Biodata WARIS, Rapper Popular Kelahiran Negeri Sembilan

Biodata WARIS, Rapper Popular Kelahiran Negeri Sembilan

Dek penangan lagu Rembau Most Wanted, nama Muzzammil Alias atau nama pentasnya WARIS semakin dikenali ramai.

Selain Rembau Most Wanted, lagu seperti Botingkek dan Gadis Jolobu turut mewangikan namanya di persada seni hiburan negara.

Mengimbau kembali perjalanan seninya, bakat pemuda kelahiran Negeri Sembilan ini dicungkit oleh Komposer dan Penerbit, DJ Fuzz menerusi saluran YouTube.

Terkini, penyanyi rap ini sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul This Is Pilah. Setakat ini, video lirik lagu This Is Pilah telah ditonton lebih 300,000 tontonan sejak dimuat naik di YouTube 25 Ogos 2017.

Jangan buang masa, mari kita semak ringkasan biodata dan trivia menarik rapper berbakat besar ini.

Biodata Ringkas WARIS

Nama Penuh: Muzzammil Alias
Nama Komersil: WARIS
Umur: 28 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 18 Julai 1989
Zodiak: Cancer
Asal: Rembau, Negeri Sembilan
Adik Beradik: Anak kedua daripada empat beradik
Kerjaya: Penyanyi Rap, Penulis Lirik & Pelakon
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: WARIS FC

Lagu/Single: Rembau Most Wanted, Botingkek (duet bersama Juzzthin),This Is Pilah, Gadis Jolobu (duet bersama Dato’ Hattan), Ada Saja (duet bersama Amyra Rosli & Juzzthin), Peduli Ajab, Lagenda,Tepuk, Ini Lagi Boom (duet bersama Nora Danish), Cinta Terakhir (duet bersama Ezad Lazim), 100% Cintaku (duet bersama Mas Idayu & Juzzthin), Subhanallah (duet bersama Raqib Zayan.FM), Salam Lebaran (duet bersama Mark Adam & Eyra Bahra), Dua Dunia (duet bersama Viral) dan banyak lagi.

Drama/Telefilem: Si Kolot Suamiku

Laman Media Sosial WARIS

Trivia Menarik Tentang WARIS

  • Nama WARIS diambil sempena maksud anak dari suku biduanda di Negeri Sembilan.
  • Masih lagi bernaung di bawah label pengurusan, Mixology Music sejak 2012.
  • Menamatkan zaman solonya dengan wanita pujaan hati, Izzati Amirah Kamaruddin pada 1 Ogos 2015.
  • Hasil perkahwinan tersebut, WARIS dan pasangan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muddassir yang dilahirkan pada 17 September 2016.
  • Lulusan jurusan Kejuruteraan Awan dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
  • Setakat ini, WARIS telah merakamkan sebanyak dua album studio iaitu Rembau Most Wanted dan W.A.R.I.S Alumni.
  • WARIS turut menjalankan bisnes menjual pakaian lengkap sekolah dibawa jenama Waghih yang dijalankan sejak tahun lalu.
  • Jika tidak sibuk dengan aktiviti seni, WARIS suka menghabiskan waktu lapangnya dengan bermain futsal dan tenis.
  • Pernah menyertai rancangan nyanyian komedi iaitu Juara Parodi dibawah kumpulan Righthanded bersama pelawak popular tempatan, Abam dan Fad Bocey dan menyandang tempat kelima menerusi program berkenaan.
  • Merupakan kawan baik dengan Juzzthin.
  • Mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram dan lebih 20,000 pengikut di Twitter miliknya.
azlan-150x150 Biodata WARIS, Rapper Popular Kelahiran Negeri Sembilan

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Waris #Kenali Waris #lagu waris #penyanyi rap malaysia #penyanyi rap waris #Profil Waris #senarai lagu waris #umur w.a.r.i.s rapper #w.a.r.i.s rapper #Waris #waris instagram #Waris Penyanyi Rap Popular #Waris Rapper Kelahiran Negeri Sembilan #waris rembau most wanted

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.