Tips Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Selepas Makan Daging Kambing

Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Selepas Makan Daging Kambing

Daging kambing merupakan daging yang memiliki kandungan lemak tinggi dan serat daging yang sulit untuk dicerna oleh usus manusia. Oleh kerana itu, ramai orang dengan keadaan kesihatan tertentu harus ‘bermusuhan’ dengan daging kambing.

Daging kambing yang dimakan boleh menaikkan tekanan darah, apalagi jika seseorang sudah memiliki sejarah tekanan darah tinggi sebelumnya. Naiknya tekanan darah ini disebabkan oleh kalori yang dihasilkan dari daging kambing yang dimakan tersebut adalah tinggi. Kalori yang diambil ini kemudian akan diubah menjadi lemak tubuh.

Bagi penderita darah tinggi sebaiknya mengambil daging putih saja seperti ikan atau ayam kerana mengandungi lemak yang sedikit. Namun jika anda sudah terlanjur mengambil menu daging kambing dan tekanan darah anda menjadi naik, anda tidak perlu khuatir kerana terdapat beberapa tips menurunkan tekanan darah tinggi selepas makan daging kambing.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda cuba ;

  1. Makan Sayuran, Ulaman dan Buah-Buahan

Dengan mengambil sayuran, ulaman dan buah-buahan dapat membantu anda untuk mengatasi masalah pening selepas makan daging kambing dan juga dapat menurunkan tekanan darah. Hal ini demikian kerana sayuran, ulaman dan buah-buahan dapat menurunkan tekanan darah dan kolesterol. Antara sayuran dan ulaman yang disyorkan ialah timun, lobak merah, tomato, kubis, dan pucuk kemangi. Manakala buah-buahan yang terbaik untuk menurunkan tekanan darah tinggi ialah pisang, tembikai dan  avokado.

  1. Minum Teh Panas

Teh panas boleh menjadi salah satu alternatif untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi selepas memakan daging kambing. Hal ini demikian kerana minuman ini membantu melarutkan kandungan zat besi dalam daging kambing. Minumlah teh panas satu jam setelah anda memakan daging kambing.

  1. Makan Bawang Putih

Daging kambing yang berlemak dengan kandungan kalori yang tinggi dikatakan mampu menaikkan tekanan darah, lebih berbahaya bagi sesetengah orang yang sudah mempunyai sakit darah tinggi. Sebagai langkah kebaikan, mengambil bawang putih adalah cara untuk meneutralkan kandungan kolestrol dan kalori. Memakan bawang putih dipercayai dapat mengurangkan kolesterol darah tinggi.

  1. Bersenam dan Bersukan Secara Teratur

Bersenam dan bersukan merupakan aktiviti yang baik bagi mereka yang ingin memiliki tubuh yang sihat dan cergas. Dengan melakukan senaman dan sukan ringan seperti jogging di pagi hari akan membantu anda dalam mengurangi tahap kalori dan lemak dalam tubuh setelah makan daging kambing.

Loading...

Tags: #Buah Sayuran Makanan Penurun Darah Tinggi #Cara Alami Menurunkan Tekanan Darah Tinggi #Cara Menurunkan Darah Tinggi #cara menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol #Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Tanpa ubat #Cara Tradisional Menurunkan Tekanan Darah Tinggi #Daftar Makanan Untuk Menurunkan Darah Tinggi #jus penurun darah tinggi #Khasiat makanan untuk menurunkan tekanan darah tinggi #makanan pantangan darah tinggi buah penurun darah tinggi dan kolesterol #Makanan Penakluk Tekanan Darah Tinggi #Makanan Penurun Darah Tinggi Super Cepat #makanan penurun tekanan darah tinggi #makanan penyebab darah tinggi #minuman penurun darah tinggi #tips mengatasi pening kepala selepas makan daging kambing #tips menurunkan tekanan darah tinggi #tips menurunkan tekanan darah tinggi selepas makan daging kambing

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.