Kenali Fahad Iman, Aktor Kacak Drama Ku Kirim Cinta

Aktor Fahad Iman Feat

Anda penonton setia drama bersiri popular, Ku Kirim Cinta yang telah ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3? Pasti anda mengenali salah seorang pelakonnya iaitu Fahad Iman yang memegang watak sebagai Zarul.

Anak jati Selangor ini mula mencuri tumpuan orang ramai apabila diberi peluang berlakon dalam drama bersiri sulungnya iaitu Isteri Vs Tunang yang disiarkan di Astro Ria pada 2016.

Sejak itu, namanya mula mewangi di persada seni hiburan negara.

Berikut, penulis kongsikan dengan anda tentang 5 trivia menarik mengenai aktor kacak ini. Check it out!

1. Mempunyai darah campuran

Di sebalik wajah yang kacak, Fahad memiliki darah campuran dalam dirinya iaitu Melayu, Cina dan Arab.

2. Merupakan aktivis teater

Fahad adalah graduan dalam jurusan seni persembahan dari Sunway University. Sebelum terjun ke dunia lakonan, Fahad aktif di pentas teater sejak dari menara gading lagi.

Antaranya teater yang pernah dijayakannya seperti Suara Rimba, Puteri Nyamuk, Tic Tac Toe, Daulat, Lo Mio and Chiu Liet, Wayang…The Story Of Kuala Lumpur dan banyak lagi.

3. Pernah membintangi beberapa iklan komersil di kaca televisyen.

Antara iklan-iklan komersil yang dilakonkan oleh figura kacak ini adalah TM Unifi, KFC, Maggi, Mc Donald’s, Coco-Cola Zero, Toyota dan Shell.

4. Selesa mengurus kerjayanya sendiri

Tidak seperti selebriti-selebriti lain yang mengunakan perkhidmatan pengurus peribadi atau syarikat pengurusan, Fahad lebih selesa menguruskan segala perjalanan kerjayanya sendiri.

5. Ciri-ciri wanita idaman

Fahad sukakan wanita yang pandai berdikari, yakin dan tidak kisah apa orang lain fikir.

Biodata Ringkas Fahad Iman

Nama Penuh: Mohamad Fahad Iman Mohd Zulhissham
Nama Komersil: Fahad Iman
Tarikh Lahir: 31 March 1993
Umur: 24 Tahun (2017)
Asal: Subang Jaya, Selangor
Keluarga: Anak kedua daripada lima adik-beradik
Kerjaya: Pelakon, Aktivis Teater dan Model

Drama/Telefilem: Ku Kirim Cinta, Suri Hati Mr Pilot, Isteri VS Tunang, Anak Mat Saleh Tapi Melayu, Pengantinku Jatuh Dari Langit, Sayang Papa Saya Tak, Perang Otai Andam, Taman Diva dan banyak lagi.
Filem: Ola Bola
Teater: Wayang…The Story Of Kuala Lumpur, Y.E.S Live! Broadway Kuala Lumpur, Tic Tac Toe, Daulat, Puteri Nyamuk, Lo Mio & Chiu Liet, Suara Rimba dan banyak lagi.

Laman Sosial Fahad Iman

Gambar Menarik Fahad Iman

aktor-Fahad-Iman-300x300 Kenali Fahad Iman, Aktor Kacak Drama Ku Kirim Cinta biodata-Fahad-Iman-300x300 Kenali Fahad Iman, Aktor Kacak Drama Ku Kirim Cinta Fahad-Iman-idaman-gadis-300x300 Kenali Fahad Iman, Aktor Kacak Drama Ku Kirim Cinta Fahad-Iman-styles-fesyen-300x300 Kenali Fahad Iman, Aktor Kacak Drama Ku Kirim Cinta foto-Fahad-Iman-300x300 Kenali Fahad Iman, Aktor Kacak Drama Ku Kirim Cinta gaya-festyen-Fahad-Iman-300x300 Kenali Fahad Iman, Aktor Kacak Drama Ku Kirim Cinta gaya-rambut-Fahad-Iman-300x300 Kenali Fahad Iman, Aktor Kacak Drama Ku Kirim Cinta pelakon-Fahad-Iman-300x300 Kenali Fahad Iman, Aktor Kacak Drama Ku Kirim Cinta photo-of-Fahad-Iman-300x300 Kenali Fahad Iman, Aktor Kacak Drama Ku Kirim Cinta wajah-hensem-Fahad-Iman-300x300 Kenali Fahad Iman, Aktor Kacak Drama Ku Kirim Cinta

azlan-150x150 Kenali Fahad Iman, Aktor Kacak Drama Ku Kirim Cinta

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #adik beradik fahad iman #Biodata Fahad Iman #Fahad Iman #fahad iman age #fahad iman instagram #Fahad Iman ku kirim cinta #fahad iman profile #gambar Fahad Iman #keluarga fahad iman #Ku Kirim Cinta TV3 #Profil Fahad Iman #siapa fahad iman #tarikh lahir fahad iman #Trivia Menarik Fahad Iman

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Kenali Fahad Iman, Aktor Kacak Drama Ku Kirim Cinta"