5 Rahsia Aplikasi WhatsApp Ini Perlu Anda Ketahui!

Whatsapp Tips

Di era modenisasi ini, aplikasi WhatsApp menjadi pilihan masyarakat Malaysia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Selain menghantar mesej, anda juga boleh menelefon sesiapa sahaja pengguna WhatsApp tanpa dikena sebarang cas tambahan (pastikan data internet anda aktif).

Menariknya, aplikasi ini mencatatkan penggunaan sebanyak 89 peratus di kalangan 21 juta pengguna internet di negara kita.

Terdapat pelbagai features menarik terdapat pada WhatsApp untuk kemudahan kita semua. Sayangnya, tidak ramai pengguna aplikasi ini mengetahui kegunaannya.

Berikut, penulis kongsikan 5 rahsia cara guna WhatsApp yang perlu anda ketahui! Take a look!

1. Hilangkan Blue Tick

Untuk pengetahuan para pembaca, terdapat 3 tanda betul (√) penting yang perlu diketahui apabila kita menghantar sesuatu mesej menerusi WhatsApp.

Pertama, tanda betul membawa maksud bahawa mesej kiriman kita telah memasuki server WhatsApp. Kedua, tanda betul berkembar bererti mesej kiriman sudah masuk dalam WhatsApps si penerima. Akhir sekali, tanda betul berkembar bertukar warna biru atau blue tick apabila mesej kiriman kita telah dibaca si penerima.

Berita baik buat pengguna WhatsApp! Anda boleh menghilangkan blue tick tersebut supaya mesej yang diterima atau telah dibaca anda tidak diketahui si penghantar.

Anda cuba perlu ke menu Setting -> Account -> Privacy lalu scroll ke bawah dan hapus tanda betul yang terdapat pada Read Receipt. Apabila anda mengaktifnya, anda juga tidak boleh mengetahui bahawa mesej yang dihantar telah dibaca si penerima.

2. Boleh Sembunyi Foto Profil

Foto profil sangat penting dalam sesebuah media sosial hari ini. Menerusi foto profil, anda boleh mengenalpasti identiti pengguna WhatsApp yang lain.

Untuk info, foto profil di aplikasi ini boleh disembunyikan! Caranya, pergi ke menu Setting -> Account -> Privacy lalu ke menu ‘Who Can See My Personal Info’ scroll ke menu Profile Photo dan ubah dari ‘Everyone’ ke ‘Nobody’.

Malah, kaedah yang sama juga boleh digunakan untuk menyembunyikan Status, About dan Last Seen.

3. Tanda Mesej Penting Dengan ‘Star Message’

Terlepas mesej kiriman lama atau terdahulu yang penting? Jangan risau, anda boleh gunakan filtur Star Message untuk menanda mesej-mesej penting dengan cara menekan lama mesej berkenaan lalu klik simbol bintang yang terdapat di bahagian atas.

Jika anda ingin membaca kembali mesej yang telah ditanda bintang, sila ke menu Starred Messenges.

4. Tulisan Bentuk Bold & Italic

Guys, anda boleh menggunakan tulisan berbentuk Bold dan Italic apabila mengirimkan sesuatu mesej, info, pengumuman dan sebagainya menerusi WhatsApp.

Untuk Bold atau tulisan tebal, tambahkan simbol * di hadapan dan di belakang perkataan yang ingin anda gunakan. Sebagai contoh, *makan*.

Bagi Italic pula, anda hanya perlu tambahkan simbol _ di depan dan belakang perkataan. Contohnya, _makan_.

5. Sembunyikan Preview Chat

Kadang-kala, anda tidak mahu orang lain membaca atau melihat mesej antara kekasih hati atau sahabat saat telefon dipinjam oleh seseorang.

Oleh itu, anda boleh sembunyikan segala mesej yang masuk agar tidak terlihat atau terpreview diketahui orang lain. Caranya, matikan filtur Show Preview di menu Setting -> Notification.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cara Guna WhatsApp #Hilangkan Blue Tick whatsapp #Rahsia Disebalik WhatsApp #Sembunyi Foto Profil whatsapp #Sembunyikan Preview Chat whatsapp #tips whatsapp #Tulisan Bentuk Bold & Italic whatsapp #WhatsApp

Tips Membuka Penutup Botol Yang Ketat! Jom Cuba Teknik Ringkas Ini!
Buat anda yang suka memasak, pastinya mempunyai pelbagai botol atau bekas simpanan yang
5 Cara Betul Simpan Minyak Wangi Anda Supaya Kekal Tahan Lama!
Pada hari ini, pelbagai produk wangian diri terdapat di pasaran sama ada minyak
Cara Usir Nyamuk Menerusi Tanaman Pokok Hiasan. Anda Wajib Cuba!
Kehadiran nyamuk bukan sahaja menganggu persekitaran anda dan sekeluarga tetapi membawa pelbagai penyakit
5 Alasan Lelaki Masa Kini Tidak Terburu-Buru Untuk Berkahwin!
Apabila berbicara tentang perkahwinan, ianya merupakan impian setiap manusia di muka bumi ini.

Comments are closed.