Rawatan Tradisional Bisul Pada Bayi

Pokok Semalu

Baby saya sering menangis setiap kali ingin membuang air besar dan masalah ini hanya diketahui apabila saya mendapati terdapat bengkak (abscess) pada bahagian peri-analnya. Setelah dilihat kepada keadaan bengkak tersebut, jelas saya dapati ia merupakan bisul. Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.

Saya telah membawanya ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan. Kos keseluruhan rawatan termasuk satu pembedahan kecil menelan belanja sebanyak RM4,000. Mahu atau tidak mahu, sebagai penjaga dan ibubapa, saya perlu memastikan kesihatan anak-anak terjamin dan sihat.

Setelah seminggu selepas rawatan di hospital swasta, saya dapati keadaan anak saya bertambah baik dengan rawatan susulan dengan diberi makan antibiotik selama 7 hari pada setiap waktu yang ditetapkan. Akhirnya keadaan penyakit tersebut telah pun sembuh sepenuhnya.

Selang beberapa hari selepas itu, anak saya kembali menunjukkan tanda-tanda sebelumnya, menangis setiap kali ingin membuang air besar. Pemeriksaan sendiri dirumah mendapati terdapat pula bengkakan yang kedua timbul di bahagian yang sama. Ini merisaukan saya. Memandangkan kos rawatan yang agak tinggi di hospital swasta, maka tidak salah kiranya saya menggunakan alternatif lain untuk menyembuhkan penyakit bisul anak saya.

TIPS RAWATAN TRADISIONAL

Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah kaedah yang saya gunakan;

  1. Beberapa helai daun Pokok Semalu

dsdddd

Pokok Semalu (Mimosa pudica L.) adalah tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat: daun kupuannya kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh, dan kembali terbuka selepas beberapa minit. Mimosa pudica adalah tumbuhan tempatan yang berasal dari Brazil, tetapi kini adalah rumpai tropika raya. Batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Dahannya halus, bercabang, dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki). Daunnya kupuan (bipinnately), dengan satu atau dua pasang pinnae, dan 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri. Pokok Semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Selain itu Semalu juga merupakan rumpai yang tegar. Ini disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya mampu menumbuhkan pucuk baru. Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru. Pokok Semalu juga mampu membiak melalui biji benih. Tumbuhan ini amat mudah didapati disekeliling rumah anda. Percayalah setiap ciptaan Allah s.w.t pasti ada kegunaannya. Semasa memetiknya, jangan lupa berselawat sebanyak 3 kali setiap kali ingin memetik daunnya.

2. Beras dan air

CARA MENYEDIAKAN BAHAN- BAHAN RAWATAN

Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut bersama beberapa titis air, kemudian tumbuk sehingga lumat. Ia akan menjadi satu bahan yang agak melekit bewarna kehijau-hijauan. Tujuan tambahan beras itu adalah untuk memberikan bahan tersebut melekit dan mudah untuk digunakan bagi tujuan menampal. Selesai, lumur dan lekatkan campuran bahan tadi dibahagian terkena bisul dan dibalut/ tampal dengan menggunakan kapas. Saya mencadangkan kaedah rawatan ini dilakukan pada waktu malam. Sebelum tidur elok tempelkan campuran ini. Pada keesokkan harinya, anda pasti akan melihat kesannya. Kaedah ini diulangi sehingga timbulkan kumpulan nanah pada atas kulit. Anda boleh memicitnya apabila dilihat nanah tersebut telah matang. Ulangi kaedah tersebut sehinggalah penyakit tersebut sembuhnya. Sila pastikan kawasan tersebut sering dicuci bagi memastikan tiada jangkitan lain.

Saya berharap, kaedah rawatan ini akan memberikan manfaat kepada pembaca. Yang baik datangnya daripada Allah s.w.t dan yang kurang adalah daripada diri saya sendiri. Wassalam!

Carian Berkaitan

apa ubat bisul, nama daun berduri untuk rawatan, pokok perubatan tradisional, rawatan tradisional menggunakan daun, rumpai mimosa pudica, ubat untuk penyakit bisul

Encik Shino

Lepasan graduan IPTA tempatan, mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #cara semulajadi rawat bisul #cara ubat bisul semulajadi #petua orang kampung rawat bisul #rawat penyakit bisul cara kampung #tips rawat bisul tradisional

5 Petua Berkesan Menghilangkan Parut Secara Tradisional
Kesan parut ternyata membuatkan kita risau lebih-lebih lagi jika parut pada wajah. Memang
Petua Rambut Gugur Berkesan Kepada Lelaki Dan Wanita
Samada lelaki mahupun wanita, tua atau muda juga tidak terkecuali dengan masalah keguguran
Masalah Gatal Pada Alat Kelamin Wanita
Kebanyakan wanita berasa malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau
Cara Menjaga Kesihatan Alat Kelamin Bagi Wanita
Wanita harus memastikan bahagian alat kelamin bersih selepas membuang air kecil atau air

Comments are closed.