Alami Kecantikan Kulit Wajah Secara Semula Jadi Dengan 5 Jenis Air Ini

Rahsia Cantik Wanita Asia

Air putih merupakan minuman yang perlu diamalkan sebagai gaya hidup kita sehari-hari. Untuk kekal aktif dan bertenaga, kita disarankan meminumnya sekurang-kurang 8 gelas setiap hari.

Namun begitu, terdapat beberapa jenis air lain yang dipercayai memberi pelbagai manfaat dan khasiat untuk kesihatan dan kecantikan diri secara semula jadi.

Penasaran? Jom baca artikel di bawah!

1. Air Beras

Amalan menggunakan air beras untuk kecantikan diri digunapakai sejak dari nenek moyang kita lagi. Kaya dengan pelbagai mineral dan vitamin, air beras bukan sahaja mampu mengecilkan pori-pori malahan membantu mengatasi masalah jerawat di wajah anda. Untuk kesan yang memberangsangkan, amalan mencuci wajah dengan air beras mestilah dilakukan secara rutin.

2. Air Kelapa

Tidak dinafikan, air kelapa mempunyai 1001 khasiat baik yang terkandung di dalamnya. Selain dapat menghilangkan rasa dahaga dan menyegarkan tubuh badan, air kelapa juga bagus untuk kecantikan diri. Untuk info, air kelapa mengandungi protein, karbohidrat, vitamin B Kompleks, vitamin C, gula dan lemak rendah. Antara manfaat air kelapa untuk kecantikan adalah melembapkan kulit, anti penuaan, mengubati masalah jerawat, menghilangkan noda hitam dan mengatasi kulit berminyak. Untuk dapatkan kulit wajah yang cantik dan bersih, apakata jadikan air kelapa sebagai masker harian anda.

3. Air Mawar

Tahukah anda, bunga mawar atau rose juga mempunyai khasiat yang berguna untuk merawat masalah kecantikan kulit wajah yang dialami oleh kita semua. Kandungan vitamin A dan C yang terdapat pada air mawar mampu melindungi kulit sekaligus merawat keadaan kulit wajah yang rosak akibat masalah jerawat. Air mawar juga berperanan sebagai agen pelembap dan mencerah kulit wajah jika selalu diamalkan.

4. Air Teh

Buat anda yang menyukai perawatan kecantikan diri secara semula jadi, maka air teh menjadi solusi yang bijak untuk tampil cantik di hadapan khalayak. Jika diamalkan setiap hari, air teh dipercayai dapat mengubati masalah kulit wajah yang dialami seperti menghilangkan bintik hitam, merawat masalah jerawat serta membersihkan segala kekotoran dan bakteria yang tersumbat di pori-pori muka anda. Mencuci wajah dengan air teh sebelum melakukan rutin pagi boleh memberi kesegaran dan pelindungan diri dari sinar UV yang berbahaya.

5. Air Garam

Garam bukan sahaja berfungsi sebagai penyedap rasa bahkan menjadi salah satu bahan penting digunakan dalam rawatan kecantikan diri. Di samping menanggalkan sel kulit mati, air garam juga dapat mengatasi jerawat serta mengurangkan pembengkakan dan kemerahan pada kulit wajah. Jika mengalami rasa pedih, itu merupakan kesan daripada membunuh bakteria yang wujud di wajah anda. Dengan mengamalkan dua kali seminggu, kulit wajah anda akan terasa lebih segar dan halus secara semula jadi.

azlan-150x150 Alami Kecantikan Kulit Wajah Secara Semula Jadi Dengan 5 Jenis Air Ini

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #khasiat air beras #khasiat air garam #khasiat air kelapa #khasiat air mawar #khasiat air teh #kulit wajah #Petua Kecantikan Secara Semula Jadi #rahsia cantik #rahsia cantik wanita asia #tips mencerahkan kulit wajah

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.