4 Rahsia Scha Alyahya Kekal Cantik Dan Berstamina

Scha Alyahya Natural Beauty

Siapa yang tidak mengenali pelakon dan pengacara cantik manis, Scha Alyahya ini. 

Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan seni dan bisnes, figura kelahiran Sungai Petani, Kedah ini sentiasa kelihatan cantik dan bertenaga dalam setiap penampilannya.

Malah, status sebagai seorang ibu turut tidak menghalangnya untuk menjaga kecantikan dan kesihatan diri.

Dipetik dari portal hiburan, Eh.com.my, isteri kepada Awal Ashaari ini berkongsi 4 rahsia kekal cantik dan berstamina buat para peminatnya. Nak tahu dengan lebih lanjut, sila baca artikel dibawa.

1. Perbanyakkan minum air kosong

“Minum air secukupnya. Jika ke mana-mana, saya akan bawa air kosong agar dapat minum air secukupnya,” katanya.

2. Tidur secukupnya

“Dapatkan tidur yang cukup. Ia amat penting bagi memastikan kesegaran tubuh. Ia merupakan asas paling penting untuk mengekalkan stamina,” jelasnya.

3. Makan makanan seimbang

“Kawal pemakanan seharian. Makan biarlah berpada-pada dan sentiasa amalkan menu makanan yang sihat,” katanya.

4. Gemar bersenam di gimnasium

“Saya akan bersenam di gimnasium setiap hari selepas menghantar Lara ke sekolah. Selalunya saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya selama satu setengah jam di gimnasium,” jelasnya.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cantik Macam Scha Alyahya #rahsia awet muda Scha Alyahya #Rahsia Cantik Dan Bertenaga Scha Alyahya #Tips Kecantikan Scha Alyahya

Cara Memerdukan Suara & Memanjangkan Nafas Untuk Menyanyi!
Bagi seseorang yang suka menyanyi, untuk mendapatkan vokal yang baik, ianya memerlukan kawalan
Cara Menumbuhkan & Melebatkan Jambang Seperti Wak Doyok!
Bukan semua lelaki mampu untuk memiliki jambang. Ada juga yang mempunyai masalah dimana
Penyakit Kayap! Simpton, Rawatan, Petua & Pantang Larangnya
Apa itu penyakit kayap? Kayap merupakan sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan
5 Kesalahan Memakai Masker! AWAS! Ia Boleh Memudaratkan Wajah Anda!
Di era globalisasi ini, ramai wanita diluar sana memilih dan memakai masker untuk

Comments are closed.