Teknik Pancing Haruan Menggunakan Umpan Tiruan

1470332_10202032871477893_1410657111_n

pancing haruanIkan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis pemangsa atau karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus). Dikenalpasti terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, parit, tali air, terusan, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.

Bagi menjejaki ikan haruan, kita mesti tahu apakah habitat dan tabiat pemakanan ikan spesis ini. Jelajah saya kali ini adalah menangkap ikan dengan kaedah casting menggunakan umpan tiruan. Kepada pemancing baru adalah dinasihatkan untuk belajar dan melihat orang lama memancing. Walaupun ikan haruan mudah dipancing tetapi adakalanya untuk memujuk ia menyambar umpan memerlukan beberapa teknik asas yang perlu diketahui.

Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan. Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga atau haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon). Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Terdapat 3 teknik pengayaan umpan tiruan iaitu:

  • Pengayaan umpan permukaan (top water)
  • Pengayaan umpan separa tengelam (mid water)
  • Pengayaan umpan dasar (bottom)

Tetapi pada masa ini saya akan menggunakan teknik umpan permukaan. Memandangkan diet asas spesis haruan ialah katak. Maka saya memilih spoon jenis “Jump Frog”. Anda boleh dapatkan umpan tiruan ini di kedai-kedai pancing berdekatan dengan harga sekitar RM10 – RM50 setiap satu.

Spesifikasi penggunaan joran juga perlu dilihat. Saya memilih saiz joran biasa dengan PE 6-12LB dengan spinner jenama Shimano ELF 3000. Lagi lembut joran anda, lagi cantik cara pengayaan umpan yang anda mampu lakukan. Selain saiz spinner 2500 – 3000 sangat sesuai kerana ia lebih kecil dan ringan. Saya menggunakan tali braided 20LB kerana saiz ikan ini tidaklah terlalu besar dan kekuatan 20LB sudah memadai.

first catch gewang haruan cara haruan sembat gewang 10 minit, 2 ekor haruan menjamah gewang gewang haruan

Hasilnya tidaklah sebesar mana, memandangkan spesis ini sering dieksploitasi dan diancam dengan kaedah menangkap ikan secara haram seperti menggunakan renjatan elektrik dan racun tuba. Selain itu, penanaman padi menggunakan racun perosak yang tidak terkawal membantutkan pembiakan ikan haruan. Sebagai seorang pencinta hobi memancing, saya menyeru kepada anda sekalian supaya mementingkan kualiti tangkapan daripada kuantiti tangkapan. Ikan yang kecil harus dilepaskan untuk memberikan mereka berkembang dan membiak. Yang besar tu bolehlah bawa balik buat lauk. Selamat mencuba!

Carian Berkaitan

umpan tiruan ikan haruan, umpan tiruan haruan, umpan ikan haruan parit, cara memujuk haruan, umpan casting haruan, mancing haruan, umpan gewang haruan

Artikel Berkaitan

Tags: #cara tangkap haruan #casting #casting haruan sawah padi #gewang haruan #haruan #lubuk haruan #pancing #umpan haruan

Cara Urus Pindah Milik, Jual Beli Kereta Sendiri
Proses pindah milik boleh dilakukan setelah kedua belah pihak (pemilik atau pembeli) masing-masing
Panduan Pengubahsuaian Motosikal
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang dibenarkan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Jabatan
Panduan Lengkap Ubahsuai, Tukar Enjin Kenderaan
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Jabatan
Teknik Menukar Minyak Gear Pada Enjin Sangkut
Pengenalan Am Kotak gear yang ada pada enjin sangkut dua lejang adalah mengikut

Leave a reply "Teknik Pancing Haruan Menggunakan Umpan Tiruan"