Biodata Azren Albakri, Penyanyi Baru Kelahiran Selangor

Biodata Azren Albakri, Penyanyi Baru Kelahiran Selangor

Industri seni hiburan tanah air pada masa kini diserikan lagi dengan ramai pendatang baharu sama ada bergelar pelakon, penyanyi, pengacara atau penyampai radio.

Mereka bukan sahaja memiliki rupa paras yang kacak dan cantik bahkan mempunyai pelbagai bakat yang unik dan tersendiri.

Tidak kecuali, penyanyi baharu bernama Ismail Azren Albakri atau nama pentasnya Azren Albakri.

Anak jati Klang, Selangor ini semakin dikenali dan mendapat tempat di hati para peminat tempatan selepas mengeluarkan single pertamanya iaitu Jangan Kejutkan Aku.

Selepas kejayaan Jangan Kejutkan Aku, lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Universiti Selangor (UNISEL) ini kembali dengan lagu keduanya berjudul Cinta Luar Biasa.

Liriknya ditulis sendiri oleh Azren bersama-sama Hez Hazmi manakala lagunya digubah oleh komposer hebat negara, DJ Fuzz.

Jejaka berusia 25 tahun ini menyatakan bahawa lagu bergenre balada cinta tangkap leleh berkenaan ditujukan khas buat sesiapa yang masih belum move on dari bersedih atau patah hati.

Mengorak kembali perjalanan seninya, figura murah senyuman ini dilamar oleh Mixology Music setelah menyertai program pencarian bakat baharu, Mixology Talent Search.

Terdahulu, Azren pernah menyertai program realiti terbitan Astro iaitu Seiras Seirama dibawah ikon Hafiz Suip. Meskipun tidak berjaya ke peringkat akhir, pemuda ini tetap optimis dan menganggapnya sebagai platform untuk mencipta namanya di lapangan seni nyanyian.

Malah, beliau juga turut beberapa kali menghadiri ujibakat Akademi Fantasia serta Asia’s Got Talent namun rezeki tidak berpihak kepadanya.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan Azren Albakri ini.

Biodata Ringkas Azren Albakri

Nama Penuh: Ismail Azren Albakri
Nama Komersil: Azren Albakri
Umur: 25 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 29 Mei 1995
Zodiak: Gemini
Asal: Klang, Selangor
Kerjaya: Penyanyi
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: Azrengers FC

Lagu/Single: Cinta Luar Biasa, Jangan Kejutkan Aku, Lama-Lama, Silapmu (duet bersama Zizi Kirana), Angkara Dia dan Dejavu (duet bersama A-Kid).

Laman Media Sosial Azren Albakri

Pencapaian:

  • Juara Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan (Anti Dadah) 2008 di Kelantan.
  • Tempat Ketiga Pertandingan UNISEL Got Talent (UGT) musim pertama.
  • Juara Pertandingan UNISEL Got Talent (UGT) musim kedua.
  • Juara Pertandingan Voice of Siswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka.
azlan-150x150 Biodata Azren Albakri, Penyanyi Baru Kelahiran Selangor

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Azren Albakri #azren albakri jangan kejutkan aku #Azren Albakri Penyanyi Lagu Cinta Luar Biasa #Biodata Azren Albakri #Kenali Azren Albakri #lagu Azren Albakri #Profil Azren Albakri #Trivia Menarik Azren Albakri #umur azren albakri

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.