Punca Masalah Enjin Sangkut Dan Sebab-Sebabnya


Apabila semua sudah ready dan perasaan membuak-buak nak keluar memancing. Tiba-tiba enjin bot pula ada masalah, for sure kita rasa sangat stress.

Di ruangan ini saya akan berkongsi panduan untuk memudahkan pengguna mengesan punca kecelaan enjin. Berikut disenaraikan masalah yang sering berlaku dan sebab-sebabnya. Mungkin anda boleh cuba lihat apa yang patut;

Enjin Sukar Atau Gagal Dihidupkan

  • Bahan api habis atau tersumbat
  • Saluran bahan api tidak dipasang dengan betul
  • Kecelaan sistem bahan api
  • Kerosakan pada pam suapan
  • Sistem pencucuhan tercela
  • Mampatan bocor
  • Kadar campuran minyak pelincir berlebihan
  • Penggunaan palam pencucuh tidak sesuai
  • Suis keselamatan tercela

Enjin Terlalu Panas

  • Sistem pendinginan tercela
  • Campuran minyak pelincir tidak mengikut sukatan
  • Ikatan kepala silinder terlalu ketat
  • Penggunaan palam pencucuh tidak sesuai
  • Laras suhu (thermostat) tidak berfungsi
  • Bebanan enjin berlebihan

Enjin Kurang Kuasa (lost power)

  • Gelang omboh haus
  • Kepala silinder atau gasket bocor
  • Sistem pencucuhan tercela
  • Penggunaan palam pencucuh tidak sesuai
  • Bahan api bermutu rendah (kerana disimpan terlalu lama)
  • Ketinggian pepat sampan dengan enjin tidak sepadan
  • Kipas patah atau bengkok
  • Roda tenaga longgar
  • Aci kipas bengkok
  • Galas bebola (ball bearing) telah rosak

Enjin Berbunyi Bising

  • Gelang omboh telah haus
  • Pelapik silinder bocor
  • Sesendal rod penyambung omboh longgar
  • Galas (bearing) aci engkol haus
  • Kedudukan pepat (transom) terlalu tinggi

Enjin Tidak Boleh Diperlahankan

  • Komponen karburator tercela
  • Kabel bahan api tercela
  • Sistem pencucuhan tercela

Perjalanan Sampan Terhenti Tiba-Tiba

  • Sesendal kipas (propeller bush) tercela
  • Cemat penyelamat kipas patah
  • Kipas tercabut
  • Pencengkam giar (gear shifter) tercela
  • Aci pandu tercela

Enjin Tidak Mencapai Kelajuan Maksima

  • Saluran minyak tercela
  • Penapis (filter) minyak tersumbat
  • Palam pencucuh tercela

Kelajuan Sampan Perlahan

  • Kipas (propeller) bergegar atau rosak
  • Pemasangan enjin tidak betul
  • Muatan sampan berlebihan
  • Permukaan bawah sampan dipenuhi teritip

Semoga ia dapat membantu kaki pancing atau pengemar aktiviti air. Selamat mencuba!

Carian Berkaitan

kerosakan enjin sangkut, masalah air panas enjin sangkut yamaha 15hp, mercury injen bot 3 3
Loading...

Tags: #bot #bot repair #enjin repair #fishing #outboard motor #Punca Masalah Enjin Sangkut

Jenis Kenderaan SUV 4×4 Mampu Milik, Jimat Belanja!
Kenderaan pacuan empat roda (4WD atau 4×4) asalnya sangat popular pada lewat 1990-an
Tips Jimatkan Minyak Kenderaan Semasa Memandu
Penggunaan minyak bukanlah bergantung kepada jenis dan model kereta sahaja, tetapi juga bergantung
Tips Membeli Kereta Terpakai, Kalau Tak Ada Pengalaman Baik Baca Artikel Ini!
Bercadang untuk membeli kenderaan terpakai? Bukan semua orang mampu beli kenderaan baru mahupun
Portal Semak Saman Online Kenderaan Anda!
Seringkali kita terlepas pandang untuk menyemak status kenderaan. Kenderaan yang mempunyai saman tertunggak

Comments are closed.