Kenali Sifat Lelaki Di Usia 40 Tahun!

Kenali Sifat Lelaki Apabila Mencapai Umur 40 Tahun

Dalam salah satu artikel pernah membincangkan tentang pertumbuhan otak yang terus berkembang sehingga pada umur 40-an. Kemudian terhenti ketika mencapai usia ini. Dan hari ini para pengkaji telah mengenal pasti perkara tersebut bahawa pertumbuhan otak akan mengalami penurunan setelah mencapai umur tertentu.

Angka 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru dan juga semakin matang. Manakala bagi bagi wanita pula, usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif dan selalu dikatakan dengan ‘saham’ yang mula menurun.

Teorinya ketika lelaki berumur 40 tahun maka dia sudah berada di kemuncak kerjaya. Sudah mengetuai jabatan atau organisasi. Pendapatan yang stabil. Kewangan yang mantap dan kukuh. Lebih hebat lagi jika sudah mencapai nikmat bebas kewangan dalam hidup mereka. Lelaki berumur 40 tahun ke atas mempunyai emosi yang paling stabil. Kini mereka bukan jenis pemarah. Sebaliknya seorang pemaaf dan amat memahami perasaan orang lain. Dengan ketenangan emosi maka lelaki yang berumur 40 tahun akan lebih matang dan disukai ramai.

Ada lelaki yang sudah mencecah umur 40 tahun akan menjaga penampilan diri, imej dan kesihatan pada tahap optimum. Mereka menjaga pemakanan supaya kekal cergas. Bukan itu sahaja boleh melaram dengan gaya pakaian yang terkini. Personaliti hebat ini membentuk karisma yang unggul sehingga mencairkan iman wanita muda melihat mereka. (mrhanafi.com)

Hakikatnya tidak semua. Terdapat kajian baru yang diterbitkan dari Jurnal Perubatan Britain yang melaporkan bahawa faktor usia sangat mempengaruhi perubahan kognitif seseorang. Kajian sebelum ini telah membuat kesimpulan bahawa penurunan prestasi kognitif pada manusia terjadi sebelum usia enam puluh tahun. Akan tetapi hasil penyelidikan terkini menujukkan bahawa faktor tersebut boleh berlaku pada pertengahan usia. Oleh itu ketika seseorang berumur 40 tahun, maka pertumbuhan otaknya telah terhenti dan selepas umur ini sel-sel otak mula rosak.

Realitinya pada masa kini, bukan semua lelaki yang mencapai umur 40 tahun mempunyai aspek positif seperti yang dinyatakan di atas. Ada yang masih bergelut membina kehidupan. Dalam sudut lain ada yang masih mengharap duit ibu bapa. Malah ada juga yang bergantung kepada duit isteri jika sudah berumah tangga. Jika diperhalusi masih ada juga lelaki kategori ini yang belum cenderung kepada kehidupan akhirat mereka.

Masih ada lelaki di umur 40 an yang masih leka dengan dunia khayalan fatamorgana. Rokok tidak ditinggalkan. Makan sesuka hati sehingga perut terus maju ke hadapan. Raut wajah tidak terurus. Ada juga yang mengatakan usia 40 bagi lelaki dikaitkan dengan tahap kemiangan semakin meningkat. Masalah ini merupakan masalah yang paling ditakuti wanita kerana lelaki yang terlalu ego akan menganggap dirinya berkuasa dan layak untuk menundukkan semua wanita serta layak dikelilingi oleh lebih dari seorang wanita dalam satu masa. Suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga dan juga suami kahwin baru.

Sifat Lelaki Di Usia 40 Tahun

Dipetik dari sentiasapanas.com, usia lelaki melepasi 40 tahun juga dikaitkan dengan hilang kehangatan asmara. Selain itu, antara perubahan lain yang dapat dilihat ketika lelaki mencecah usia 40 tahun adalah seperti berikut :

  • Berlebihan membeli pakaian baru dan mengambil masa yang lebih untuk kelihatan tampan dan bergaya.
  • Perubahan kepada gaya rambut.
  • Melepak dengan generasi yang berbeza.
  • Tiba-tiba bersungguh-sungguh menjaga kemudaan dan ketampanan wajah.
  • Membeli kereta pacuan empat roda atau motosikal berkuasa tinggi.
  • Berkira-kira mahu tukar kerjaya kerana bosan dengan kerjaya sekarang.
  • Mencuba pelbagai jenis dan cara diet.
  • Ingin sentiasa mempunyai gajet terkini seperti telefon pintar.
  • Menyembunyikan umur sebenar.
  • Mula mendengar lagu-lagu yang lebih ‘muda’.
  • Sukakan pakaian berwarna terang dan yang ketara tidak sesuai dengan peringkat umur.

Namun sejauh mana kebenarannya, perkara ini bergantung kepada individu dan keperibadian seseorang. Namun, adalah lebih baik di usia 40 tahun ini jika sudah mencapai keseimbangan antara dunia dan akhirat. Buang sikap dan semua perkara negatif dan terapkan perkara positif untuk terus menjadi baik dan semakin baik. Allah SWT berfirman:

“… Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a:” Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan … “(Surah al-Ahqaaf,  ayat 15)

Rujukan :

http://www.sentiasapanas.com

https://mrhanafi.com

Loading...

Tags: #Goda Suami Di Usia 40-an #kehidupan lelaki umur 40 tahun #kekasih umur 40 tahun #Lelaki & perubahan diri pada usia 40 #Lelaki 40-an tidak setia #lelaki apabila mencapai usia 40 #Perangai Lelaki #sifat lelaki setelah umur 40 #sikap lelaki berumur 40 tahun ke atas #sikap lelaki umur 40 tahun #Teori Lelaki Berumur 40 Tahun #umur 40-an #usia pertengahan

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.