Ketahui 7 Aplikasi Perlu Ada Dalam Telefon Pintar Anda


Di era modenisasi ini, pelbagai jenama telefon pintar atau smartphone di pasaran dari harga ratusan hingga ribuan ringgit. Hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti warna, reka bentuk dan aplikasi-aplikasi terkini menjadi tarikan utama buat si pembeli untuk memilikinya.

Jika dahulu telefon hanya untuk berkomunikasi antara satu sama lain tetapi hari ini teknologi tersebut dilihat sebagai salah satu daripada gaya hidup masyarakat masa kini.

Ingat! Telefon pintar bukan hanya untuk dibuat berswafoto semata-mata malahan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya sedikit sebanyak mampu melancarkan kehidupan anda seharian.Ā Untuk kali ini, penulis ingin kongsikan mengenai tujuh aplikasi yang perlu ada dalam telefon pintar anda.

1. Playstore/ Apps Store

Playstore dan Apps Store merupakan platform pelbagai media dan aplikasi yang terpenting bagi pengguna telefon pintar jenis android dan IOS.

Di sinilah, anda boleh memuat turun secara percuma atau berbayar aplikasi-aplikasi yang dikehendaki seperti Whatapps, Instagram, Candy Crush dan banyak lagi.

2. Media Sosial

Sebelum ini kita selalu berhubung antara satu sama lain dengan membuat panggilan atau menghantar mesej ringkas seperti SMS.

Pada masa kini, laman media sosial seperti Whatapps, Facebook dan Twitter merupakan antara penghubung paling efesien dalam bersosial atau berkomunikasi dengan masyarakat.

Penulis sendiri aktif menggunakan media sosial seperti Whatapps untuk bertanya khabar ibu bapa dikampung halaman.

3. Google Maps/ Waze

Aplikasi ini sangat penting dan berguna kepada semua orang di dunia ini.

Dengan menggunakan Google Maps atau Waze, kita dapat mengetahui arah dan jarak ke destinasi-destinasi yang hendak dituju.

Aplikasi-aplikasi juga turut menyampai maklumat mengenai keadaan trafik semasa seperti kemalangan yang berlalu atau sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa.

4. Grab/Uber

Bagi yang suka menaiki pengangkutan awam seperti teksi, aplikasi Grab atau Uber wajib ada dalam telefon pintar anda.

Dengan ada aplikasi seperti ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah menahan teksi di tepi jalan.

Paling penting, pengguna dapat mengetahui siapa pemandu dan tambang yang dikenakan sebelum menaiki teksi berkenaan.

5. Permainan/Games

Setiap manusia di muka bumi ini pasti sekurang-kurangnya mempunyai satu permainan atau games dalam telefon pintar mereka.

Pelbagai games yang anda boleh dapati di Play Store atau Apps Store seperti permainan teka-teki, berperang, bermain bola sepak dan banyak lagi.
Sekali sekala dapat bermain games sangat menyeronokan.

Awas! Jangan sampai terlalu obses dengan games berkenaan sehingga menjejaskan mutu kerja atau pelajaran anda.

6. Perbankan

Buat online shopper, aplikasi perbankan seperti Maybank2U atau CIMB Clicks ini sangat penting buat anda untuk membeli-belah secara talian.

Semudah ABC, anda hanya membayar barangan yang dibeli secara atas talian tanpa perlu ke bank atau ATM.

Selain itu, aplikasi ini juga membolehkan anda menjelaskan bil bulanan seperti bil elektrik, air dan internet.

7. Photo Editor

Tidak dinafikan, semua orang suka berswafoto atau selfie. Tidak kira gambar diri sendiri, pemandangan atau makanan, pastinya diabadikan menerusi laman sosial masing-masing.

Dengan ada aplikasi photo editor seperti Camera360, Pixlr, Photo Grib atau Aviary akan membuatkan foto anda lagi cantik seakan-akan jurufoto profesional.

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #7 aplikasi perlu ada dalam telefon pintar #aplikasi smartphone #aplikasi wajib telefon pintar #Aviary #Camera360 #Candy Crush #Facebook #Instagram #Photo Grib #Pixlr #smartphone #trending apps #Twitter #Whatapps

Nak Cantik Seperti Neelofa! Ini Rahsianya
Who doesn’t love Neelofa. Bukan sahaja dikurniakan rupa paras yang cantik bak bidadari
6 Perkara Ini Hanya Berlaku Di Bulan Ramadan
Ramadan tiba lagi. Umat Islam di seluruh pelosok dunia akan kembali menunaikan rukun
Ingin Jana Pendapatan Di Bulan Ramadan? Ikuti 5 Idea Ini
Ramadan bukan sahaja bulan yang menguji keimanan tetapi juga bulan yang melimpahkan nikmat
5 Jenama Tudung Popular Di Malaysia
Lambakan tudung di pasaran tempatan boleh ibaratkan sebagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dengan

Leave a reply "Ketahui 7 Aplikasi Perlu Ada Dalam Telefon Pintar Anda"