman YouTube sehingga 30 Januari 2019. Ariff Bahran juga mempunyai lebih 200 ribu pengikut di laman Instagram.

Ariff Bahran juga mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Bahranators yang sentiasa menjadi tulang belakang dan menyokong kerjaya seninya.

Ariff Bahran mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama. Ariff Bahran juga masih menuntut di International University of Malaya-Wales (IUMW) dalam jurusan seni.

Ariff Bahran atau mesra disapa Bahran memulakan kerjaya sebagai penyanyi ketika berusia 16 tahun selepas menyertai sebuah pertandingan nyanyian berkumpulan, Pop Krew (TV9), rancangan realiti yang mempersembahkan bakat remaja-remaja versatil.

Bahran menganggotai kumpulan BAEQ yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Bahran, Arill Fesol, Eizaz dan Que serta merupakan anak didik kepada penyanyi pop Malaysia, Stacy Anam dalam pertandingan itu.

Pada tahun 2018, beliau menyertai program nyanyian realiti terbaru Astro Ria iaitu Big Stage #DominasiBBNU. Beliau merupakan antara 10 artis baru yang lain dalam pertandingan itu. Namun, beliau tersingkir di separuh akhir dan gagal ke konsert akhir.

Berduet dengan Sara Suhairi dalam lagu raya berjudul Selamat Berhari Raya pada tahun 2019. Lagu ini berjaya mencuri hati pendengar.

Biodata Ariff Bahran :

Nama penuh : Muhammad Ariff Bahran bin Ahmad Azhari
Tarikh lahir : 15 Januari 1998
Umur : 21 tahun (2019)
Asal : Selangor, Malaysia
Genre : Pop, Balada
Pekerjaan : Penyanyi
Tahun aktif : 2014, 2017–kini
Syarikat rakaman : Rusa Music
Instagram : https://www.instagram.com/ariffbahran/
Twitter : https://twitter.com/bahraann

Loading...

Tags: #ariff bahran #ariff bahran big stage #Ariff Bahran gambar #ariff bahran penyanyi #bahran #biodata ariff bahran #penyanyi lagu kata akhirmu

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.