Biodata Lara Alana, Anak Kesayangan Awal Ashaari & Scha Alyahya

Lara Alana, Anak Awal Ashaari Scha Alyahya

Lara Alana, satu nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat seni hiburan tempatan.

Di samping comel dan bijak, si cilik ini juga mempunyai personaliti yang menarik dan sangat berpengaruh di laman media sosial.

Setakat artikel ini ditulis, Lara mempunyai sebanyak 3 juta pengikut di Instagram miliknya.

Umpama seperti pisang goreng panas, figura berusia 3 tahun ini semakin laris dan menjadi rebutan pelbagai syarikat berkaitan kanak-kanak untuk dijadikan sebagai duta kepada produk keluaran mereka.

Untuk pengetahuan para pembaca, Lara atau mesra disapa Rara ini adalah anak kesayangan kepada pasangan selebriti popular tanah air, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Jom kenali dengan lebih dekat si cilik berbintang Cancer ini. Take a look!

Biodata Ringkas Lara Alana

Nama Penuh: Lara Alana Ahmad Awaluddin
Nama Pentas: Lara Alana
Nama Panggilan: Rara/Datin
Umur: 3 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 22 Julai 2014
Zodiak: Cancer
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak Tunggal
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Selebriti Media Sosial, Model Kanak-Kanak & Usahawan Cilik
Nama Bapa: Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal Ashaari)
Nama Ibu: Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya (Scha Alyahya)

Laman Media Sosial Lara Alana

Trivia Menarik Tentang Lara Alana

  • Si cilik ini dilahirkan seberat 3.17 kg di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
  • Di awal kehamilan, ibunya iaitu Scha Alyahya mengalami alahan yang aneh seperti tidak boleh mendengar deringan telefon bimbit dan tidak boleh melihat orang berambut perang.
  • Untuk info, Lara adalah kanak-kanak Malaysia pertama yang mempunyai program realiti tersendiri berjudul Lara Oh Lara yang ditayangkan di Astro Ria 104 sekitar Ogos 2016.
  • Disebabkan sudah mampu menjanakan pendapatan sendiri, Lara membayar cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mulai tahun ini.
  • Kanak-kanak ini juga menjadi duta kepada beberapa jenama produk seperti Dutch Lady Nutriplan, Yakult Malaysia dan Johnson & Johnson Milk.
  • Beliau juga pernah memenangi Anugerah Personaliti Media Sosial di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2016.
  • Figura ini turut tercalon Top 5 bagi kategori Si Cilik Meletop di Anugerah Meletop ERA (AME) 2017.
  • Bukan itu sahaja, Rara juga mempunyai koleksi busana tersendiri di bawal jenama Rarababylara yang dijual di premis GardeRobe.
  • Turut mengikuti kelas tarian balet.
  • Laman media sosialnya iaitu Instagram dan Facebook diuruskan sendiri oleh kedua ibu bapanya.
  • Memiliki kelab peminat tersendiri yang dikenali sebagai Lara Alana Lovers.
azlan-150x150 Biodata Lara Alana, Anak Kesayangan Awal Ashaari & Scha Alyahya

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Anak Awal Ashaari Dan Scha Alyahya #Anak Sulung Awal Ashaari & Scha Alyahya #Biodata Lara Alana #instagram awal #Kenali Lara Alana #Lara Alana #lara alana 2017 #Lara Alana Ahmad Awaluddin #lara alana anak awal #lara alana biodata #lara alana terkini #Lara Oh Lara #Profil Lara Alana #Trivia Menarik Lara Alana

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.