Biodata Aedy Ashraf, Pelakon Kacak Drama Dendam Aurora

Biodata Aedy Ashraf, Pelakon Kacak Drama Dendam Aurora

Aedy Ashraf, satu nama yang tidak asing lagi dalan lapangan seni hiburan tanah air.

Namanya mula mendapat tempat dihati para peminat sejak membintangi filem kanak-kanak popular iaitu Tentang Bulan sekitar 11 tahun dahulu.

Masih lagi memperdagangankan bakat seninya, figura kacak ini kelihatan semakin matang apabila menjiwai sesuatu karakter sama ada baik atau antagonis.

Malah, si tinggi lampai ini tampil dengan imej segar seperti berambut panjang dan bermisai untuk menyerlahkan lagi sisi maskulinnya.

Dalam perkembangan terkini, jejaka berusia 24 tahun ini muncul dalam drama bersiri popular, Dendam Aurora yang sedang rancak ditayangkan menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima 105.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan pelakon muda dan berbakat ini.

Biodata Ringkas Aedy Ashraf

Nama Penuh: Mohammed Addy Ashraf Rosmadi
Nama Komersil: Aedy Ashraf
Umur: 24 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 20 September 1993
Asal: Tumpat, Kelantan
Menetap: Kuala Lumpur
Kerjaya: Pelakon
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Dendam Aurora, Lara Aisyah, Black Belt Kaler Pink, Hero Seorang Cinderella, Suamiku Paling Sweet, Sesal Separuh Nyawa, Dee The Series, Bodyguard, Papa Nak Menantu, Cinta Macarons, Jasmine, Kemelut Dosa, Banglo Seksyen 2, Surat Di Bawah Pintu, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Separuh Jiwaku, Oh My English!, Waktu Rehat, Dunia Baru, Sahabat, Ema Emyliana 2, Delina, Cinta Elysa, Cerita Dari Dinding dan banyak lagi.

Filem: Dorm Melati, Blok 404, Tentang Bulan, Jutawan Fakir, Tak Ori Tapi Ok, Cinta Kolestrol, Tangkai Jering dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Aedy Ashraf

Trivia Menarik Tentang Aedy Ashraf

  • Merupakan anak kepada pelakon popular era 90-an iaitu Liza Zain.
  • Kini bernaung di bawah label pengurusan A Klasse Management.
  • Semakin selektif dalam memilih watak lakonan kerana seringkali diberikan watak yang klise iaitu pelajar sekolah atau universiti.
  • Mengidamkan membawa watak seorang pembunuh bersiri yang berselindung dengan kebaikannya.
  • Bercita-cita untuk bergelar seorang pengarah dan penerbit pada masa depan.
  • Terpaksa menguburkan cita-cita asalnya iaitu arkitek kerana sangat mencintai dunia seni lakonan.
  • Sukakan seni fotografi.
  • Berkawan baik dengan beberapa selebriti popular tempatan seperti Ben Ali, Ikmal Amry, Hafeez Mikail dan Ahya Rosli.
  • Memiliki lebih 300,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Menarik Aedy Ashraf

Aedy-Ashraf-300x300 Biodata Aedy Ashraf, Pelakon Kacak Drama Dendam Aurora biodata-Aedy-Ashraf-300x300 Biodata Aedy Ashraf, Pelakon Kacak Drama Dendam Aurora pelakon-Aedy-Ashraf-300x300 Biodata Aedy Ashraf, Pelakon Kacak Drama Dendam Aurora wajah-kacak-Aedy-Ashraf-300x300 Biodata Aedy Ashraf, Pelakon Kacak Drama Dendam Aurora

azlan-150x150 Biodata Aedy Ashraf, Pelakon Kacak Drama Dendam Aurora

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Aedy Ashraf #aedy ashraf anak pelakon #Aedy Ashraf Dendam Aurora #aedy ashraf family #aedy ashraf height #aedy ashraf instagram #aedy ashraf tentang bulan #Biodata Aedy Ashraf #gambar Aedy Ashraf #Kenali Aedy Ashraf #pelakon drama dendam aurora #Profil Ringkas Aedy Ashraf

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.