Biodata Adib Khalid, Pemilik Cinta Izara Aishah!

Biodata Adib Khalid

Mesti anda tertanya-tanya siapakah lelaki bernama Adib Khalid ini. Kalau nak tahu, jejaka kacak ini adalah pemilik cinta kepada pelakon cantik jelita iaitu Izara Aishah.

Paling menarik, pasangan sejoli ini bakal bergelar raja sehari pada 17 November ini.

Terdahulu, Adib dan Izara telah mengikat tali pertunangan pada 7 Julai 2017 lalu selepas menghantar rombongan merisik ke rumah keluarga aktres berkenaan di Shah Alam, Selangor.

Untuk pengetahuan para pembaca, pasangan romantis ini telah menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu.

Di awal percintaan, Adib dan Izara lebih suka mendiamkan diri dan berahsia tentang perhubungan mereka terutamanya kepada media-media tempatan.

Sekadar info, jejaka berusia 27 tahun ini adalah anak kepada ahli perniagaan dan jutawan, Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan Dato’ K bersama bekas isteri, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham.

Selain Adib, hasil perkahwinan Dato’ K dan Tengku Zawyah turut dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Muhd Anas Zawawi (anak pertama), Muhammad Asyraf (anak ketiga) dan Muhammad Aazief (anak bongsu).

Apa-apa pun, kami di EncikShino.com ingin mengucapkan tahniah buat Adib dan Izara serta mendoakan agar perhubungan ini kekal bahagia sehingga jannah.

Jom kita intip sedikit ringkasan biodata dan trivia menarik pemuda berbintang Libra ini meskipun tidak banyak informasi yang diperolehi tentang beliau. Let’s find out!

Biodata Ringkas Adib Khalid

Nama Penuh: Muhammad Adib Khalid
Nama Komersil: Adib Khalid
Umur: 29 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 7 Oktober 1988
Zodiak: Libra
Adik Beradik: Anak kedua daripada empat beradik
Kerjaya: Ahli Perniagaan
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Laman Media Sosial Adib Khalid

Trivia Menarik Adib Khalid

  • Anak tiri kepada penyanyi nombor satu tanah air, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
  • Graduan dalam jurusan perniagaan di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) University, Australia.
  • Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Tune Records/Tune Studios yang telah beroperasi sejak tiga tahun dahulu.
  • Selain ayahnya, Adib turut menggagumi beberapa tokoh perniagaan tempatan dan antarabangsa iaitu Datuk Kamarudin Meranun, Tan Sri Tony Fernandes, Howard Hughes, Steve Jobs dan Elon Musk.
  • Sangat menggemari makanan Melayu seperti Nasi Lemak dan Nasi Tomato.
  • Izara Aishah menyifatkan Adib sebagai seorang lelaki yang setia, pemurah, baik hati, humble, supportive, tidak mengongkong dan memahami dirinya.
  • Adib turut menerbitkan album bahasa Inggeris berjudul All Your Love nyanyian Siti Nurhaliza menerusi syarikat rakaman miliknya, What’s Up Entertaiment pada September 2011.
  • Ibunya iaitu Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham berasal dari kerabat diraja negeri Kedah.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram dan lebih 15,000 pengikut di Twitter miliknya.
azlan-150x150 Biodata Adib Khalid, Pemilik Cinta Izara Aishah!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Adib Khalid #adib khalid age #Adib Khalid Anak Dato K #adib khalid biodata #Adib Khalid dan izara aishah #Adib Khalid Kekasih Hati Izara Aisyah #adib khalid profile #adib khalid umur #adib khalid wikipedia #anak tiri siti nurhaliza #Biodata Adib Khalid #Biodata Adib Khalid dato K #biodata mohd adib datuk khalid #Biodata Ringkas Adib Khalid #instagram adib khalid #Kenali Adib Khalid #Profile Adib Khalid

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.