Punca Masalah Enjin Sangkut Dan Sebab-Sebabnya


Apabila semua sudah ready dan perasaan membuak-buak nak keluar memancing. Tiba-tiba enjin bot pula ada masalah, for sure kita rasa sangat stress.

Di ruangan ini saya akan berkongsi panduan untuk memudahkan pengguna mengesan punca kecelaan enjin. Berikut disenaraikan masalah yang sering berlaku dan sebab-sebabnya. Mungkin anda boleh cuba lihat apa yang patut;

Enjin Sukar Atau Gagal Dihidupkan

  • Bahan api habis atau tersumbat
  • Saluran bahan api tidak dipasang dengan betul
  • Masalah pada sistem bahan api
  • Kerosakan pada pam suapan
  • Sistem pencucuhan bermasalah
  • Mampatan bocor
  • Kadar campuran minyak pelincir berlebihan
  • Penggunaan palam pencucuh tidak sesuai
  • Suis keselamatan bermasalah

Enjin Terlalu Panas

  • Sistem pendinginan bermasalah atau rosak
  • Campuran minyak pelincir tidak mengikut sukatan
  • Ikatan kepala silinder terlalu ketat
  • Penggunaan palam pencucuh tidak sesuai
  • Laras suhu (thermostat) tidak berfungsi
  • Bebanan enjin berlebihan

Enjin Kurang Kuasa (lost power)

  • Piston ring haus
  • Kepala silinder atau gasket bocor
  • Sistem pencucuhan bermasalah
  • Penggunaan palam pencucuh tidak sesuai
  • Bahan api bermutu rendah (kerana disimpan terlalu lama)
  • Ketinggian pepat sampan dengan enjin tidak sepadan
  • Kipas patah atau bengkok
  • Roda tenaga longgar
  • Aci kipas bengkok
  • Galas bebola (ball bearing) telah rosak

Enjin Berbunyi Bising

  • Piston ring telah haus
  • Pelapik silinder bocor
  • Sesendal rod penyambung omboh longgar
  • Galas (bearing) aci engkol haus
  • Kedudukan pepat (transom) terlalu tinggi

Enjin Tidak Boleh Diperlahankan

  • Komponen karburator bermasalah
  • Kabel bahan api bermasalah
  • Sistem pencucuhan bermasalah

Perjalanan Sampan Terhenti Tiba-Tiba

  • Sesendal kipas (propeller bush) bermasalah
  • Cemat penyelamat kipas patah
  • Kipas tercabut
  • Pencengkam gear (gear shifter) bermasalah
  • Aci pandu bermasalah

Enjin Tidak Mencapai Kelajuan Maksima

  • Saluran minyak bermasalah
  • Penapis (filter) minyak tersumbat
  • Palam pencucuh bermasalah

Kelajuan Sampan Perlahan

  • Kipas (propeller) bergegar atau rosak
  • Pemasangan enjin tidak betul
  • Muatan sampan berlebihan
  • Permukaan bawah sampan dipenuhi teritip

Semoga ia dapat membantu kaki pancing atau pengemar aktiviti air. Selamat mencuba!

logo-150x150 Punca Masalah Enjin Sangkut Dan Sebab-Sebabnya

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Punca Masalah Enjin Sangkut Dan Sebab-Sebabnya

Loading...

Tags: #bot #bot repair #enjin bot Terhenti Tiba-Tiba #enjin repair #Enjin sangkut Berbunyi Bising #enjin sangkut jadi tak laju #enjin sangkut susah hidup #Enjin sangkut Terlalu Panas #Enjin sangkut Tidak Boleh Diperlahankan #masalah enjin sangkut tak hidup #outboard motor #penyakit enjin sangkut #Punca Masalah Enjin Sangkut #sebab enjin sangkut rosak

Membeli Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Lebih Untung?
Keputusan antara membeli kereta baharu atau kereta terpakai bergantung pada pelbagai faktor, termasuk
Kelebihan Kenderaan Jenama Toyota
Jenama Toyota mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya popular di pasaran automotif. Berikut adalah
Kelebihan Kenderaan Jenama Honda
Kenderaan jenama Honda seperti kereta dan motosikal mempunyai beberapa kelebihan yang telah memenangi
Cara Menyemak Kos Penyelenggaraan Kenderaan Anda
Untuk menyemak kos penyelenggaraan kenderaan, anda boleh mengikuti langkah berikut: Baca Buku Panduan
  1. author

    Mikulis Bosonol2 years ago

    Engine bot tak boleh hidup .api plug take ada

    Reply
  2. author

    Mikulis Bosonol2 years ago

    Engine bot tak boleh hidup

    Reply
  3. author

    Anonymous2 years ago

    Macam mana kalau enjin 40hp x dapat nk speed up…

    Reply
  4. author

    Norazlan Bin Ahmad2 years ago

    Saya guna enjin mercury 30hp enjin baru. Saya pakai baru 3 bulan. Masalah baru² ini enjin masa guna asik belok sebelah kanan kalau lepas handle walaupun dalam kelajuan sederhana.

    Reply
  5. author

    sabri3 years ago

    sy pakai obm yamaha fl250 4 stroke…rpm droop semasa engine berkelajuan tinggi..

    Reply
  6. author

    Anonymous3 years ago

    Enjin sangkut 60 yamaha tiba tiba pandai tidak kuat bila dah jln jarak 100mtr

    Reply
  7. author

    Anonymous3 years ago

    service minyak kaki enjin sekiranya terdapat kesan hakisan besi dalam minyak maka kondisi gear revers anda mengikis atau rosak, dan jangan lupa check bearingnya. kadang2 bearing juga boleh pecah atau koyak. TQ

    Reply
  8. author

    rahman4 years ago

    enjin yamaha 40 hp mula ii berjalan elok lps 100 meter mcm tu enjin slow xboleh laju

    Reply
  9. author

    Addin4 years ago

    As-salam… punca gear ketat dan kadang2 susah nak masuk lebih2 lagi gear reverse… mOhOn percerahan… tq…

    Reply
    • author

      Anonymous3 years ago

      service minyak kaki enjin sekiranya terdapat kesan hakisan besi dalam minyak maka kondisi gear revers anda mengikis atau rosak, dan jangan lupa check bearingnya. kadang2 bearing juga boleh pecah atau koyak. TQ

      Reply
  10. author

    luqman5 years ago

    salam bos pakai enjiin suzuki 15.. msalah saya minyak tidak cukup.. minyk macm tk naik ke kabreta

    Reply
  11. author

    firdaus5 years ago

    tuan sy pakai enjin suzuki 15hp,masalah ejin ini ialah waktu bot berjalan enjen tidak selaju 15hp mcm bwk enjin 5hp sahaja,macam hilang power dia n semput np yek tuan

    Reply
    • author

      Hazrul4 years ago

      Enji. Yamaha 40hp.2 stroke..enjin x boleh perlahan..spag plug akan mati sebiji bahgian bawah..apa punca masalh

      Reply
  12. author

    Che Fairuz6 years ago

    Tengah gearak..injin sangkut..berasap..dan terus mati..kenapa ye

    Reply

Leave a Reply to Che Fairuz Cancel reply