Petua Kecantikan Luna Maya Tampil Cantik & Menggoda!

Pic 2017 Luna Maya

Luna Maya, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di arena seni hiburan Indonesia dan Malaysia.

Selain aktif berlakon, anak kelahiran Bali, Indonesia ini sukses sebagai model, pengacara, penyanyi dan ahli perniagaan.

Meskipun sudah menginjak 34 tahun, kecantikan yang dimiliki pelantun lagu Paranoid dan Menuju Surga Mu ini seperti tidak dimamah usia.

Malah, wajahnya seringkali menghiasi muka depan majalah-majalah popular berkaitan seni hiburan, fesyen dan gaya hidup.

Dipetik dari portal Liputan6.com, pemilik nama lengkap Luna Maya Sugeng berkongsi petua kecantikannya untuk tampil cantik dan menggoda. Here they are!

1. Cuci Muka 3 Kali Sehari

“Seringkali mencuci muka adalah kunci untuk memiliki wajah yang sihat. Jika anda banyak menghabiskan waktu di luar terutamanya di kawasan yang berdebu, usahalah untuk mencuci muka. Saya selalu mengamalkan amalan mencuci muka sebanyak 3 kali sehari, bahkan lebih jika berada di lokasi penggambaran yang panas dan berdebu. Ini kerana, keadaan wajah yang kotor dan pori-pori tertutup debu akan menyebabkan masalah jerawat dan bintik hitam,” katanya.

2. Guna Pelembap Siang & Malam

“Menggunakan pelembap siang dan malam merupakan rutin kecantikan saya. Selain dapat merawat kulit rawat secara menyeluruh, pelembap juga dapat membantu melindungi wajah sebelum mengenakan sebarang solekan. Malah, saya juga memakainya setiap hari meskipun jika tidak terlibat dengan aktiviti seni atau sosial,” jelasnya.

3. Wajib Bersihkan Solekan

“Sebagai seorang selebriti, saya seringkali tampil mengenakan solekan sama ada untuk sesi penggambaran atau menghadiri acara formal. Apabila pulang ke rumah, saya akan pastikan wajah akan bersih 100% dari sebarang solekan. Jika tidak dibersihkan, kulit akan mengalami masalah iritasi seperti kemerah-merahan. Untuk hari biasa, saya lebih suka menatarias solekan yang ringkas atau minimalis,” katanya.

4. Rajin Buat Rawatan Masker

“Masker merupakan perawatan wajah kesukaan saya. Kebiasaanya, saya akan memakai masker waktu malam sambil menunggu mata terpejam (tidur). Walaupun penat, saya tetap melakukan rawatan kecantikan ini supaya wajah segar dan cantik di keesokkan hari,” jelasnya.

5. Banyakkan Minum Air Putih

“Saya suka minum air putih. Selain dapat melancarkan sistem pencernaan dan metabolisme tubuh badan, air putih juga mampu menurunkan berat badan kita. Malah, amalan meminum banyak air putih juga membuatkan kulit wajah kita lebih fresh dan tidak kusam,” katanya.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Luna Maya #Luna Maya Kongsi Tips Kecantikan #Nak Cantik Macam Luna Maya #Petua Cantik Luna Maya #Rahsia Kecantikan Luna Maya #Tips Cantik Luna Maya

Tips Membuka Penutup Botol Yang Ketat! Jom Cuba Teknik Ringkas Ini!
Buat anda yang suka memasak, pastinya mempunyai pelbagai botol atau bekas simpanan yang
5 Cara Betul Simpan Minyak Wangi Anda Supaya Kekal Tahan Lama!
Pada hari ini, pelbagai produk wangian diri terdapat di pasaran sama ada minyak
Cara Usir Nyamuk Menerusi Tanaman Pokok Hiasan. Anda Wajib Cuba!
Kehadiran nyamuk bukan sahaja menganggu persekitaran anda dan sekeluarga tetapi membawa pelbagai penyakit
5 Alasan Lelaki Masa Kini Tidak Terburu-Buru Untuk Berkahwin!
Apabila berbicara tentang perkahwinan, ianya merupakan impian setiap manusia di muka bumi ini.

Comments are closed.