5 Perkara Terlarang Ini Wajib Anda Ketahui Sebelum Bercuti Ke Jepun!

Ketahui Sebelum Bercuti Ke Jepun

Jepun merupakan salah satu destinasi percutian popular pilihan rakyat Malaysia selain Korea Selatan.

Perjalanan ke negara empat musim ini mengambil masa penerbangan lebih kurang enam jam dari Kuala Lumpur.

Antara lokasi-lokasi menarik di negara matahari terbit ini adalah Gunung Fuji, Tokyo Disneyland, Tokyo Skytree, Kiyomizo-dera, Himeji Castle dan banyak lagi.

Meskipun bergelar sebagai sebuah negara maju, nilai murni dan adat budaya tetap dititikberatkan oleh masyarakat di negara ini termasuklah dari segi peraturan dan pantang larang yang harus dipatuhi terutamanya di kalangan para pelancong.

Berikut, penulis kongsikan lima perkara terlarang yang wajib diketahui anda sebelum bercuti ke Jepun. Take a look!

1. Makan Sambil Berjalan

Pertama, amalan makan sambil berjalan menjadi pantang larang buat masyarakat Jepun meskipun anda membeli minuman di vending machines dan meminum di hadapannya. Oleh itu, terdapat banyak gerai makanan jalanan yang menyediakan dan menjual makanan segera. Malah, orang Jepun juga terbiasa dengan makan cepat dimana selesai menjamu selera mereka akan segera meninggalkan tempat makan berkenaan.

2. Memberi Wang Tips

Banyak orang (pelanggan) meninggalkan sejumlah wang sebagai tips di atas meja untuk diberikan kepada pelayan. Bagaimanapun, situasi ini sangat berbeza di Jepun kerana amalan memberi tips atau wang tambahan membawa makna yang lain di sini sehinggakan orang yang menerima wang ini menganggapnya sebagai satu penghinaan.

Bahkan, sesetengah tempat telah memasukkan caj perkhidmatan mereka dalam jumlah bil. Justeru, jangan terkejut sekiranya anda tiba-tiba memberikan tips dan petugasnya mengingatkan anda untuk mengambil wang ini kembali.

3. Terima Barang Dengan Satu Tangan

Apabila menerima barangan atau hadiah daripada orang lain, masyarakat Jepun biasanya menerimanya dengan kedua-dua belah tangan. Jika mengambil dengan satu tangan, anda dianggap tidak menghargai pemberian tersebut.

4. Tidak Dibenarkan Memakai Kasut/Selipar Di Dalam Rumah

Selain di negara kita, warga Jepun turut tidak membenarkan sesiapa memakai kasut atau selipar di dalam rumah. Kasut atau selipar yang digunakan di luar rumah perlulah diganti dengan sandal khas yang disediakan oleh tuan rumah atau pemilik rumah berkenaan. Peraturan ini juga digunapakai di beberapa tempat awam termasuklah di sekolah-sekolah di negara Jepun.

5. Tidak Berdisiplin

Cepat dan tergesa-gesa merupakan antara gaya hidup masyarakat Jepun. Namun begitu, tidak bermakna mereka suka berebut-rebut dan mengambil giliran orang lain untuk cepat. Tahukah anda, disiplin adalah nilai utama yang perlu dipatuhi di negara ini termasuklah beratur walaupun sesetengah tempat awam tidak menyediakan ruangan untuk berbaris dan mengambil giliran. Berebut atau menyambar barisan orang lain dianggap perbuatan yang biadap oleh warga Jepun.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bagpackers ke jepun #bandar tokyo jepun #jepun tempat menarik #Pantang Larang Ketika Bercuti Ke Jepun #Peraturan Wajib Di Jepun #Perkara Terlarang wajib Anda Ketahui Sebelum Bercuti Ke Jepun #trip ke jepun

Masjid Kresik Selatan Thailand Yang Terkenal Gelaran “Masjid Pintu Gerbang”
Sejarah Kresik Sejarah Kresik mempunyai perkaitan secara langsung dengan Kerajaan Melayu Pattani (kurun
5 Panduan Sebelum Menempah Hotel Bajet. Ini Perlu Anda Ketahui!
Melancong sama ada di dalam atau luar negara sangat menyeronokkan terutamanya apabila bercuti
5 Ubat-Ubatan Perlu Anda Bawa Saat Melancong!
Sesekali berpeluang bercuti atau melancong ke destinasi pilihan dapat merehatkan diri dan menenangkan
Sejarah Jabal Rahmah, Kisah Pertemuan Nabi Adam & Siti Hawa
Pertemuan Antara Nabi Adam & Siti Hawa Pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa

Comments are closed.