Biodata Putra Amaris, Aktor Kacak Kelahiran Felda Ulu Tebrau

Biodata Putra Amaris, Aktor Kacak Kelahiran Felda Ulu Tebrau

Walaupun tidak sepopular Zul Ariffin, Fattah Amin atau Alif Satar, jejaka bernama Putra Amaris ini memiliki bakat tersendiri dalam dunia lakonan.

Malah, kelibat anak jati Felda Ulu Tebrau, Johor Bharu, Johor ini tidak pernah sunyi mewarnai kaca televisyen menerusi slot drama dan telefilem tempatan.

Tidak mahu memandang ke belakang, figura kacak ini turut memperdagangkan bakatnya di negara jiran seperti Brunei dan Indonesia.

Terkini, aktor ini muncul dengan drama bersiri terbaharunya iaitu Raisha yang turut digandingkan dengan Diana Danielle

, Hafidz Roshdi dan Tunku Hanis.

Apa tunggu lagi, jom kenali pelantun lagu ‘Ini Janjiku’ ini.

Biodata Ringkas Putra Amaris

Nama Penuh: Muhammad Amran Ismail
Nama Komersil: Putra Amaris
Umur: 32 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 8 September 1985
Zodiak: Virgo
Asal: Felda Ulu Tebrau, Johor Bharu, Johor
Menetap: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak kelima daripada enam beradik
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Pengacara & Model
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: Putra Amaris Fan Club

Drama/Telefilem: Raisha, Syurga Nur, Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah, Jodoh Sebelah Pintu, Cinta Buat Emelda, Cinta Si Egois, Balqis, Autumn Di Hatiku 2, Puteri Aurora Beradu, Patah Sebelah Sayap, Ejen 016, Ponti Anak Remaja, Nurin Qistina, Cinta Tangkap Muat, Siti Kelembai, Inspirasi Ramadan, Gincu Untuk Abah, Bila Musang Berjanggut, Geng Surau, Bella, Apa Celop Raya, Ku Sandarkan Padamu, Menanti Hidayah, Jejak-Jejak Songsang, Di Sebalik Kamar Mahkamah, Forensik dan banyak lagi.

Filem: Mat Jenin Cucu Raden Kabayan dan Super Squad.

Lagu/Single: Ini Janjiku

Laman Media Sosial Putra Amaris

Trivia Menarik Tentang Putra Amaris

  • Selain berenang dan berjoging, Amaris sukan melakukan aktiviti senaman di pusat kecergasan (gymnasium).
  • Finalis program Pencarian Lelaki Maskulin Musim Kedua.
  • Pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun lalu di Setapak yang menyebabkan kerosakan di bahagian depan keretanya.
  • Tan Sri P.Ramlee dan Steven Chow adalah idolanya dalam bidang seni lakonan manakala Anuar zain dan Justin Timberlake pula di bidang seni suara.
  • Pernah menjadi duta untuk Station Kopitiam, Food Emporium, Mr. Teppanyaki dan Meinas Hair Food.
  • Menyumbangkan suaranya untuk filem animasi Super Squad.
  • Mempunyai lebih 50,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Menarik Putra Amaris

Biodata Putra Amaris Foto Putra Amaris Pelakon Putra Amaris Putra Amaris

Carian Berkaitan

putra amaris, biodata amaris, biodata putera amaris, putra amaris biodata

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Amran Ismail #amran ismail biodata #Biodata Putra Amaris #Kenali Putra Amaris #Laman Sosial Putra Amaris #Profil Putra Amaris #Putra Amaris #Putra Amaris Aktor Drama Raisha #putra amaris instagram

Biodata Sabri Yunus, Pengarah & Otai Komedi Terkenal
Telefilem Pok Ya Cong Codei mula menjadi tular dan mendapat sambutan luar biasa
5 Selebriti Popular Malaysia Berasal Dari Pulau Pinang
Ternyata ramai selebriti popular tanah air yang berasal dari Pulau Pinang selain Johor,
Biodata Hazman Al-Idrus, Pelakon Kacak Drama Kekasih Paksa Rela
Siapa yang menonton drama berantai Kekasih Paksa Rela di TV3, pastinya mengenali jejaka
Anugerah Juara Lagu 32 (AJL), Ini Fakta Menarik Buat Tatapan Pembaca!
Demam Anugerah Juara Lagu (AJL) kini kembali! Bakal bersiaran pada 11 Februari 2018

Comments are closed.