Biodata Hefny Sahad, Pengacara Muzik-Muzik & Kekasih Hati Uqasha Senrose

Biodata Hefny Sahad, Pengacara Muzik Muzik Kekasih Hati Uqasha Senrose

Selepas meraih tempat kedua dalam program On Air beberapa tahun lalu, dunia pengacaraan dan penyiaran menjadi periuk nasi buat Hefny Sahad.

Beliau kini mengacarakan program Muzik-Muzik 32 sejak Februari lalu bersama-sama pelakon dan pelawak popular, Sherry Alhadah yang ditayangkan setiap Isnin mulai 11.00 malam.

Terdahulu, anak kelahiran Johor ini mengendalikan pelbagai rancangan televisyen termasuklah Pop TV, Pernah Makan Tak? dan HLive!.

Malah, anak muda berusia 30 tahun ini terus memgembangkan lagi portfolio seninya sebagai seorang pelakon.

Antara drama yang pernah dibintanginya adalah Awak Jangan Nakal, M.A.I.D dan Maaf Jika Aku Tak Sempurna.

Terbaharu, figura kacak ini bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati iaitu pelakon terkenal tanah air, Uqasha Senrose tidak lama lagi setelah menjalinkan hubungan cinta setahun yang lalu.

Marilah kita semak biodata dan trivia menarik jejaka berbakat besar ini.

Biodata Ringkas Hefny Sahad

Nama Penuh: Mohamad Hefny Sahad
Nama Komersil: Hefny Sahad
Umur: 30 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 20 Ogos 1987
Zodiak: Leo
Asal:Johor Bahru, Johor
Menetap: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak bongsu daripada empat beradik
Kerjaya: Pengacara, Pelakon dan Model
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

TV Host: Muzik-Muzik 32, Pop TV, Propaganza Musim Kedua, Diary AF2013, Pernah Makan Tak?, HLive! dan banyak lagi.

Drama/Telefilem: M.A.I.D, Awak Sangat Nakal, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Jodoh, Syurga Tanpa Cinta, Benci VS Cinta, Di sebalik Wajah, 3 Campur 2- Ooops! dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Hefny Sahad

Trivia Menarik Tentang Hefny Sahad

  • Meskipun dibesarkan di Johor Bahru, figura kacak ini dilahirkan di Maran, Pahang.
  • Pernah menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia dengan Hafizul Kamal sekitar 2012.
  • Sebelum terjun ke arena seni hiburan, Hefny pernah bekerja di beberapa bank tempatan dan syarikat insurans.
  • Jika tidak terlibat dengan dunia seni hiburan, Hefny bercita-cita ingin menjadi seorang askar.
  • Bukan sahaja mengendalikan program bual bicara hiburan, Hefny juga turut mengacarakan pelbagai acara karpet merah seperti Anugerah Skrin (ASK) 2017 dan 2016, Festival Filem Malaysia 25 serta Anugerah Blockbuster 2.
  • Pernah menjadi pengacara merangkap wartawan penyiaran untuk program HLive! terbitan Astro Ria 104.
  • Merupakan bekas rakan sekerja Hazeman Huzir, Dahlia Syazwan, Donna Muslim, Eleena Sui, Adriana Adnan dan Yaya Zahir (Host HLive!).
  • Hefny Lovers adalah nama kelab peminat pengacara ini.
  • Hefny sebelum ini dilaporkan pernah menjadikan hubungan cinta sebelum putus ditengah jalan.
  • Jejaka ini pernah mengendalikan segmen Sinar 40 bersama rakan penyampai, Linda Onn di konti Sinar.FM.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Hefny Sahad, Pengacara Muzik-Muzik & Kekasih Hati Uqasha Senrose

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Hefny Sahad #Hefny Sahad #hefny sahad biodata #hefny sahad dan uqasha senrose #hefny sahad drama #Hefny Sahad Host Muzik-Muzik #hefny sahad instagram #hefny sahad sinar fm #hefny sahad uqasha senrose #hefny sahad wikipedia #Kekasih Hati Uqasha Senrose #Kenali Hefny Sahad #Profil Hefny Sahad #Trivia Menarik Hefny Sahad

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.