Ridwan Mustafa, Dari Model Komersil Ke Dunia Lakonan

Ridwan Mustafa, Dari Model Komersil Ke Dunia Lakonan

Bermula dari bidang peragaan dan iklan komersil, Ridwan Mustafa melangkah setapak lagi ke lapangan seni lakonan.

Pertama kali muncul dalam drama Misi Laksa Dan Laksam yang hangat disiarkan di saluran TV3 memberikan satu pengalaman bermakna buat dirinya dalam mencuba nasib sebagai seorang anak wayang.

Meskipun bergelar pendatang baharu, anak jati Terengganu ini bertuah kerana berpeluang mengutip tips dan perkongsian daripada para pelakon senior serta krew produksi di lokasi penggambaran.

Mengimbas kembali profil seninya, pemuda berusia 30 tahun tidak asing lagi di kaca televisyen, surat khabar mahupun papan tanda besar (billboard) menerusi iklan-iklan komersilnya.

Antara iklan-iklan komersil yang dijayakannya adalah Shell, Dashing Elite, Milo, Gemfive, Coway, Giant, Courts Mammoth, Darlie, Malaysia Airlines dan banyak lagi.

Apakata kita intip biodata dan trivia menarik Ridwan Mustafa di bawah. Check it out!

Biodata Ringkas Ridwan Mustafa

Nama Penuh: Muhamad Ridwan Mustafa
Nama Komersil: Ridwan Mustafa
Umur: 30 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 30 Disember 1987
Zodiak: Capricorn
Asal: Felda Kerteh 6, Dungun, Terengganu
Adik Beradik: Anak kelima daripada lapan beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Jurutera (tetap), Model, Pelakon & Pengacara

Drama/Telefilem: Misi Laksa Dan Laksam

Laman Media Sosial Ridwan Mustafa

Trivia Menarik Tentang Ridwan Mustafa

  • Graduan jurusan Kejuruteraan Mekanikal Teknologi Marin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Turut mengembangkan bakatnya di bidang pengacaraan di mana mengendalikan program #SembangJantan yang boleh ditonton menerusi laman YouTube.
  • Aktif menyertai program larian dan marathon sejak 2011. Antara acara lairan dan marathon yang lernah disertainya adalah Putrajaya Night Marathon 2017, MPKJ Half Marathon 2017, Larian Kewangan (Hari Sukan Negara 2017) dan Larian Jambatan Sultan Mahmud (LJSM) 2017.
  • Figura kacak ini turut berkongsi petua dan tips gaya hidup sihat seperti cara bersenam, kesihatan serta pemakanan seimbang menerusi laman webnya iaitu www.ridwanmustafa.com.
  • Ridwan juga mengeluarkan produk makanan sihat berasaskan coklat dan oatmeal iaitu Fitlife Bites.
  • Berat badannya pernah mencecah sehingga 120 kilogram sejak dibangku sekolah sehingga menara gading. Beliau pernah dipulau oleh rakan-rakan seuniversiti dan dihalang menaiki kereta kerana gemuk.
  • Beliau juga aktif mengadakan kelas senaman dan personaliti buat individu yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat.
  • Iklan promosi (bercetak) hari raya Planta merupakan kemunculan pertamanya di arena komersil.
  • Mengamalkan latihan larian enam kali seminggu pada waktu pagi dan petang dengan purata jarak 70 hingga 100 kilometer secara rutin.
  • Turut membintangi video klip untuk lagu tema Hari Kebangsaan Ke-57 iaitu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta yang dinyanyikan oleh Bob Yusof.
  • Pernah diundang untuk menjadi speaker kursus kesihatan sempena Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahari.
  • Mempunyai lebih 50,000 pengikut di Instagram miliknya.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #biodata Ridwan Mustafa #Kenali Ridwan Mustafa #mohd ridwan bin mustafa #Muhamad Ridwan Mustafa #Pelakon Drama Misi Laksa Dan Laksam #Profil Ridwan Mustafa #Ridwan Mustafa #ridwan mustafa diet #ridwan mustafa height #ridwan mustafa instagram #Ridwan Mustafa Pelakon Drama Misi Laksa Dan Laksam #ridwan mustafa shell #Trivia Menarik Ridwan Mustafa

Fara Hezel, Pelantun Lagu Terasa Cinta & Kakak Aiman Tino
Korang kenal tak gadis cantik molek bernama Fara Hezel ini? Kalau nak tahu,
Isa Khan, Penyanyi Lagu Syurga Yang Sempurna
Tersingkir di minggu kedua Akademi Fantasia (AF) 2016 tidak memudarkan semangat jejaka bernama
Wanna Ali, Aktres Cantik Persis Diana Daniella
Muda, cantik dan berbakat. Itulah tiga perkataan yang muncul di fikiran penulis mengenai
Biodata Lara Alana, Anak Kesayangan Awal Ashaari & Scha Alyahya
Lara Alana, satu nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat seni hiburan

Comments are closed.