Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga

Cameron

Rose-Centre-e1474614734685 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga

Rose Centre

Di sini anda akan dapat melihat pelbagai jenis bunga dan sayur-sayuran segar yang ditanam. Tapi Awas! Bayaran denda akan dikenakan sebanyak RM50 jika anda terpetik bunga di kawasan ini. Waktu operasi adalah setiap hari, bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kadar bayaran masuk ialah RM5 dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.

Taman-Agroteknologi-MARDI-e1474614492275 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga

Taman Agroteknologi MARDI

Taman ini diselia sepenuhnya oleh agensi pertanian, MARDI. Taman ini mempunyai keluasan 40 hektar dan tarikan utama jika anda berada di sini adalah anda akan lihat tapak semaian, kebun bunga, ladang buah-buahan, serta kawasan tanaman teh. Jika anda adalah pengemar buah strawberi dan anggur, anda boleh dapatkan buah-buahan segar di taman ini. Selain itu juga, pelbagai kemudahan asas disediakan di sini seperti surau, kafe dan tempat permainan kanak-kanak. Kadar bayaran masuk adalah RM3 bagi dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak.

Taman-Madu-Lebah-Ee-Feng-Gu Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga

Taman Madu Lebah Ee Feng Gu

Terletak 5 kilometer dari pekan Cameron Highlands. Taman Madu Lebah Ee Feng Gu merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di tanah tinggi ini. Taman ini merupakan tempat penternakan lebah madu yang terkenal di sini. Anda akan dapat melihat teknik dan cara ternakan lebah madu di Cameron Highlands. Jangan lupa untuk mendapatkan tips dari pemilik ladang lebah jika anda berminat tentang penternakan madu lebah. Tiada bayaran masuk dikenakan.

Pasar-Malam-Brincang Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga

Pasar Malam Brinchang

Pasar malam ini terletak di pekan Brinchang. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi pasar malam ini kerana semesti ia berbeza daripada pasar-pasar malam di tempat biasa. Biasanya ia dibuka seawal jam 3.00 petang. Pelbagai jenis makanan, sayur-sayuran segar, pakaian dan cenderahati boleh didapati di sini. Pasar malam ini diadalah pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja.

Lavender-Garden Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga

Lavender Garden

Taman bunga Lavender adalah destinasi baru di Brincang, Cameron Highlands. Ia terletak di antara Kuala Terla dan Tringkap. Ia telah mula dibuka sepenuhnya kepada pelancong pada tahun 2013. Taman ini merupakan destinasi wajib anda kunjungi. Jika anda ke sini, jangan lupa membawa kamera untuk merakamkan detik indah di sini. Pengunjung juga dibenarkan memetik bunga dengan kadar bayaran RM2 untuk sekuntum bunga. Waktu operasi taman ini adalah bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari biasa dan pada hari Sabtu Ahad, ia bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Kadar bayaran masuk adalah RM8 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Cactus-Valley-e1474614839283 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga

Cactus Valley

Cactus Valley merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di Cameron Highlands. Di sini, anda akan dapat saksikan pelbagai jenis pokok kaktus yang menarik. Jangan lepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan anda di sini. Selain pokok kaktus yang pelbagai jenis,  pokok buah-buahan lain juga terdapat di sini seperti pokok buah epal dan pokok bunga. Anda juga boleh memilikinya kerana ia sememangnya dipamerkan untuk jualan kepada pengunjung yang datang. Waktu operasi tempat ini adalah bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan kadar bayaran masuk adalah sebanyak RM4 bagi dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Big-Red-Strawberry-Farm Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga

Big Red Strawberry Farm

Cameron Highlands adalah kawasan pengeluaran buah strawberi di Malaysia. Big Red Strawberry Farm merupakan salah satu ladang pengeluaran strawberi terbesar di sini. Ia terletak di Tanah Rata bersebelahan Cactus Valley. Ladang ini menempatkan deretan pokok strawberi yang luas dan suasana ini akan lebih meriah ketika musim pokok strawberi mengeluarkan buah. Kawasan ladang ini sangat bersih dan nyaman kerana ia terjaga rapi oleh pekerja ladang. Jika anda berkunjung ke sini, jangan lupa mengambil pengalaman memetik buah strawberi dengan bayaran yang berpatutan. Ladang ini dibuka pada setiap hari bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Galeria-Time-Tunnel Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga

Galeria Time Tunnel

Dibina untuk mempamerkan memori bersejarah dan warisan budaya untuk Cameron Highlands sendiri. Lokasi tempat ini terletak di Brincang dan lokasi muzium ini juga di aras bawah di ladang Strawberi Kok Lim. Muzium Time Tunnel mempamerkan sejarah cara hidup pada mula-mula pembukaan Cameron Highlands. Selain itu juga, Muzium ini turut mempamerkan barangan peribadi milik See Kok Chan yang merupakan salah seorang penduduk setempat di Cameron yang suka kepada barangan antik. Dibuka pada setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kadar bayaran ialah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Kea-Farm-Brinchang Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga

Kea Farm Brinchang

Jika anda adalah seorang yang meminati tanaman pokok bunga, eloklah anda berkunjung ke Kea Farm Brinchang. Di sini anda boleh mendapatkan pokok bunga dan pokok kaktus hidup untuk dibawa pulang. Terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan yang sangat cantik boleh dilihat di sini. Antara yang menjadi tumpuan adalah pokok kaktus dan pokok bunga ros. Tetapi anda perlu mengenalpasti sendiri pokok yang sesuai di tanam kelak kerana cuaca di Cameron Highlands tidak sama dengan tempat tinggal anda. Destinasi ini merupakan pasar yang menjual hasil pertanian tempatan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Anda boleh membeli buah strawberi, jagung, oren dan juga sayur-sayuran segar di sini. Selain itu, di sini juga dijual pelbagai jenis cenderahati untuk dibawa pulang.

butterflies-garden-CH Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga

Taman Rama-Rama

Taman ini berada di dalam kawasan Kea Farm, ia terletak di sepanjang jalan utama 3 kilometer selepas pekan Brinchang atau 5 kilometer dari Tanah Rata. Apa yang menarik di sini ialah terdapat pelbagai spesis rama-rama untuk dilihat oleh pengunjung. Selain itu, tidak ketinggalan juga beberapa serangga dan haiwan lain seperti kala jengking, kumbang, cicak dan ular. Waktu pembukaan taman ini adalah bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kadar bayaran masuk adalah sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.

Ladang-Teh-Boh-e1474614873357 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga

Ladang Teh Boh

Jika ke Cameron Highlands, jangan lepaskan peluang berkunjung ke ladang teh milik syarikat Boh Plantation Sdn. Bhd. Ladang Teh Boh ini merupakan ladang pengeluar utama teh di Malaysia. Ini mula dibuka pada tahun 1929 oleh J. A. Russel, seorang ahli perniagaan British semasa era Malaya. Apa yang menarik jika anda berkunjung di sini ialah anda akan dapat menikmati pemadangan kehijauan ladang teh yang sangat mengujakan disamping berehat santai sambil menikmati minuman teh yang dijual. Maka, tidak hairanlah jika ladang teh ini menjadi destinasi utama di Cameron Highlands.

 Gambar pemandangan menarik sekitar Cameron Highlands

Menu-istimewa-di-Big-Red-Farm-Cameron-Highlands-150x150 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga Petik-strawberi-150x150 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga Ladang-strawberi-150x150 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga Pokok-kaktus-dijual-di-Cactus-Valley-150x150 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga Pokok-kaktus-di-Cactus-Valley-Cameron-Highlands-150x150 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga Cenderahati-150x150 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga Menu-istimewa-di-Cameron-Highlands-150x150 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk KeluargaThe-Lakehouse-Cameron-Highlands-Resort-150x150 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk KeluargaPasar-Malam-Brinchang-Cameron-Highlands-150x150 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga Ladang-teh-cameron-highland-1-150x150 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga
Penanaman-teh-di-ladang-150x150 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga

logo-150x150 Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga

Loading...

Tags: #bercuti di cameron highlands #brinchang #buah strawberi cameron #cuaca sejuk cameron #destinasi tanah tinggi #gambar suasana cameron highlands #melancong dalam negara #tanah tinggi cameron highlands #tempat menarik di cameron highlands #tempat menarik di malaysia

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "Cameron Highlands, Destinasi Bujet Untuk Keluarga"