Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Urutan memberi banyak kelebihan kepada tubuh badan kita diantaranya ialah ia dapat melancarkan peredaran darah, melangsingkan badan dan menyegarkan badan yang kelesuan.

Urutan merupakan salah satu rawatan yang digunakan secara meluas untuk melegakan sakit pada badan kerana cara ini telah terbukti berkesan sejak turun temurun lagi.

Sehingga kini rawatan melalui kaedah urutan ini masih lagi digunakan walaupun telah banyak rawatan cara moden diperkenalkan.

Urutan juga terbukti boleh menghilangkan stress akibat dari tekanan kerja ataupun masalah peribadi. Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal tetapi juga minda dan jiwa individu.

Sentuhan semasa mengurut juga penting untuk semua hidupan yang bernafas tak kiralah sama ada sentuhan seorang ibu kepada bayinya, isteri kepada suami, nenek kepada cucu dan sebagainya.

Jadi tidak hairan jika pengarang buku The Power of Touch, Dr Phyllis K Davis, ada berkata bahawa disentuh dan menyentuh adalah sebahagian daripada asas manusia.

Pengasas Tim Body Care Training Centre, Tim Low Chee, berkata apabila seseorang mendapat sentuhan urutan, jiwa meraka akan kembali tenang dan bebas dari tekanan.

Selain itu, urutan juga mampu menimbulkan perasaan harmoni yang menyeluruh apabila tubuh dimanjakan.

Melalui kaedah urutan, ia turut merangsang pengeluaran hormon endorfin yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri.

Dengan melakukan cara menyentuh, membelai dan melakukan gerakan tertentu seperti meramas, memicit, mengusap dan memberikan tekanan pada bahagian tertentu tubuh, kesan seumpama itu boleh dicapai dan dinikmati.

Cara mengurut adalah tindakan menggunakan tekanan terhadap tisu lembut tubuh seperti otot, ligamen dan sendi yang boleh mendatangkan kesan positif kepada tubuh. Ia boleh dilakukan pada bahagian tertentu atau seluruh tubuh.

Berikut adalah beberapa cara urutan yang boleh diamalkan ;

Cara Urutan Bahu Menggunakan Tapak Tangan

Cara Urutan Bahu Menggunakan Tapak Tangan

Cara Urutan Belakang

Cara Urutan Belakang

Cara Urutan Bawah Bahu

Cara Urutan Bawah Bahu

Cara Urutan Awal Bahu

Cara Urutan Awal Bahu

Cara Mengurut Belikat

Cara Mengurut Belikat

Cara Urutan Bahagian Bahu Menggunakan Siku Dan Hujung Ibu Jari

Cara Urutan Bahagian Bahu Menggunakan Siku Dan Hujung Ibu Jari

Cara Urutan Bahu

Cara Urutan Bahu

Cara Urutan Bahagian Pinggang Menggunakan Siku Dan Buku Lima

Cara Urutan Bahagian Pinggang Menggunakan Siku Dan Buku Lima

Cara Urutan Pada Bahagian Otot Atas Punggung

Cara Urutan Pada Bahagian Otot Atas Punggung

Cara Mengurut Betis

Cara Mengurut Betis

Cara Urutan Tapak Kaki

Cara Urutan Tapak Kaki

Cara Urutan Bahagian Belakang Leher

Cara Urutan Bahagian Belakang Leher

Cara Urutan Bahagian Kepada Dan Sisi Muka

Cara Urutan Bahagian Kepada Dan Sisi Muka

Cara Urutan Sisi Leher

Cara Urutan Sisi Leher

Cara Urutan Bahagian Leher

Cara Urutan Bahagian Leher

Cara Urutan Pada Bahagian Bahu

Cara Urutan Pada Bahagian Bahu

Cara Urutan Betis Hingga Ke Lutut

Cara Urutan Betis Hingga Ke Lutut

Sehingga kini, perkhidmatan urut tradisional masih mendapat tempat walaupun mempunyai beberapa kelemahan seperti suasana tempat yang tidak berapa bersih dan kurang selesa.

Ditambah lagi, ada terdapat juruurut “bidan terjun” yang tidak mempunyai kemahiran mengenai rawatan urutan.

Kebiasaannya amalan mengurut adalah menggunakan minyak. Ini untuk memudahkan pergerakan tangan ke atas tubuh pesakit.

Tanpa minyak, urutan akan menyebabkan tubuh berasa sakit akibat geseran pada kulit. Namun, terdapat juga kaedah urutan yang tidak menggunakan minyak seperti Thai Massage.

Urutan cara Thai tidak melibatkan geseran pada bahagian kulit, tetapi menggunakan picitan dan tekanan pada bahagian tubuh.

Penggunaan minyak dalam amalan urutan aromaterapi boleh mengubah perasaan pesakit dengan penggunaan beberapa jenis pewangi.

Aroma ini boleh meredakan tekanan, ketidakselesaan dan kebimbangan yang dialami oleh pesakit semasa rawatan, seterusnya mengwujudkan keadaan sangat tenang.

Harus diketahui, bahawa orang yang hendak berurut tidak boleh berada dalam keadaan perut yang kenyang.

Antara beberapa faedah urut badan ialah seperti di bawah;

  • Menyingkirkan lebihan toksin dalam badan.
  • Melancarkan peredaran darah dan mengelakkan kebas pada anggota badan.
  • Mengurangkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung.
  • Merehatkan dan mengendurkan otot-otot tegang.
  • Melicinkan tekstur kulit melalui urutan.
  • Melancarkan kembali sistem pencernaan.
  • Mengembalikan keseimbangan minda, rohani dan jasmani.
  • Mengurangkan tekanan mental dan stress.

Carian Berkaitan

yhsm-Opera_14mobile, cara urutan, kebaikan mengurut seluruh badan, kelebihan urut dan rawatan badan, khasiat urut
Loading...

Tags: #cara mengurut badan yang betul #cara nak urut #Cara Urutan Badan #hilang stress dengan urutan #kaedah urut badan #kesan urut badan #khasiat urut badan #lelaki urut wanita #manja tubuh dengan urutan #massage #spa massage #teknik urut badan #urut #urut badan #urut badan lelaki #urut badan perempuan #urut badan wanita oleh lelaki

Amalan Isteri Derhaka Kepada Suami Walaupun Tanpa Disedari
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :
Punca Rezeki Suami Menjadi Sempit. Ini Sebab Ramai Isteri Tidak Perasan!
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi SAW. Selain daripada mendapat pahala dengan menyempurnakan sunnah, perkahwinan turut
Ini Punca Kenapa Rezeki Susah Masuk Walaupun Telah Berusaha Gigih!
Adakah anda sedang hadapi masalah yang banyak hingga menyebabkan rezeki itu lambat datang?
Punca Suami Berubah Hati. Para Isteri Wajib Baca!
Apabila bergelar seorang isteri, sudah pasti setiap wanita mahu untuk menjadi seorang isteri

Leave a reply "Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan"