Tips Sejukkan Rumah Kediaman, Sejuk & Selesa Tanpa Penghawa Dingin!

Tips Sejukkan Rumah, Selesa Tanpa Penghawa Dingin!

Keadaan cuaca yang panas pada musim kemarau menyebabkan rumah menjadi panas dan bahangnya terasa pada siang hari. Malah, ketika musim kemarau, rasa hangat mampu membuat penghuni berasa tidak selesa ketika tidur pada waktu malam. Terdapat beberapa punca rumah menjadi panas.

Berikut adalah penyebab utama rumah kediaman menjadi panas :

  • Panas Matahari

Pada siang hari jarak matahari akan semakin dekat dengan Bumi dan ini antara punca utama datangnya panas. Dinding dan atap rumah adalah penghantar panas yang paling besar sebagai penyebab rumah terasa panas. Panas dari atap dan dinding rumah tersebut akan dialirkan ke ruangan melalui media udara. Jika udara di dalam rumah menjadi panas maka anda akan merasakan rumah menjadi panas.

  • Kaca Jendela Rumah

Jendela rumah yang terpasang kaca juga menjadi penyebab rumah menjadi panas. Salah satu sifat kaca adalah dapat meneruskan cahaya matahari masuk ke dalam rumah sekaligus kaca merupakan konduktor panas yang buruk. Sinar matahari akan masuk ke dalam rumah tapi tidak dapat keluar, sehingga ruangan akan terasa panas.

  • Peralatan pemanas

Haba dalam rumah juga berpunca dari beberapa peralatan elektronik dan peralatan pemanas yang menghasilkan haba seperti :

  1. Lampu
  2. Televisyen
  3. Komputer
  4. Penanak nasi
  5. Seterika
  6. Pemanas air
  • Panas Tubuh

Tubuh manusia memiliki suhu sekitar 36°C. Apabila suhu ruangan lebih tinggi daripada suhu badan kita, maka kita akan merasa kepanasan. Dan sebaliknya apabila suhu tubuh kita lebih tinggi daripada suhu ruangan maka panas tubuh kita akan mengalir ke ruangan sekitar kita. Oleh sebab  itu, kita sering merasakan kepanasan apabila ada ramai orang yang berkumpul dalam satu ruangan.

Tidak semua orang mampu untuk melengkapkan rumah mereka dengan penghawa dingin. Lebih-lebih lagi, penggunaan penghawa dingin yang kerap akan menyebabkan bil elektrik bulanan melambung. Usah khuatir kerana terdapat cara untuk menyejukkan rumah tanpa penggunaan penghawa dingin. Caranya sudah pasti dengan mencegah dan menyingkir haba panas dari rumah. Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan.

  1. Cat dinding rumah dengan warna cerah yang dapat memantulkan cahaya dan haba

Mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya dapat membantu ruang dalaman rumah anda menjadi lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar. Hindari menggunakan cat dinding dengan warna gelap seperti hitam, kelabu dan sebagainya kerana warna cat yang gelap akan menyerap haba dan panas yang lebih cepat dari pada cat dinding dengan warna terang.

  1. Tanam pokok teduhan di sekitar halaman rumah

Penanaman tanaman teduhan di halaman rumah akan mencegah panas matahari menyinari dinding rumah secara terus, kerana tanaman tersebut yang akan menerima lebih dahulu sebahagian besar panas matahari. Panas akan tertahan dan diserap oleh tanaman teduhan tersebut dan dinding rumah anda akan tetap dingin.

  1. Letak besen air di dalam bilik

Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk? Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air terdapat bekas air atau selalu disirami dengan air. Dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen tersebut. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik. Selain itu, anda juga boleh meletakkan bekas berisi ais ketul di dalam bilik.

  1. Pasang jaring kelambu besi dan buka tingkap pada waktu malam hari

Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk.

  1. Letakkan pokok hiasan yang boleh menyejukkan rumah

Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.

  1. Pasang awning

Salah satu punca rumah menjadi panas adalah kerana dinding yang terdedah kepada cahaya matahari dan menyebabkan haba tersebar ke dalam rumah. Untuk kurangkan bahang pada waktu siang, pasang awning untuk mengelakkan dinding rumah menjadi panas kerana terkena cahaya matahari. Selalunya awning dipasang pada bahagian dinding yang menghadap matahari jatuh kerana cuaca mulai panas pada waktu tengah hari hingga petang.

  1. Gunakan lampu dari jenis kurang memancarkan haba

Anda disarankan untuk menggunakan flourescent bulb. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti incandescent bulb tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu flourescent bulb juga kurang menggunakan tenaga elektrik.

  1. Gunakan papan fiber simen untuk siling rumah

Gunakan papan fiber simen (fiber cement board) untuk siling rumah anda. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.

Rujukan :
https://halokawan.com
http://kisahdunia.com
http://www.maskulin.com.my

Carian Berkaitan

bilik tidur panas waktu malam, kenapa bilik berasa panas walapun kipas dibuka
Loading...

Tags: #Atasi Masalah Suhu Rumah Atau Bilik Yang Panas #cara buat aircond sendiri #Cara Nak Sejukkan Rumah Tanpa Air Cond Ketika Musim Panas #Cara Sejukkan Badan Dan Rumah Tanpa Menggunakan Air-Cond #Cara Sejukkan Rumah Dan Badan Tanpa Air-Cond #cara sejukkan rumah dengan jimat #hilangkan bahang dalam rumah #kipas sejuk macam aircond #masalah rumah menjadi panas #rumah panas tengahari #sejukan rumah tanpa penghawa dingin #Sejukkan Rumah Tanpa Memasang Air-cond #selesaikan rumah yang panas #tips megatasi panas #tips mengatasi bahang dalam rumah #tips sejukkan rumah

Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba
Sebelum pembedahan menjadi pilihan terakhir yang ada untuk merawat ovarian cyst, adalah lebih
Rahsia Tun M Kekal Sihat Dan Cergas Sehingga Kini
Baru saja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pada 10 Mei lalu,
10 Ciri-ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami. Ini Fakta Perlu Wanita Ketahui!
Dalam konteks memilih pasangan yang akan membimbing dan bakal menjadi ketua keluarga, wanita
GST Dan SST, Apa Bezanya? Ini Fakta Patut Anda Tahu!
Selepas kerajaan Pakatan Harapan berjaya mengalahkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU)

Comments are closed.