5 Manfaat Serai Dari Sudut Kesihatan Yang Jarang Diketahui Orang Ramai!

Manfaat Serai Dari Sudut Kesihatan

Malaysia merupakan salah satu negara yang kaya dengan pelbagai tumbuhan herba yang memainkan peranan penting dalam sesuatu masakan dan makanan harian kita.

Salah satu tumbuhan herba yang selalu digunakan oleh tukang masak, chef profesional dan ibu-ibu diluar sana adalah serai. Tidak hanya berbau harum, daun serai juga menyedapkan lagi sajian makanan yang dimasak anda.

Di samping digunapakai dalam dunia kulinari, serai turut memiliki manfaat yang tinggi terhadap kesihatan manusia sejagat sejak zaman-berzaman. Manfaatnya turut diperakui oleh pakar-pakar kesihatan dunia sebagai ubat yang mujarab dalam merawat beberapa penyakit.

Seperti yang dilapor oleh laman Vemale.com, inilah 5 manfaat kesihatan disebalik serai yang jarang diketahui ramai orang. Selamat membaca!

1. Sangat Bagus Buat Sistem Pencernaan

Tahukah anda, Serai sangat bagus buat sistem pencernaan kita semua. Para penyelidik mendapati bahawa dalam serai mengandungi senyawa yang boleh menjadikan sistem penghadaman lebih sihat. Senyawa tersebut dikatakan mempunyai antiseptik yang berkesan untuk membunuh bakteria-bakteria dalam sistem pencernaan. Bukan sahaja menjaga kesihatan pencernaan semata-mata bahkan serai juga mampu mencegah masalah seperti sembelit, cirit-birit, kekejangan perut dan pedih ulu hati.

2. Menurunkan Kadar Kolestrol

Menurut kajian yang dilakukan oleh University of Winconsin menyatakan serai boleh mengatasi masalah kolestrol yang berlebihan pada badan. Untuk info, kandungan anti-kolestrol yang terdapat pada serai mampu menurunkan kadar kolestrol sekaligus menjadikannya sentiasa dalam keadaan stabil. Selain dapat menurunkan kadar kolestrol, kalium yang tinggi pada serai turut membantu menurunkan tekanan darah anda. Hebat bukan!

3. Merawat Selsema

Buat anda yang acapkali terkena selsema, serai boleh dijadikan solusi terbaik untuk mengatasinya. Kewangian dan kandungan nutrisi yang dimiliki serai sangat bermanfaat dalam mengubati selsema yang dihidap anda atau ahli keluarga. Bukan itu sahaja, serai juga dikatakan mampu menjadi sistem penafasan kita lebih sihat dan lancar. Malah, ianya boleh merawat masalah asma dan bronkitis.

4. Atasi Masalah Stres

Sebagai manusia yang normal, kita seringkali mengalami masalah stres lebih-lebih lagi berkaitan kewangan dan kerja. Salah satu cara untuk mengatasinya dengan mengamalkan teh serai sebagai minuman harian anda. Kandungan antidepresan daripada aroma wangi teh serai dipercayai sangat mujarab dalam mengatasi dan mencegahkan masalah tekanan sehingga kemurungan. Segeralah menikmati secawan teh serai hangat sekiranya mengalami masalah cemas, murung atau stres.

5. Mencegah Penyakit Kanser

Last but not least, serai boleh dimanfaat sebagai minuman herba yang mampu mencegah penyakit berbahaya seperti kanser. Penyelidikan yang dilakukan oleh University Ben Gurion di Israel mendapati bahawa teh serai mampu melawan dan mencegah berlakunya penyakit kanser. Kandungan nutrisi dalam serai juga dikatakan boleh membunuh sel-sel kanser di dalam tubuh kita. Bahkan, kajian yang diterbitkan dalam Journal of the Fundamentals of Pharmacology Clinicals menyatakan mengenai nutrien yang terdapat pada serai boleh membasmi risiko kanser payudara dimana membunuh sel-sel kanser payudara dengan baik.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Atasi Masalah Stres #Kebaikan Serai Untuk Kesihatan Diri #khasiat serai wangi #Manfaat Kesihatan Disebalik Serai #Manfaat Serai #Manfaat Serai Untuk Kesihatan Diri #Manfaat Serai Untuk Kesihatan Manusia #Mencegah Penyakit Kanser #Menurunkan Kadar Kolestrol #Merawat Selsema #serai #serai wangi

Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang. Ini Rahsianya!
Pisang adalah tanaman yang termasuk dalam keluarga musaceae, berdaun lebar serta semua bahagian dari tanaman
Petua Hilangkan Parut Jerawat
Jerawat merupakan musuh utama kepada semua orang termasuk lelaki dan wanita. Jerawat akan
12 Petua Terbaik Mencerahkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan!
Kebanyakan orang mengaitkan kulit yang cerah dengan kecantikan. Malah, wajah yang cerah juga
Cara Memagar Rumah Dalam Islam Beserta Doa
Berpindah ke rumah baru sama ada rumah sendiri yang dibeli ataupun rumah sewa

Comments are closed.