Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017

Gambar Cantik Elica Mentor 2017

Baru-baru ini, Konsert Akhir Mentor Milenia 2017 saluran TV3 menyaksikan Protege Akim, Angelica Paujin atau Elica dinobatkan sebagai juara program realiti tersebut.

Keputusan tersebut agak mengejutkan banyak pihak terutama buat peminat-peminat Usop yang menjangkakan dia bakal muncul sebagai juara.

Elica sekali gus menewaskan tiga peserta lain yang bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam itu.

Kemenangan Elica,17, berasal dari Tambunan, Sabah yang mendendangkan lagu Samar Bayangan dan Ceritera Cinta menyaksikannya dirinya membawa pulang wang tunai RM100,000, trofi, telefon bimbit dan pakej percutian ke London.

Usop atau nama lengkapnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 20, anak didik kepada Hazama pula muncul sebagai naib juara dan merangkul wang tunai benilai RM50,000.

Usop yang menjadi juara mingguan selama tiga minggu berturut-turut mempertaruhkan dua lagu berjudul Bayang dan Malam pada konsert akhir itu.

Persembahan anak jati Kedah itu dilihat menerima komen positif  daripada juri tetap, Datuk Hattan dan juri jemputan, Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy.

Biarpun menduduki tempat ketiga, Mohamad Rozaimi Rosli, 20, atau Along yang juga protege Tomok, berpuas hati dengan wang tunai RM20,000 dimenanginya selepas mempertaruhkan lagu Merisik Khabar dan Memori Berkasih.

Sementara itu, protege kepada Black, Nur Syaheera Abd Aziz, 19, pula meraih tempat keempat dengan membawakan lagu berjudul Sekadar Di Pinggiran dan Di Pintu Syurga sekali gus memenangi wang tunai RM10,000.

Kesemua peserta diadili juri tetap dan jemputan yang mewakili 50 peratus daripada markah, manakala selebihnya juri awam sebanyak 30 peratus dengan 20 peratus baki undian daripada para penonton.

Peserta akhir Mentor Milenia 2017 membuat dua persembahan solo dan duet dengan penyanyi jemputan antaranya Siti Nordiana, Misha Omar, Hael Husaini dan Salma.

Konsert akhir itu turut mengundang kumpulan dari seberang, Indonesia, Nidji yang tampil dengan lagu hit Biarlah dan Bila Bersamamu.

Biodata Ringkas Elica

Nama Penuh: Angelica Paujin
Asal: Tambunan, Sabah
Umur: 17 (2017)
Tahun Lahir: 2000
Keturunan: Dusun
Adik Beradik: Anak Pertama Daripada Empat Beradik
Protege: Akim
Penglibatan: Idola Kecil 2010 & Mentor Milenia 2017
Pencapaian: Juara Mentor Milenia 2017

Elica-comel-150x150 Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017 Elica-mentor-dan-Ara-AF-150x150 Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017 Elica-Mentor-Milenia-2017-150x150 Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017 Elica-mentor-senyum-150x150 Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017 Gambar-cantik-Elica-Mentor-2017-150x150 Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017 gambar-juara-elica-dan-akim-2017-150x150 Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017 gambar-selfie-elica-mentor-150x150 Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017 Juara-mentor-Milenia-2017-150x150 Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017 peserta-akhir-mentor-milenia-2017-Along-Usop-Elica-dan-Syeera-150x150 Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017 Protege-mentor-Akim-150x150 Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017 top-3-protege-mentor-milenia-2017-150x150 Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017 wajah-comel-elica-mentor-2017-150x150 Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017

a63430bc-6f68-4460-a663-b092fe992402-150x150 Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017

Sairul Zamri Misrani

Seorang wartawan muda yang sangat suka melancong dan mengembara ke tempat-tempat baharu. Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di salah sebuah akhbar berbahasa Melayu terkemuka negara hinggalah ke saat ini.

More Posts

Follow Me:
facebook Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017

Loading...

Tags: #Angelica Paujin #biodata elica #Elica #elica bintang kecil #elica idola kecil #elica mentor biodata #elica mentor instagram #elica mentor milenia #foto elica mentor milenia 2017 #juara mentor #juara mentor 2017 #mentor milenia 2017 #mentor milenia 2017 akhir #protege akim

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Biodata Elica, Juara Mentor Milenia 2017"