Rumah Tangga Kekal Bahagia 19 Tahun, Ziana Zain Kongsi 4 Rahsia

Gambar Terkini Ziana Zain

Tiada siapa di dunia ini yang tidak mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan kekal berpanjangan sehingga ke anak cucu. 

Dalam merealisasikannya, pelbagai pahit getir dan onak duri terpaksa diharungi demi mencipta sebuah mahligai impian bersama suami, isteri dan anak-anak.

Masih ingat dengan pelakon dan penyanyi bersuara lantang tanah air iaitu Ziana Zain. 2017 menjadi tahun ke 19 usia perkahwinannya dengan suami tercinta, Armin Zaharin.

Hasil perkahwinan tersebut, Ziana dan suami dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, Muhammad Ammar Amin, Muhammad Arrel dan Siti Noor Kaseh.

Dipetik dari majalah In-Trend, pelantun lagu Putus Terpaksa dan Dingin ini berkongsi 4 rahsia rumahtangganya kekal bahagia sehingga hari ini. Apa tunggu lagi, jom kita semak!

1. Jadi Seorang Isteri Yang Penyabar

“Pada saya, sifat sabar itu perlu berada pada hierarki paling tinggi. Dan tanggungjawab harus seiring dengan kesabaran. Jika tidak porak-perandalah semuanya. Dan selalu beringatlah, apabila kita marah macam-macam perkara boleh terjadi kerana ia akan membuatkan kita hilang pertimbangan yang sekaligus akan menjurus kearah yang tidak baik,” katanya.

2. Nilaikan persamaan antara suami dengan bapa kita

“Selain itu, lihat emak kita. Tengok bagaimana emak kita boleh hidup dengan bapa kita. Kerana maklum lelaki ini tingkah lakunya sukar diduga. Ada yang bertuah bersuamikan seorang yang ringan tulang, lembut hati atau ada juga yang panas baran tetapi punya hati dan jiwa yang baik. Nilaikan sendiri apakah ada persamaan sedikit suami kita dengan bapa kita?,” jelasnya.

3. Saling maaf-memaafi dan memahami antara isteri dan suami

“Masa adalah kekangan paling besar apabila sudah bekeluarga. Malah kadang-kala timbul rasa bersalah kepada suami jika jadual bekerja kami bercanggah. Saya sering meminta maaf kepadanya namun syukur dia seorang yang memahami,” katanya.

4. Kongsi masalah dengan sahabat baik anda

“Wanita ni kalau ada masalah je akan kongsikan dengan teman. Maka dengan itu carilah teman-teman atau sahabat yang boleh memberi nasihat dan bukannya yang akan mencurah minyak, menyemarakkan api kemarahan.” jelasnya.

ziana-zain-bersama-anak-dan-suami Rumah Tangga Kekal Bahagia 19 Tahun, Ziana Zain Kongsi 4 Rahsia

Ziana Zain Bersama Anak Dan Suami

azlan-150x150 Rumah Tangga Kekal Bahagia 19 Tahun, Ziana Zain Kongsi 4 Rahsia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #kisah perkahwinan selebriti #petua rumah tangga utuh #tips kehidupan rumah tangga #Tips Perkahwinan Ziana Zain #ziana zain #Ziana Zain Kongsi Tips Perkahwinan

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Rumah Tangga Kekal Bahagia 19 Tahun, Ziana Zain Kongsi 4 Rahsia"