Biodata Cinta Laura, Aktres Popular Indonesia Yang Laris Di Hollywood

Biodata Cinta Laura

Anda masih ingat pelakon remaja bernama Cinta Laura yang mencuri perhatian para peminat tempatan menerusi sinetron popular berjudul Upik Abu dan Laura yang ditayang di TV3 satu masa dahulu.

Sejak itu, namanya bukan sahaja mewangi di Indonesia malahan meledak di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Tidak mahu berada di zon selesa, figura cun ini menerpa nama di dunia seni hiburan Hollywood sejak menetap di New York mulai tujuh tahun lalu.

Semakin laris di pentas perfileman Hollywood, penyanyi You Say Aku ini telah membintangi beberapa filem terkenal antarabangsa seperti After The Dark, The Ninth Passenger dan Crazy For The Boys.

Terbaharu, gadis berusia 24 tahun ini bakal muncul dengan filem seram berjudul Good Night yang bakal ditayang pada tahun 2018.

Jangan buang masa, jom kita berkenalan lebih dekat dengan bintang muda persis Ariana Grande ini.

Biodata Ringkas Cinta Laura

Nama Penuh: Cinta Laura Kiehl
Nama Komersil: Cinta Laura
Tarikh Lahir: 17 Ogos 1993
Umur: 24 Tahun (2017)
Zodiak: Leo
Asal: Quakenbrück, Jerman
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi dan Model
Agama: Islam
Warganegara: Indonesia

Sinetron: Cinderella, Upik Abu Dan Laura, Air Mata Cinta, Mimo Ketemu dan banyak lagi.

Filem: Oh Baby, The Philosopher, Seleb Kota Jogja (SKJ), After The Dark, The Ninth Passenger, TAR, Crazy For The Boys, Good Night dan banyak lagi.

Lagu/Single: You Say Aku, Cinta Atau Uang, Shoot Me, Oh Baby, Guardian Angel, Tulalit, We Can Do It, All of My Life, Penghianat Cinta (duet bersama Duo Maia), Let’s Get The Beat dan Who’s That Girl (duet bersama Guy Sebastian).

Anugerah & Pencapaian:

Ikon Remaja Sukses (Be A Champion In Your Life) di Champion Teens 2011, Karya Produksi Dance/Dance Elektronic Terbaik di Anugerah Muzik Indonesia 2011, Theme Song Terfavorit di FTV Awards 2011, Indonesian Star Wannabe Award di Indonesia Kids Choice Awards 2010, Icon Dance Off AXN di AXN Asian 2010, Aktris Terfavorit di Indonesia Kids Choice Awards 2008 dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Cinta Laura

Trivia Menarik Cinta Laura

  • Mempunyai darah campuran Indonesia (sebelah ibu) dan Jerman (sebelah ayah).
  • Menjalani kehidupan berpindah- randah dari satu negara ke negara yang lain sejak kecil lagi seperti Jerman Emiriah Arab Bersatu (UEA), Malaysia dan Indonesia disebabkan faktor pekerjaan ibu bapanya.
  • Cinderella (Apakah Cinta Hanyalah Mimpi) yang ditayang pada 2007 adalah sinetron pertamanya ketika berusia 14 tahun.
  • Selain Verrell Bramasta, Laura pernah menjalinkan cinta dengan Armand Gunawan, Vincent Verhaag, Marcel Darwin dan Hunter Treacy.
  • Merupakan graduan jurusan Psikologi dan Sastera Jerman di Colombia University, Amerika Syarikat.
  • Aktif sukan renang ketika di bangku sekolah.
  • Sebelum melangkah ke dunia lakonan dan nyanyian, Laura pernah menyertai Top Model 2006 dan berjaya dinobatkan gelaran juara bagi program tersebut.
  • Memiliki seramai 3.6 juta pengikut di Instagram miliknya.

Foto Menarik Cinta Laura

Biodata-Cinta-Laura-Aktres-Popular-Indonesia-Yang-Laris-Di-Hollywood-300x300 Biodata Cinta Laura, Aktres Popular Indonesia Yang Laris Di Hollywood Cinta-Laura-Kiehl-300x300 Biodata Cinta Laura, Aktres Popular Indonesia Yang Laris Di Hollywood cinta-laura-300x300 Biodata Cinta Laura, Aktres Popular Indonesia Yang Laris Di Hollywood Foto-Menarik-Cinta-Laura-300x300 Biodata Cinta Laura, Aktres Popular Indonesia Yang Laris Di Hollywood gambar-Cinta-Laura-Kiehl-300x300 Biodata Cinta Laura, Aktres Popular Indonesia Yang Laris Di Hollywood Trivia-Menarik-Cinta-Laura-300x300 Biodata Cinta Laura, Aktres Popular Indonesia Yang Laris Di Hollywood

azlan-150x150 Biodata Cinta Laura, Aktres Popular Indonesia Yang Laris Di Hollywood

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #agama cinta laura #agama cinta laura kristen #Biodata Cinta Laura #Cinta Laura #cinta laura 2017 #cinta laura agama #cinta laura columbia university #cinta laura instagram #Cinta Laura Kiehl #Cinta Laura Kiehl biodata #cinta laura movies and tv shows #cinta laura parents #Cinta Laura Pelakon Popular Indonesia #cinta laura religion #cinta laura web #cinta laura wikipedia #Kenali Cinta Laura

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.