Khasiat Buah Lemon

Buah Lemon

Lemon merupakan sumber yang sangat kaya vitamin C yang penting untuk membuat tubuh kebal dari virus penyebab batuk dan selsema. Selain itu juga ia mengandungi flavonoid yang berguna untuk melawan virus dan penyakit.

Lemon juga membantu meningkatkan alkali dalam tubuh, dengan mengembalikan keseimbangan pH tubuh. Minum jus lemon dengan air suam di pagi hari membantu pergerakan usus, sehingga menjadi teratur serta mengelakkan sembelit. Jus lemon dapat membantu untuk melarutkan asam urat dan racun lainnya, serta membantu untuk mencairkan hempedu serta sebagai agen anti oksida. Dalam perubatan tradisional, lemon sangat diakui kerana membantu masalah rabun mata. Vitamin C yang terdapat dalam lemon membantu untuk meneutralkan radikal bebas, yang menjadi penyebab utama penuaan ataupun awet muda.

Lemon juga adalah satu-satunya buah di dunia yang anionik (ion dengan muatan negatif), jadi sangat penting bagi tubuh. Lemon juga bertindak sebagai anti kanser yang baik. Selain ia, juga membantu menghilangkan cacing dalam tubuh, yang menjadi penyebab masalah kesihatan berkaitan kecacingan. Kulit Lemon mengandungi tengeretin yang telah terbukti efektif untuk membantu gangguan otak seperti penyakit Parkinson. Lemon juga dikenal bersifat anti bakteria dan dapat menghancurkan virus malaria, kolera, difteria dan bakteria lainnya.Khasiat pada lemon dapat menghindar tekanan darah tinggi dan penyakit kulit seperti gatal-gatal dan kudis.

Encik Shino

Lepasan graduan IPTA tempatan, mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #anti oksidan #buah lemon #kebaikan buah lemon #kenapa perlu makan buah lemon #khasiat antioksidan dari buah lemon #khasiat lemon

5 Petua Berkesan Menghilangkan Parut Secara Tradisional
Kesan parut ternyata membuatkan kita risau lebih-lebih lagi jika parut pada wajah. Memang
Petua Rambut Gugur Berkesan Kepada Lelaki Dan Wanita
Samada lelaki mahupun wanita, tua atau muda juga tidak terkecuali dengan masalah keguguran
Masalah Gatal Pada Alat Kelamin Wanita
Kebanyakan wanita berasa malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau
Cara Menjaga Kesihatan Alat Kelamin Bagi Wanita
Wanita harus memastikan bahagian alat kelamin bersih selepas membuang air kecil atau air

Comments are closed.