5 Jenama Air Mineral Ini Paling Mahal Di Dunia!

Air Mineral Termahal Di Dunia

Dalam mengamalkan gaya hidup sihat, amalan meminum air putih sangat penting kepada tubuh badan kita selain aktiviti senaman serta memakan makanan sihat dan seimbang.

Kita digalakkan meminum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter sehari.

Selain air putih, ramai di antara kita gemar meminum air mineral sebagai penghilang dahaga. Paling menarik, air mineral ini boleh didapati dimana-mana kedai atau pasaraya jika ingin menikmatinya.

Tahukah anda, terdapat beberapa syarikat air mineral di muka bumi ini mengeluarkan produknya dengan harga yang mahal sehingga mencecah jutaan ringgit.

Berikut, penulis senaraikan 5 jenama air mineral paling mahal di dunia. Take a look!

1. Veen

Air Mineral Veen

Air mineral berjenama Veen ini mempunyai rasa yang sangat segar. Air ini dikatakan diambil daripada secara langsund dari Konisaajo di Lapland, Finland yang dikenali sebagai salah satu tempat mata air yang paling tulen di dunia. Di pasaran, air Veen ini berharga $ 23 USD.

2. Acqua di Cristallo Tributo a Modigliani

Acqua Di Cristallo Tributo A Modigliani Mineral Water

Diambil daripada mata air Fiji di Perancis, harga sebotol air mineral Acqua di Cristallo Tributto a Modigliani berukuran 750 ml bernilai $ 60 ribu USD. Salah satu sebab kenapa air mineral ini mahal kerana diisi ke dalam botol yang diperbuat daripada emas 24 karat. Bahkan, reka bentuknya diinspirasi daripada seniman kelahiran Itali iaitu Amedeo Clemente Modigliani

3. Kona Nigari

Kona Nigari Mineral Water

Kebiasaannya, air mineral diperolehi dari mata air pergunungan tetapi air mineral Kona Nigari ini dihasilkan dari laut kepulauan Hawai. Air mineral yang hanya dijual di Jepun ini disebut-sebut boleh menurunkan berat badan, menghilangkan tekanan stres serta meningkatkan kualiti dan tona kulit. Air mineral ini dijual dengan $ 402 USD di pasaran.

4. Svalbardi

Svalbardi Mineral Water

Air mineral yang diambil dari Svalbard, Lautan Artik mempunyai keunikannya tersendiri dimana diperbuat daripada glasier atau ais cair yang diproses menjadi air mineral dalam bungkusan. Untuk menikmati sebotol air mineral ini, anda perlu membelanjakan wang $ 82.03 USD bagi botol berukuran 750 ml.

5. Fillico

Last but not least, air mineral berjenama Fillico ini berasal daripada negara matahari terbit, Jepun. Airnya diambil dari mata air di rantau Kobe. Reka bentuk botol air mineral ini diilhamkan menerusi tapak warisan dunia di Itali iaitu Alberobello. Di samping itu, botol ini turut dihiasi dengan taburan kristal swarovski yang indah dan menawan. Satu botol Fillico ini berharga $ 219 USD.

Carian Berkaitan

air mineral mahal di malaysia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Air Mineral #air mineral mahal #Air Mineral Paling Mahal Di Dunia #air mineral terbaik #Air Mineral Termahal Di Dunia #Air Mineral Termahal Dunia #air minum termahal #air putih mahal #air putih termahal #harga air equil #harga air mineral termahal di indonesia #Images for air mineral paling mahal #jenama air mineral termahal di dunia #Merek Air Mineral Termahal di Dunia

Bekam. Fahami Dengan Jelas Apakah Manfaat Rawatan Ini!
Apa Itu Rawatan Bekam? Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam
Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan
Kucing adalah seekor haiwan peliharaan yang manja dan lucu. Disamping ia juga seekor
Contoh Format Resume Memohon Kerja Terbaik Dan Lengkap
Apa itu resume? Resume adalah satu dokumen ringkas namun padat yang menggambarkan profil diri,
Cara Melatih Anak Supaya Solat 5 Waktu
Untuk mengajarkan anak kecil solat memang amanah yang sukar. Apatah lagi untuk solat

Comments are closed.