Tips Kepada Kaki Travel : 5 Item Wajib Anda Bawa Ketika Pergi Bercuti!

Keperluan Wajib Anda Bawa Ketika Pergi Bercuti

Sejak akhir-akhir ini, aktiviti melancong semakin popular di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira di dalam atau luar negara.

Kegiatan ini bukan sahaja dapat menghilangkan tekanan di tempat kerja malah membuka mata dan minda kita dalam mengenali corak kehidupan dan citra budaya sesebuah negara yang dilawati.

Pendek kata, lagi banyak kita merantau ke negara orang, semakin banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi.

Namun begitu, terdapat beberapa item yang selalu tidak dibawa atau diabaikan oleh kita semua saat pergi melancong. Jika ditinggalkan, pastinya menjejaskan sedikit sebanyak perjalanan percutian anda semua.

Dipetik dari Majalah Eternity, penulis senaraikan 5 item wajib anda bawa ketika pergi bercuti. Here they are!

1. Powerbank

Sama ada ketika bercuti atau tidak, powerbank perlulah dimiliki oleh setiap pengguna telefon bimbit. Sebelum berangkat ke lokasi percutian, sila pastikan powerbank anda telah dicas sepenuhnya. Dengan adanya powerbank, anda tidak perlu risau jika telefon bimbit kehabisan bateri saat bercuti. Bukan sahaja ringan, item wajib ini mudah dibawa kemana-mana sahaja.

2. Universal Adapter

Sebelum pergi bercuti, selidik dahulu jenis adapter yang digunakan di negara yang ingin dilawati. Ini kerana, setiap negara memiliki adapter yang berbeza-berbeza dari negara kita. Lebih selamat jika anda membawa universal adapter jika bercuti ke luar negara. Malah, anda boleh membelinya di kedai-kedai gajet atau perkakasan elektronik.

3. Kamera Digital

Selain menggunakan kemera telefon bimbit, kebanyakan para pelancong akan menggunakan kamera digital untuk merakam gambar kenangan saat bercuti. Paling penting, gambar yang dirakam menerusi kamera digital lebih cantik, jelas dan berkualiti. Bahkan, kamera digital sangat ringan, mudah digunakan dan baterinya tahan lama.

4. Ubat-Ubatan

Mabuk perjalanan, muntah, pening kepala atau cirit-birit merupakan antara penyakit yang selalu dihadapi oleh para pelancong ketika bercuti. Oleh itu, jangan lupa untuk membawa ubat-ubatan seperti penadol, ubat sakit perut, minyak gamat dan minyak angin untuk digunakan saat kecemasan.

5. Tisu Basah

Berbanding negara kita, sesetengah tandas di beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan tidak mempunyai air. Justeru, tisu basah yang dibawa anda boleh dimanfaatkan ketika mencuci tangan sebelum dan selepas makan atau membersih muka dari sebarang kekotoran.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Barang Wajib Bawa Saat Bercuti #Barang Yang Penting Untuk Di Bawa #Item Wajib Dibawa Ketika Bercuti #Item Wajib Dibawa Ketika Melancong #keperluan sebelum pergi melancong #pergi bercuti #petua bercuti dalam negara #petua sebelum bercuti luar negara #Tips Percutian #tips pergi bercuti #tips sebelum melancong

Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari

Comments are closed.