Tanda Awal Anda Mempunyai Masalah Jantung

Tanda Ada Masalah Jantung

Jantung merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk ‘jantung’.

Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300 hingga 350 gram. Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.(Wikipedia, 2017)

World Health Organization (WHO) menyebutkan penyakit jantung merupakan penyakit pembunuh nombor satu di dunia, yang sudah pasti telah meragut banyak nyawa di seluruh pelusuk dunia. Dari data yang diperoleh di tahun 2008 sahaja, terdapat 7.25 juta orang yang ada di dunia meninggal akibat penyakit jantung, iaitu 12.8% dari jumlah kematian manusia di seluruh dunia pada tahun tersebut.

Penyakit jantung

Bidang kajian mengenai jantung dikenali sebagai kardiologi. Penyakit penting bagi jantung termasuk:

  • Penyakit jantung koronari (ischaemic heart disease) iaitu kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung, menyebabkan sakit dada teruk dan ketidak selesaan yang dikenali sebagai angina.
  • Myocardial infarctionatau umumnya dikenali sebagai sakit jantung berlaku disebabkan kematian sel jantung akibat kitaran darah kepada jantung terganggu. Penyakit jantung koronari yang berterusan akan menyebabkan sakit jantung.
  • Congestive heart failureatau kegagalan jantung iaitu kehilangan daya pam jantung.
  • Endokarditismyokarditisdan perikarditis iaitu keradangan
  • Cardiac arrhythmia iaitu ketidaktentuan degupan jantung.
  • Penyakit jantung hipertensif(hypertensive heart disease) iaitu penyakit yang berciri-cirikan tekanan darah tinggi kepada jantung.
  • Kegagalan jantung(heart failure), penyakit yang membabitkan jantung gagal mengekalkan aliran darah.
  • Pulmonary heart disease iaitu kegagalan pada ventrikel kanan jantung.
  • Penyakit serebrovaskular iaitu penyakit yang terjadi pada salur darah ke serebrum atau otak.

Menduduki tempat teratas sebagai penyakit pembunuh nombor satu dunia, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Paras kolesterol yang tinggi, diabetes, hipertensi, kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini.

Penyakit jantung koronari merupakan punca utama kesakitan dan kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia. Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematian yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit ini.

Sindrom dan tanda awal penyakit jantung

  1. Angina pektoris

Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang itu mendapat penyakit jantung koronari. Tanda-tanda awal angina pektoris adalah :

  • Rasa sakit di dada sebelah kiri yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen.
  • Sakit di bahagian perut (epigastrik).

Serangan angina pektoris boleh berlaku semula apabila pesakit melakukan aktiviti berat atau ketika pesakit mengalami tekanan (stress) kerana pada keadaan tersebut jantung memerlukan oksigen yang tinggi. Bagaimanapun, kesakitan ini akan hilang di dalam masa kurang dari setengah jam apabila pesakit memberhentikan aktiviti berat dan berehat.

  1. Infarksi miokardia

Infarksi miokardia adalah suatu keadaan di mana sebahagian otot jantung menjadi rosak dan mati akibat dari kekurangan bekalan darah yang teruk ke bahagian tersebut. Tanda-tanda infarksi miokardia adalah :

  • Sakit dada : Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan sesuatu benda yang berat sedang menimpa dan menekan ke dada dan kadangkala seolah dada berasa ketat.
  • Sukar bernafas.
  • Pening kepala.
  • Muntah berterusan.

Secara umum ciri-ciri penyakit jantung memiliki gejala awal seperti berikut :

  • Nyeri pada dada. Ia berlaku kerana otot dan jantung tidak mendapatkan oksigen dan darah yang cukup dan membuat jantung menjadi nyeri. Biasanya disertai dengan rasa seperti jantung diramas-ramas dan rasa sakit.
  • Peluh terkeluar pada bahagian tapak tangan, dahi, kepala, dan bahagian badan yang lain sedangkan anda tidak melakukan sebarang aktiviti.
  • Rasa penat berlebihan. Rasa cepat penat juga adalah indikasi awal dari penyakit jantung walaupun anda tidak melakukan aktiviti fizikal yang memenatkan.
  • Sesak nafas. Ia berlaku kerana kontraksi otot jantung yang tidak normal boleh menjejaskan paru-paru sehingga akan menyebabkan anda sesak nafas.
  • Jantung berdebar-debar. Jantung yang berdegup kencang tanpa sebab seakan-akan anda baru usai berlari juga merupakan gejala awal jantung bermasalah.
  • Mudah berasa cemas.
  • Sakit kepala. Gejala awal penyakit jantung ini terjadi kerana aliran darah ke otak terganggu dan tidak normal.
  • Nafsu makan menurun. Salah satu indikasi dari penyakit jantung adalah penderitanya memiliki nafsu makan yang menurun secara mendadak dan biasanya disertai mual dan muntah-muntah.
  • Bahagian tubuh membengkak. Bahagian tubuh membengkak tanpa sebab juga adalah gejala awal seseorang mempunyai masalah jantung.
  • Sakit dibahagian tubuh. Ia disebabkan oleh aliran darah yang tersumbat ke bahagian tubuh tersebut dan mengakibatkan sakit.
Rujukan :
http://www.insomniaku.co (2015)
https://ms.wikipedia.org (2017)
http://hariansehat.com (2016)
Loading...

Tags: #cara mencegah sakit jantung #cara mengatasi penyakit jantung #Ciri Ciri Gejala Awal Sakit Jantung #ciri ciri penyakit jantung pada wanita #ciri ciri penyakit lemah jantung #ciri penyakit jantung di usia muda #Ciri Umum Gejala Awal Penyakit Jantung Pada Manusia #Ciri-Ciri Gejala Awal Penyakit Jantung #Ciri-Ciri Penyakit Jantung #Gejala Awal dan Tanda-tanda Penyakit Jantung #gejala penyakit jantung dan pencegahannya #gejala penyakit jantung pada wanita #Ketahui Ciri Gejala Awal Sakit Jantung #penyakit jantung koronari #penyebab sakit jantung di usia muda #sakit jantung #Tanda – Tanda Awal Terkena Penyakit Jantung #Tanda Anda Mungkin Memiliki Penyakit Jantung #tanda awal anda mempunyai jantung bermasalah #tanda awal penyakit jantung #tanda awal sakit jantung #Tanda Tanda Awal Risiko Penyakit Jantung #Tanda Tanda Sakit Jantung

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Comments are closed.