Menariknya Pesta Mencandat Sotong Di Pantai Timur Semenanjung

Alat Candat Sotong Features

Aktiviti menyandat sotong bermula pada bulan April hingga Jun pada setiap tahun. Kadangkala ia boleh bermula pada seawal Mac bergantung kepada perubahan cuaca dan iklim di Malaysia.

Bagi kaki penggemar sport fishing, mereka ini akan bertumpu di perairan negeri-negeri sebelah pantai timur bermula dari Kelantan sehinggalah ke Johor Timur (Mersing).

Pantang sahaja tiba waktu cuti umum atau hujung minggu, kebanyakkan operator bot memancing akan sibuk melayan panggilan dan tempahan sewaan bot mereka. Jika anda tidak menempah dari awal, sudah pasti tiada peluang untuk anda!

Pelbagai pakej ditawarkan oleh pengusaha bot memancing dengan harga sekitar RM850 sehingga RM1,500 satu trip. Bot-bot nelayan yang mempunyai lesen kelas A wajib mempunyai surat kelulusan khas Sport Fishing daripada Jabatan Laut bagi membawa pemancing dan kebiasaan kapasitinya adalah sekitar 9 – 10 orang bagi satu bot.

Jika dikira dari segi kos untuk mencandat sotong 1 trip RM850. Anda hanya membelanjakan sekitar RM85 sekepala untuk sepuluh orang pemancing sahaja! Jimat tak?

Apakah sebenarnya mencadat sotong? Ia adalah satu teknik untuk memperdayakan sotong dengan menggunakan sejenis umpan tiruan khas. Di negara ini, umpan tiruan ini lebih dikenali sebagai candat. Manakala candat pula dikategorikan kepada 2 jenis iaitu candat berumpan dan candat biasa.

Candat berumpan kebiasaan digunakan bagi menangkap sotong Mengabang dan candat biasa digunakan untuk menangkap sotong jarum dan sotong Torak.

Kebiasaannya setiap satu batang pancing, memerlukan sekurang-kurangnya 2 bentuk candat iaitu candat mayat dan candat pemberat. Anda boleh mengikuti teknik ini diruangan ini.

Mari Belajar Teknik Mencandat Sotong Ringkas

Di negara Jepun, aktiviti mencandat ini dikenali sebagai “Eging”. Kebiasaan teknik eging atau mencandat dilakukan di kawasan berbatu seperti di kawasan terumbu karang, tukun dan unjam-unjam tertentu.

Kebanyakkan bot yang melakukan operasi mencandat akan dilengkapi dengan lampu suar yang terang. Lampu-lampu ini dipasangkan pada beberapa batang galah yang panjang. Apabila hari mulai gelap, galah yang menempatkan lampu suar akan dipasang dan dihalakan ke bahagian atas air disebelah rusuk kiri dan kanan bot.

Peranan sebenar lampu ini dipasang adalah untuk menarik perhatian sotong-sotong di kawasan dikenalpasti menghampiri bot. Bukan itu sahaja, lampu terang yang dipasang juga dapat menarik perhatian beberapa spesis anak ikan dan juga bilis yang menjadi makanan sotong-sotong untuk menghampiri bot.

Dengan kaedah ini, aktiviti mencandat dapat dilakukan dengan mudah dan senang!

Namun demikian, jumlah hasil tangkapan bergantung kepada pergerakan arus air laut, teknik dan kerajinan pemancing menghayunkan candat mereka.

sotong-candat-segar-150x150 Menariknya Pesta Mencandat Sotong Di Pantai Timur Semenanjung sotong-candat-150x150 Menariknya Pesta Mencandat Sotong Di Pantai Timur Semenanjung Sotong-mengena-candat-150x150 Menariknya Pesta Mencandat Sotong Di Pantai Timur Semenanjung alat-candat-sotong-150x150 Menariknya Pesta Mencandat Sotong Di Pantai Timur Semenanjung bot-sewa-candat-sotong-150x150 Menariknya Pesta Mencandat Sotong Di Pantai Timur Semenanjung aktiviti-candat-sotong-150x150 Menariknya Pesta Mencandat Sotong Di Pantai Timur Semenanjung hasil-candat-sotong-e1494332503820-150x150 Menariknya Pesta Mencandat Sotong Di Pantai Timur Semenanjung hasil-candat-sotong-1-150x150 Menariknya Pesta Mencandat Sotong Di Pantai Timur Semenanjung

Loading...

Tags: #aktiviti candat sotong #bentuk candat #bot candat sotong #candat sotong #candat sotong 2017 #candat sotong terengganu 2017 #cara candat sotong #jenis candat sotong terbaik #kawasan candat sotong #kos sewa bot memancing #musim candat sotong #peralatan candat sotong #pesta candat sotong #sotong candat #sotong makan candat #squid jigging #teknik candat #teknik eging #tempat menarik terengganu #waktu sesuai candat sotong

Adakah Kita Akan Kehilangan Hasil Laut Di Masa Hadapan?
Walaupun produk marin secara teknikalnya tidak “lengkap” seperti sumber fosil, penangkapan ikan yang
Penyakit Ikan Marin, Tahap Jangkitan & Punca Kematian
Tahap jangkitan penyakit ikan marin Akut Kadar kematian yang tinggi, bilangan ikan yang
Cara Memasak Ikan Talang Dengan Mudah Dan Sedap
Ikan Talang adalah jenis ikan laut yang popular dalam kalangan pemancing. Ikan laut
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3

Leave a reply "Menariknya Pesta Mencandat Sotong Di Pantai Timur Semenanjung"