Koleksi Doa Sempena Majlis, Mesyuarat, Karnival Dan Program Sekolah

Doa Majlis

Berikut merupakan contoh teks bacaan doa untuk majlis dan program di sekolah. Dibacakan dan diaminkan secara ramai-ramai.

  • Doa Sempena Mesyuarat PIBG

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِ رَبّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتّقِيْنَ َالصّلَة

ُوَالسّلَمُ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَل ِ َى آله ِوَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن

اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ

فِيْ قـُلُوْبِنَاغِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيٌ ْم

يا ال ياكريم

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah. Kami berkumpul untuk mengisi keredhaanMu dalam seluruh hidup kami. Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini, demi kebaikan anak-anak kami .

يا ال يا منزل البركة

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usahausaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa atau penjaga pelajar di sekolah ini.

يا حي يا قيوم ياذا الجلل والكرام

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan yang sempurna.

اَللّهُمّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقاً مَعْصُوْمًا ،

وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ مَنْ يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُوْدًا وَلَ مَحْرُو ً ْما .

رَبّنَا آتِنَا ِفي الدّنْيَا حَسَنَةً ِ  وَفي الخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاب ّ َ النار

وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،

وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

  • Doa Sempena Hari Guru

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِ رَبّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتّقِيْنَ َالصّلَة ُوَالسّلَمُ

عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن

 

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam Kami merafakkan rasa bersyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama Sekolah) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : (Tema Hari Guru)

يا ال ياعزيز يا ستارفعال لما يريد

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaanMu  semata-mata . Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinanMu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang  kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri . Kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

يا اال يا مكوراليل والنهار

Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatanMu ya Allah  kurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur, mudahmudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-gurukami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasamengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama, bangsa dan Negara yang tercinta.

اَللّهُمّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقاً مَعْصُوْمًا ،

وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ مَنْ يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُوْدًا وَلَ مَحْرُو ً ْما .

رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار

وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،

وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

  • Doa Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِ رَبّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتّقِيْنَ َالصّلَة ُوَالسّلَمُ

عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن

اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا

غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَن ْ ُوا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

يا ال يا كريم يا ودود

Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan turut serta dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan  Sekolah (Nama Sekolah)

يا ال يا فعال لما يريد

Kami memohon kepadaMu, agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan kasih sayangMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayahMu.Tidak  lupa juga kepada para pendidik yang telah  lama menyumbang khidmat , menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini. Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, samada dalam bidang akademik mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan, dan seterusnya anugerahkanlah kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

يا ال يا غنى يا حميد

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik serta mempunyai  peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi dorongan dan galakkan kepada pelajar-pelajar lain, supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار

وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،

وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

  • Doa Sempena Majlis Solat Hajat

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

الْـحَمْدُ لِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصّالِـح ُ َات ، َالصّلَة ُوَالسّلَمُ

عَلَى رَسُوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْح ِ َابهِ أجْـمَعِي َ ْن

اللّهُمّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانَِنا الّذِي َ ْن سَبَقُوْنَا بِالِيْم ِ َان وَلَ تَجْع ْ َل

فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيٌ ْم

Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul keranaMu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup  dengan keredhaanMu. Sesungguhnya ketentuan dan takdirMu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga dapat melawan hawa nafsu kami, dan penolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurniaanMu sehingga kami merasai kenikmatan yang Engkau berikan.

يا ال يا كريم يا ودود

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang ,remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.

يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين

Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat kami,Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunanMu Ya Ghaffar.

يا ال انت الغنى ونحن الفقراء

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.

اَللّه ّ ُم اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُو ً ْما ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَف ّ َرقاً مَعْصُو ً ْما ،

وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ م ْ َن يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُو ً ْدا وَلَ مَحْرُوْمًا .

رَبّنَا آتِنَا ِفي الدّنْيَا حَسَنَةً ِ  وَفي الخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاب ّ َ الن ِ ار

وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،

وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

  • Doa Sempena Hari Sukan

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

الْـحَمْدُ لِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصّالِـح ُ َات ، َالصّلَة ُوَالسّلَمُ

عَلَى رَسُوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْح ِ َابهِ أجْـمَعِي َ ْن

اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا

غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَن ْ ُوا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

يا ال يا رحمن يا رحيم

Kami berhimpun pada pagi ini keranaMu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepadaMu sesuai dengan firmanMu yang mulia :

قُلْ إِنّ صَلَتِيْ وَن ُ ُسكيِ وَمَحْياَيَ وَمَمَاتيِ ِلِ رَبّ العَالَمِيْنَ .

Yang mafhumnya “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku semata-mata hanya untukMu  ya Allah”.

يا ال يا مهيمن يا عزيز يا جبار

Sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami agar kami dapat menjalankan aktiviti pada hari ini dengan lancar dan sempurna serta terpelihara daripada  sebarang kecederaan dan bahaya.

يا ال يا حى يا قيوم

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan yang baik.

يا ال يا فارج الهم ويا كاشف الغم

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang, sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia dan  di akhirat .

اَللّهُمّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقاً مَعْصُوْمًا ،

وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ مَنْ يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُوْدًا وَلَ مَحْرُو ً ْما .

رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار

وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،

وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

  • Doa Sempena Hari Karnival / Kantin

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

الْـحَمْدُ لِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصّالِـح ُ َات ، َالصّلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا المِيْنَ

وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابه أجْـمَعِيْنَ

Ya Allah, Tuhan Penguasa Alam, Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya  kami berkumpul pada hari ini keranaMu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaanMu, kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan dana kewangan sekolah kami .

يا ال يا وهب يا رزاق

Ya Allah Tuhan yang memberikan rezeki kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi berkat hasil dari usaha-usaha kami. Jadikan ia sebagai titik permulaan untuk kami menjadi usahawan yang berjaya pada masa akan datang.

يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera menghindari dari keburukan.

يا حي يا قيوم ياذا الجلل والكرام

Kami memohon kekuatan dari hadhratMu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan.

يا ال ياعزيز يا ستارفعال لمايريد

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار

وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،

وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

  • Doa Sempena Perkhemahan/Aktiviti Luar

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

الْـحَمْدُ لِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّالصّالِـحَاتُ ،َالصّلَةُوَالسّلَمُ عَلَى

رَسُوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْح ِ َابهِ أجْـمَعِيْنَ

اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا

غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيٌ ْم

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini .

يا ال يا رؤف يا ودود

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim, bertukar-tukar pendapat di samping menyumbangkan buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan. Berkatilah usaha ini Ya Allah.

يا رحمن يا رحيم يا رب العالمين

Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami, Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .

يا حي يا قيوم ياذا الجلل والكرام

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera menghindarkan dari keburukan.

يا ال يا فارج الهم ويا كاشف الغم

Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripadaMu Ya Allah. Berkatilah usahausaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang, sekolah yang disegani dan dihormati samada dalam bidang akademik mahupun dalam semua bidang.

اَللّهُمّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقاً مَعْصُوْمًا ،

وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ مَنْ يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُوْدًا وَلَ مَحْرُو ً ْما .

رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار

وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،

وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

  • Doa Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

الْـحَمْدُ لِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّالصّالِـحَاتُ ، ّ َالصلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى

رَسُوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْح ِ َابهِ أجْـمَعِيْنَ

اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا

غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَن ْ ُوا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

يا ال يا رؤف الرحيم

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana dengan izinnya kami berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini. Ya Allah , Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun demi keranaMu Ya Allah. Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan KeredhaanMu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui, Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini), anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang dan terbilang, pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

ياال  يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين

Mudah-mudahan maklumat yang diberikan diminggu orientasi ini  dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan. Dan jadikanlah anak didik kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa  berusaha  bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan pelajar kami yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami diperolehi dalam peperiksaan yang lalu .

يا منزل البركة وياكاشف الغم

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار

وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،

وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

  • Doa Sempena Perlantikan Pengawas

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

الْـحَمْدُ لِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصّالِـح ُ َات ، َالصّلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى

رَسُوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْح ِ َابهِ أجْـمَعِيْنَ

اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا

غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيٌ ْم

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana telah mengizinkan kami untuk menghadiri dan berada dalam Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi (Tahun Semasa) pada hari ini.

يا ال يا حفيظ يا شافع

Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran dan tenaga sebagai sokongan ke arah membantu meningkatkan kelancaran pengurusan dan disiplin di sekolah ini.

يا ال يا فالق الحب والنوى

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini), barisan pengawas  kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini. Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan berwibawa.

يا عزيز يا لطيف

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

اَللّه ّ ُم اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُو ً ْما ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَف ّ َرقاً مَعْصُو ً ْما ،

وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ م ْ َن يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُو ً ْدا وَلَ مَحْرُوْمًا .

رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار

وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،

وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

  • Doa Sempena Majlis Penutup Kursus/Seminar/Bengkel

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

الْـحَمْدُ لِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصّالِـح ُ َات ، َالصّلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى

رَسُوْلِنَا المِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْح ِ َابهِ أجْـمَعِيْنَ

Ya Allah Engkaulah Penguasa langit dan bumi. Ya Allah, kami merafakkan kesyukuran diatas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama ( Nyatakan bilangan hari ) dalam (Nyatakan Nama Kursus). Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri  sehingga dapat menyempurnakan kursus/bengkel  ini dengan jayanya. Ya Allah Bagi-Mu segala puji pujian, Kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah ,untuk sentiasa menyebut namaMu ,agar  kami terus mengingati dan mensyukuri nikmatMu serta badan yang sihat untuk menunaikan  perintahMu.

يا منزل الرحمة ويافاتح البركة

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmatMu kepada kami, ibu bapa kami, keluarga dan anak-anak kami, guru-guru kami, anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan.

يا ال يا قاضى الحاجة

Pada ketika dan  saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta menadah  tangan penuh dengan pengharapan, Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa, maka ampunkanlah dosa-dosa kami. Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dengan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif. Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi .Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian .Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar.

اَللّهُمّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقاً مَعْصُوْمًا ،

وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ مَنْ يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُوْدًا وَلَ مَحْرُو ً ْما .

رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار

وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،

وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

 

Loading...

Tags: #amalan berdoa #bacaan doa #bacaan doa hari guru #bacaan doa hari kantin #bacaan doa hari karnival #bacaan doa hari sukan #bacaan doa kursus #bacaan doa majlis #bacaan doa majlis di sekolah #bacaan doa mesyuarat PIBG #bacaan doa minggu orientasi #bacaan doa pleantikan pengawas #bacaan doa program sekolah #bacaan doa seminar dan bengkel #berdoa #doa #Koleksi Teks Bacaan Doa Sempena Majlis rasmi #teks bacaan doa

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Comments are closed.