Biodata Issey Fazlisham, Pelawak Popular Yang Versatil

Biodata Issey Fazlisham, Pelawak Popular Yang Versatil

Siapa yang tidak mengenali pelawak popular dan versatil bernama Issey Fazlisham ini.

Pemuda berusia 30 tahun ini dikenali ramai selepas menyertai program mencari pelawak terbitan TV3 iaitu Bintang Mencari Bintang (BMB) bersama-sama Ammar menerusi kumpulan Titan pada tahun 2013. Menerusi rancangan berkenaan, kumpulan Titan dinobatkan tempat ketiga dan membawa wang tunai sebanyak RM60,000.

Di samping berlawak dan berlakon, anak kelahiran Kelantan ini turut berbakat dalam bidang pengacaraan. Beliau pernah mengacarakan program seperti Mentor Milenia, 3 Juara, Sarapan, Bang Bang Boom dan Perang Bibir.

Jangan buang masa, apakata kita berkenalan dengan pemilik nama sebenar Fazlisham Mat Hussin ini. Check it out!

Biodata Ringkas Issey Fazlisham

Issey-Fazlisham-hot-fm-300x300 Biodata Issey Fazlisham, Pelawak Popular Yang Versatil

Nama Penuh: Fazlisham Mat Hussin
Nama Komersil: Issey Fazlisham/Issey Titan
Umur: 30 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 26 Jun 1987
Zodiak: Cancer
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
Kerjaya: Pelawak, Penyampai Radio, Pelakon, Pengacara & Usahawan
Status: Duda
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telfilem: Surat Kecil Untuk Tuhan, Pengail Cinta, Restu Ramadan, Cik Sayur Encik Seafood, Jawatankuasa Kampung Kalut (JKK), JKK Raya, Kau Aku Kita, Mat Three Four, Takraw Kampung, Jason Murad, Sebuah Piala Seekor Kambing, Mat Chia-Chia dan banyak lagi

TV Show: Perang Bibir, 3 Juara, Mentor Milenia 2016 & 2017, Mentor Milenia Raya, Anugerah Skrin (ASK) 2016, Sarapan dan Bang Bang Boom.

Laman Media Sosial Issey Fazlisham

Trivia Menarik Tentang Issey Fazlisham

  • Mengendalikan segmen Hot Jam bersama-sama Deen dan Ammar Titan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam di konti radio Hot.FM.
  • Sebelum menyertai Bintang Mencari Bintang, Issey bergiat aktif dengan kumpulan dikit barat dimana pernah menjadi ketua kumpulan Dikir Barat di Dikir Akademi Arjunasukma.
  • Figura ini pernah mendirikan rumah tangga dengan wanita bernama Syuhadaa Syafiqqah pada 19 Mac 2015 sebelum bercerai pada 21 Ogos 2016.
  • Idola Issey dalam bidang seni adalah Dato’ M.Nasir, Sabri Yunus dan Hanafi Su.
  • Majlis Belia Kelantan menganugerahkan kepada anak seni ini sebagai Ikon Belia Kelantan 2016.
  • Tidak mahu ketinggalan, Issey turut membuka bisnes kafe makanan jalanan iaitu JMT Cafe.
  • Malah, pelawak ini mengeluarkan baju Melayu sepanjang Ramadan lalu dibawah label JMT.
  • Terkena jangkitan kuman dalam usus akibat penyakit gastrik pada tahun lalu.
  • Memiliki lebih 200,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Issey Fazlisham, Pelawak Popular Yang Versatil

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Issey Fazlisham #Issey Fazlisham #issey fazlisham bercerai #issey fazlisham biodata #issey fazlisham dan isteri bercerai #issey fazlisham instagram #issey hot fm bercerai #issey hot fm biodata #issey hot.fm #issey titan #Issey Titan Bintang Mencari Bintang #Kenali Issey Fazlisham #Profil Issey Fazlisham #punca issey bercerai #Trivia Menarik Tentang Issey Fazlisham

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.