Top 5 Selebriti Malaysia Miliki Ramai Pengikut Di Instagram, Siapa Paling Popular?

Top 5 Instagram Selebriti Malaysia

Tahukah anda, masyarakat Malaysia merupakan pengguna Instagram paling aktif di Asia Pasifik pada tahun 2016 iaitu 73% diikuti Hong Kong (70%) dan Singapura (63%).

Sebelum boleh digunakan oleh pengguna android dan komputer, Instagram hanya boleh diakses oleh pengguna iphone sahaja.

Jika diluar negara, Selena Gomez menjuarai carta pertama mempunyai pengikut paling ramai dan terpengaruh di Instagram dengan jumlah mencecah 123 juta follower, siapa pula selebriti Malaysia yang berjaya mengumpul jumlah pengikut teramai?

Kebanyakan mereka yang tersenarai merupakan pelakon, penyanyi, pengacara dan pelawak tersohor negara.

Nah, top 5 selebriti Malaysia yang memiliki pengikut teramai di Instagram setakat 14 Julai 2017. Here they are!

5. Scha Alyahya – 3.8 Juta Pengikut

Scha-Alyahya-instagram-300x300 Top 5 Selebriti Malaysia Miliki Ramai Pengikut Di Instagram, Siapa Paling Popular?

Akaun Instagram: @schaalyahya

Pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah ini menduduki tempat kelima sebagai selebriti Malaysia paling terpengaruh di Instagram. Scha Alyahya atau nama lengkapnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya memulakan kariernya sebagai seorang pelakon selepas dinobatkan Juara Dewi Remaja 2005/2006. Tidak mahu berada di zon selesa, isteri kepada Awal Ashaari ini melangkah setapak sebagai pengacara. Antara program yang pernah dikendalikannya adalah Sehati Berdansa, Muzik-Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Gempak Superstar. Selain foto bersama suami dan anak perempuannya iaitu Lara Alana, pelakon drama Urusan Hati Cik Drama Queen dan 3 Dara Kg.Com ini berkongsi tentang perkembangan aktiviti seni di instagramnya.

4. Datuk Siti Nurhaliza – 3.9 Juta Pengikut

Datuk-Siti-Nurhaliza-instagram-300x300 Top 5 Selebriti Malaysia Miliki Ramai Pengikut Di Instagram, Siapa Paling Popular?

Akaun Instagram: @ctdk

Mengekalkan kedudukannya di tangga keempat, figura kesayangan kita semua iaitu Datuk Siti Nurhaliza kelihatan semakin cantik dan menawan. Sama seperti selebriti yang lain, anak jati Kuala Lipis, Pahang ini turut berkongsi cerita kehidupan dan karier seni menerusi instagramnya. Selain sibuk dengan hal ehwal keluarga dan bisnesnya iaitu SimplySiti dan Creation by Siti Nurhaliza, pelantun lagu Biarlah Rahsia dan Percayalah ini turut melancarkan album baharunya berjudul Simetri Siti pada awal Mei 2017 lalu. Sehingga artikel ini ditulis, suri hati kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa ini memuatnaik sebanyak lebih 8000 gambarnya di media sosial berkenaan.

3. Zizan Razak – 4.2 Juta Pengikut

zizan-razak-instagram-300x300 Top 5 Selebriti Malaysia Miliki Ramai Pengikut Di Instagram, Siapa Paling Popular?

Akaun Instagram: @zizanrazak869

Pengacara dan pelawak popular tanah air, Zizan Razak memecah tembok selebriti lelaki Malaysia yang mempunyai paling ramai pengikut di instagram. Berada di tangga ketiga, pengacara Akademi Fantasia (AF) ini tidak lupa untuk berkongsi foto dan video terkini buat tatapan para peminat dan followernya. Menariknya, bintang kelahiran Raja Lawak 1 ini turut membuka saluran YouTubenya sendiri iaitu Zizanology pada 1 Januari 2017. Penyanyi lagu Chentaku, Infiniti Cinta dan Selamat Tinggal ini tidak sabar-sabar menantikan filem lakonannya iaitu Abang Long Fadil 2 yang bakal di tayang di seluruh Malaysia mulai 24 Ogos 2017.

2. Nora Danish – 4.8 Juta Pengikut

nora-danish-instagram-300x300 Top 5 Selebriti Malaysia Miliki Ramai Pengikut Di Instagram, Siapa Paling Popular?

Akaun Instagram: @noradanish

Setelah beberapa tahun bertahkta di tangga pertama, pelakon cun melecun bernama Nora Danish kini berada di tangga kedua. Untuk rekod, bintang filem Polis Evo ini merupakan selebriti Malaysia pertama yang mempunyai 1 Juta pengikut di Instagram. Mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017, pemilik cafe Kopi XOXO dan butik Owl by ND ini kini bergelar rapper apabila berkolaborasi dengan WARIS menerusi lagu Ini Lagi Boom. Setakat ini, figura bertubuh genit ini memuatkan lebih 18000 gambar di instagram miliknya.

1. Neelofa – 4.9 Juta Pengikut

neelofa-instagram-300x300 Top 5 Selebriti Malaysia Miliki Ramai Pengikut Di Instagram, Siapa Paling Popular?

Akaun Instagram: @neelofa

Selebriti Malaysia paling ramai follower di Instagram kini dimiliki oleh Neelofa. Pernah menduduki di tangga kelima pada tahun lalu, pelakon dan pengacara ini semakin sukses dengan karier seni dan perniagaannya. Penangan drama Suri Hati Mr Pilot sedikit sebanyak memberi impak kepada peningkatan pengikutnya. Di samping berkongsi video tutorial tudung, pemenang Top Top Meletop di Anugerah Meletop Era (AME) 2006 ini bijak berfesyen dan gemar memuatnaik gambar #ootd di instagramnya.

azlan-150x150 Top 5 Selebriti Malaysia Miliki Ramai Pengikut Di Instagram, Siapa Paling Popular?

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Artis Malaysia Paling Terpengaruh Di Instagram #artis wanita paling ramai follower #follower paling ramai #instagram artis #Instagram Paling Popular Di Malaysia #Selebriti Malaysia Paling Ramai Follower Di Instagram #Top 5 Selebriti Malaysia Miliki Ramai Pengikut Di Instagram

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.