Diana Danielle, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya!

Trivia Menarik Tentang Diana Danielle

Pesona bintang wanita bernama Diana Danielle bersinar terang selepas membintangi beberapa drama bersiri terbitan Skop Productions seperti Sembilu Kasih dan Janji Diana.

Dari mengisi watak pembantu, figura kacukan Melayu-Amerika Syarikat ini menggalas peranan sebagai heroin pujaan Malaya pada ketika itu.

Meskipun usia belasan tahun, anak tunggal ini seringkali diberikan karakter yang jauh lebih tua darinya. Misalnya, membawa watak berumur lebih 20 tahun semasa menjayakan drama Air Mata Maria.

Terkini, wanita berusia 26 tahun ini muncul dengan drama bersiri terbaharunya berjudul Raisha yang telah ditayangkan di TV3 menerusi slot Lestary mulai 21 September lalu.

Berikut, penulis kongsikan 5 trivia menarik Diana Danielle buat tatapan para pembaca. Take a look!

1. Bergelar Anak Wayang Sejak Usia 9 Tahun

Untuk pengetahuan para pembaca, Diana memulakan langkahnya di dunia seni lakon ketika berusia 9 tahun dimana membintangi sebuah filem berjudul Idola yang diarahkan oleh pengarah tersohor tempatan, Aziz M.Osman. Bakat lakonannya dikesan oleh pelakon berbadan sado iaitu Norman Hakim. Sejak itu, pentas lakonan menjadi periuk nasi insan seni ini.

2. Berkahwin Pada Usia 21 Tahun

Aktres cantik menawan ini mendirikan rumah tangganya dengan pelakon kacak, Farid Kamil pada November 2012 selepas menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan sejoli ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Kamil dan Nur Aurora.

3. Memperluaskan Bakat Dalam Bidang Seni Suara

Selain aktif di pentas lakonan, ibu muda juga memperluaskan bakat seninya sebagai seorang penyanyi. Figura ini melancarkan single baharunya berjudul Tentang Kita beberapa bulan lalu. Beliau juga pernah berduet dengan Mawi menerusi lagu Penyembuh Rindu.

4. Menjalankan Bisnes Kafe

Figura ini turut menjalankan bisnes berasaskan kafe yang dikenali sebagai Born & Bread’ bersama tiga rakan kongsinya. Kafe yang dibuka pada awal 2016 lalu ini terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Kafe ini menyajikan pelbagai jenis sandwich dari seluruh dunia termasuklah Amerika Syarikat, Australia dan Vietnam. Tidak ketinggalan, sajian masakan Melayu seperti nasi lemak, rendang dan sebagainya.

5. Miliki Lesen Kereta Lumba

Percaya atau tidak, wanita berwajah Pan Asia ini memiliki lesen lumba kereta daripada Toyota Gazoo Racing (TGR) setelah mengikuti kelas perlumbaan selama tiga bulan bersama beberapa artis tempatan iaitu Janna Nick, Shukry Yahaya dan Fattah Amin. Paling menarik, Diana berjaya mendapat tempat keempat dalam satu perlumbaan sempena Gazoo Racing Malaysia di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang sekitar Julai lalu.

Biodata Ringkas Diana Danielle

Nama Penuh: Diana Danielle Danny Beeson
Nama Komersil: Diana Danielle
Umur: 26 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 22 November 1991
Zodiak: Sagittarius
Asal: Houston, Texas, Amerika Syarikat
Adik Beradik: Anak Tunggal
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Model & Usahawanita
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Raisha, Anak Mat Salleh Tapi Melayu, Perempuan Lindungan Kaabah, Sembilu Kasih, Janji Diana, Nora Bam Boom, Pengantin Gila, Air Mata Maria, Kalau Jodoh Tak Ke Mana, Sedikit Waktu, Satu Malam Perawan, Farah Syakira, Maya, Gol & Gincu The Series, Talak, Di Sebalik Wajah, Rumah Kembar Empat, Takbir Terakhir, Cinta Bulan Dan Mentari, Pergilah Cinta, Lara Perindu dan banyak lagi.

Filem: Kami Histeria, Sembunyi: Amukan Azazil, Magika, Kecol Betul, Jiwa Taiko, Hanyut, Dalam Botol, Hantu Gangster, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift, Setem, Maut, Idola dan banyak lagi.

Lagu/Single: Tentang Kita, Penyembuh Rindu (duet bersama Mawi), Dimana Engkau Sayang, Raikan Raya (duet bersama Boyd), Radio (duet bersama Imran Ajmain) & Terbaik (duet bersama A-OK).

Laman Media Sosial Diana Daniella

Foto Menarik Diana Daniella

biodata-Diana-Daniella-300x300 Diana Danielle, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! Diana-Daniella-dan-anaknya-300x300 Diana Danielle, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! Diana-Daniella-drama-raisa-300x300 Diana Danielle, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! wajah-Diana-Daniella-300x300 Diana Danielle, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya!

azlan-150x150 Diana Danielle, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anak diana danielle #bapa diana danielle #Biodata Diana Dianelle #Biodata Ringkas Diana Danielle #Diana Danielle #diana danielle anak #diana danielle biodata #diana danielle family #diana danielle farid kamil #diana danielle height #diana danielle kahwin #diana danielle parents #isteri farid kamil #Kenali Diana Danielle #Laman Media Sosial Diana Daniella #Trivia Menarik Diana Danielle

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.