5 Resepi Masakan Maggi Pilihan Rakyat Malaysia, Tengok Gambar Pun Tak Tahan!

Olahan Masakan Maggi Paling Sedap

Masakan maggi sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Menu ringkas yang senang dan mudah untuk disediakan.

Maggi menjadi pilihan untuk dimakan sebagai alas perut, menu bajet dan tidak ketinggalan sebagai makanan alternatif ketika perut tiba-tiba lapar pada waktu tengah malam.

Namun, apabila maggi dimasak dengan lebih kompleks seperti maggi goreng, maggi sup, maggi celup dan sebagainya, menu maggi ini bukan lagi sekadar masakan alas perut, malah ia dijual dengan harga lebih dari RM5 pada masa kini di mana-mana kedai makan, kedai mamak dan restoran makanan laut dan lain-lain.

Dengan beredarnya masa, pelbagai menu masakan maggi diperkenalkan dan menjadi tular, kemudian diikuti oleh ramai peniaga untuk menyediakan menu tersebut, menjadikan sesetengah masakan maggi ini dijual dengan harga yang lebih mahal kerana bahan-bahan yang digunakan.

Terdapat banyak olahan masakan maggi yang dapat disediakan berdasarkan kreativiti dan cita rasa dan banyak jenis olahan masakan maggi yang dijual di mana-mana seperti maggi sup, maggi tomyam, murtabak maggi dan sebagainya.

Namun, pada pos kali ini, penulis ingin menyenaraikan 5 jenis masakan maggi pilihan ramai berdasarkan populariti, trend dan rasanya yang sedap.

  1. Maggi Ketam

Maggi Ketam Sedap

Maggi ketam menjadi popular bermula dari sekitar tahun 2005 hingga sekarang. Menu maggi ketam ini diperkenalkan di negeri Kelantan dan menjadi tular di sekitar daerah Pasir Puteh. Kemudiannya menu ini menjadi trend bagi peniaga lain di sekitar Kelantan sebelum berkembang ke negeri lain dan ibu kota.

Terdapat pilihan sama ada dimasak dengan ketam nipah atau ketam bunga atau mana-mana jenis ketam lain yang popular di perairan Malaysia. Harganya pula berdasarkan saiz ketam tersebut. Terdapat juga kedai yang meletakkan harga tetap bagi menu ini dan ada juga kedai yang memberi pelanggannya memilih sendiri ketam untuk dimasak bersama maggi.

Rasa kuah maggi yang bercampur aroma ketam menjadikan maggi ini lebih enak. Walau bagaimanapun, rasanya tidak sama antara satu kedai dan kedai lain. Oleh sebab itu, para pelanggan perlu tahu untuk mencari kedai yang menyediakan menu maggi ketam terbaik kerana jika dimasak dengan menggunakan perencah maggi dan sayuran-sayuran sahaja, sudah pasti tidak berbaloi.

Lokasi popular untuk maggi ketam terbaik terdapat di beberapa tempat di Pasir Puteh, Tok Bali, tepi pantai di Bachok, kedai-kedai makan di  jalan Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu dan di Pantai Cahaya Bulan.

  1. Maggi Udang Galah

Maggi Udang Galah Sedap

Maggi udang galah menjadi popular setelah maggi ketam diperkenalkan. Apa yang membezakan maggi udang galah dengan maggi ketam ialah lauk utamanya. Maggi udang galah menggunakan udang galah bersaiz besar ataupun beberapa udang galah bersaiz sederhana.

Sesetengah kedai menjual menu maggi ketam turut menyediakan menu maggi udang galah. Rasanya tidak kurang enaknya dengan aroma udang galah meresap ke dalam kuah ditambah lagi dengan lauk-lauk lain dan sayuran-sayuran.

  1. Maggi Tiram

Maggi Tiram Sedap

Berbeza dengan maggi ketam dan maggi udang galah, maggi tiram mempunyai rasa yang berlainan dan bagi penggemarnya, maggi tiram adalah pilihan yang lebih baik kerana rasa dan lebih mudah untuk dimakan.

Menu ini mula popular di beberapa tempat di negeri Kelantan terutamanya di kawasan tei pantai di daerah Bachok. Harganya lebih murah berbanding maggi ketam dan maggi udang galah.

  1. Maggi Telur Sotong

Maggi Telur Sotong Sedap

Maggi telur sotong adalah menu baru yang diperkenalkan sekitar tahun 2015 di Kota Bharu, Kelantan dan menjadi trend baru bagi peniaga makanan laut di negeri tersebut. Apa yang menarik tentang maggi telur sotong ialah keenakan telur sotong yang dimasak bersama maggi. Para pelanggan boleh memilih untuk mencuba maggi telur sotong goreng  ataupun sup.

Terdapat kedai berdekatan lapangan terbang di Pengkalan Chepa yang menyediakan menu ini dengan berlainan iaitu telur sotong digoreng berasingan. Lokasi lain untuk  ini terdapat di Pantai Senok dan Pantai Kemayang di Bachok, Pantai Cahaya Bulan, Restoran Selera Signal di cabang tiga Kedai Buluh di Jalan Pantai Cahaya Bulan dan banyak lagi.

Bagi penulis, menu maggi telur sotong ini adalah pilihan utama berbanding olahan masakan maggi yang lain kerana keenakannya yang tiada tandingan. Harganya pula tidak lebih dari RM10, sekitar RM5 hingga RM7.

  1. Maggi Seafood

Maggi Seafood Sedap

Maggi seafood ialah olahan masakan maggi yang mewah dengan kombinasi makanan laut seperti udang galah, sotong, lala, telur sotong, ketam, telur ayam dan sebagainya. Bagi mereka yang ingin merasa semua makanan laut dengan satu menu, maggi seafood adalah pilihan yang tepat. Sesetengah kedai yang menyediakan menu-menu lain di atas juga menyediakan menu ini.

Loading...

Tags: #cara masak maggi paling sedap #lokasi maggi sedap #maggi #maggi ketam #maggi seafood #maggi sedap #maggi telur sotong #maggi tiram #maggi udang galah #masakan maggi #olahan masakan maggi #resepi maggi paling trending #resepi maggi sedap

Resipi Tradisional Kuih Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis
Bahan-bahan : 600 gram tepung beras 500 gram kacang tanah 1 biji kelapa
Cara Memasak Ikan Talang Dengan Mudah Dan Sedap
Ikan Talang adalah jenis ikan laut yang popular dalam kalangan pemancing. Ikan laut
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3 biji cili padi 1 biji
Cara Buat Pisang Goreng Yang Rangup Lagi Crispy!
Bila bercerita tentang pisang goreng, kebanyakan orang menyukai pisang goreng. Dengan peredaran zaman,