Biodata Tomok New Boyz

Tomok Dan Isteri

Shah Indrawan Ismail atau dikenali sebagai Tomok adalah seorang penyanyi di Malaysia. Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999dengan penampilannya sebagai penyanyi kumpulan New Boyz. Menjadi bonus kepada Tomok apabila namanya kembali menjadi sebutan selepas menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009. Setelah menanti setahun lebih selepas bergelar juara OIAM musim ke-3, Tomok akhirnya keluar dengan album solo pertama beliau yang tertajuk TOMOK. Memuatkan 12 buah lagu kesemuanya, album ini telah di pasarkan pada 14hb Oktober 2010.

Tomok merupakan anak keempat daripada enam beradik, kakaknya ialah Ismaliza Ismail, yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6. Beliau mula menyanyi pada usia 8 tahun.

Pada 1 Julai 2011, dengan sekali lafaz sahaja Tomok sah menjadi suami kepada pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abas, 32 tahun, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.

Tomok dianggap tunggak utama kumpulan New Boyz. Ini kerana ahli kumpulan New Boyz yang sering bersilih ganti. Hanya Tomok yang masih kekal dari awal kemunculan kumpulan itu sehingga kini. Tomok bersama New Boyz telah melahirkan enam buah album penuh dan satu album The Best Of New Boyz. Ahli kumpulan yang bersilih ganti tidak sesekali mematahkan semangat Tomok untuk terus memperjuangkan minatnya dalam industri muzik sebagai penyanyi, pemuzik mahupun pencipta lagu.

Tomok mula berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu untuk album New Boyz yang ke-6 (Semula Padaku) dengan lagu hasil ciptaan Tomok sendiri iaitu Kau Bernama Cinta. Antara album yang dihasilkann Tomok bersama New Boyz sepanjang karier beliau setakat ini ialah New Boyz (1999), Akur (2000),Wirama(2001), Inspirasi (2003), Bermulanya Satu Evolusi(2005) dan Semula Padaku (2007).

Selepas melahirkan album yang ke-6 tersebut, Tomok dan ahli New Boyz yang lainnya mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak mereka bersama syarikat rakaman SRC. Selepas pengunduran itu, Tomok mahupun New Boyz kurang kelihatan dalam industri muzik sehinggalah Tomok mengambil keputusan untuk menyertai satu program realiti TV terbitan Media Prima iaitu One In A Million (OIAM) pada tahun 2009.

Tomok telah menyertai rancangan Muzikal Lawak Superstar dengan kumpulan dikenali sebagai Newboh dan memenangi tempat ketiga. Tomok juga berbakat dalam industri lawak negara.

Biodata Tomok :
Nama penuh :Shah Indrawan bin Ismail
Nama komersil : Tomok
Tarikh lahir : 17 Mei 1984
Umur : 35 tahun (2019)
Asal : Kuala Lumpur
Genre : Pop rock, Balada
Pekerjaan : Penyanyi, penulis lagu , pelakon
Tahun aktif : 1999-kini
Syarikat rakaman : Monkey Bone Records (2009-kini)
Instagram : https://www.instagram.com/tomokofficial/

Loading...

Tags: #biodata tomok #Biodata Tomok New Boyz #latarbelakang tomok #penyanyi new boyz #tomok dan isteri #tomok newboh

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.