Senarai Pokok Hiasan Yang Paling Banyak Menghasilkan Oksigen, Juga Sesuai Sebagai Tanaman Hiasan Di Rumah Anda!

Pokok Hiasan Rumah

Hampir semua tanaman berklorofil akan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Tetapi, tumbuhan apakah yang paling banyak membekalkan oksigen kepada kita?

Apakah jenis pokok yang sesuai ditanam dan diletakkan dalam atau luar kediaman? Selain menjadi tanaman hiasan, tumbuhan di bawah juga banyak memberi manfaat terutama sebagai pembersih udara dan pembekal oksigen.

Lidah jin

Lidah Jin

Pokok lidah jin merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae yang tumbuh semula jadi di negara tropika sejak zaman Dahulu. Tumbuhan ini mempunyai pohon yang kecil berair dengan kehijau-hijauan daun yang tumbuh dari 20 sentimeter hingga 3 meter tinggi.

Lidah jin atau nama saintifiknya Sansevieria trifasciata merupakan tumbuhan yang unik kerana tumbuhan ini mengubah karbon dioksida kepada oksigen pada malam hari. Oleh sebab itu, tumbuhan ini sesuai diletakkan di dalam bilik tidur ataupun mana-mana ruangan di dalam kediaman.

Areca Palm

Areca Palm

Keunikan tanaman ini ialah menghasilkan oksigen pada siang hari dan mampu menyerap racun di udara. Tanaman ini sangat sesuai diletakkan dalam sudut dalaman mahupun luar kediaman

Warneck Dracaena

Warneck Dracaena

Selain warna yang cantik, Warneck Dracaena merupakan salah satu tanaman pembersih udara yang popular yang juga membekalkan oksigen.

Peace Lily

Peace Lily

Peace lily atau nama saintifiknya Spathiphyllum adalah genus tumbuhan berbunga monocotyledonous dalam keluarga  Araceae, yang berasal dari kawasan tropika di Amerika dan Asia tenggara. Tanaman cantik ini juga dapat membersihkan udara dari racun dan membekalkan oksigen. Penjagaannya juga agak mudah, boleh diletakkan di tempat teduh dan disiram sekali dalam seminggu.

Selain dari 4 senarai tumbuhan di atas, berikut merupakan daftar tumbuhan yang mampu menyerap karbon dioksida serta menghasilkan oksigen dalam jumlah besar. Dipetik dari Wikipedia, urutan daftar berdasar kapasiti kemampuannya menghasilkan oksigen pertahun.

Table

Berikut merupakan tips untuk memilih tanaman yang menghasilkan banyak oksigen :

  • Memiliki daun hijau

Pastikan tanaman yang ditanam di sekitar rumah mempunyai daun berwarna hijau. Untuk variasi warna hijau iaitu hijau terang, hijau gelap ataupun hijau dengan kombinasi dengan warna lain. Warna yang paling baik untuk menghasilkan oksigen adalah hijau gelap.

  • Permukaan daun berkilat

Keadaan permukaan daun segar dan berkilat. Proses fotosistesis dapat dilakukan dengan maksima jika keadaan daun dalam keadaan sihat. Salah satu ciri-ciri daun yang sihat iaitu segar dan berkilat.

  • Memiliki daun yang rimbun

Tanaman mempunyai daun yang rimbun. Semakin banyak jumlah daun maka semakin banyak oksigen yang dihasilkan.

  • Letakkan di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari

Mempunyai jumlah cahaya yang cukup untuk tanaman. Pencahayaan dari Matahari juga menentukan proses fotosistesis.

  • Mempunyai kelembapan tinggi

Kandungan air yang cukup banyak mendorong pengewapan yang lebih tinggi. Pengewapan tersebut diikuti dengan pelepasan oksigen ke udara bebas.

  • Sedikit bunga dan buah

Tanaman yang mempunyai sedikit bunga dan buah. Bunga dan bunga membuat tanaman menggunakan proses fotosistesis untuk pertumbuhan bunga dan buah sehingga proses pelepasan oksigen berkurang.

Carian Berkaitan

pokok palm hiasan
Loading...

Tags: #ciri-ciri tumbuhan yang membekalkan oksigen #pokok hiasan berguna #pokok menghasilkan oksigen #tanaman hiasan pembekal oksigen #tanaman hiasan pembersih udara #tanaman penghasil oksigen #tips memelih tanaman hiasan yang menghasilkan oksigen #tumbuhan paling banyak menghasilkan oksigen

Cara Membina Kolam Hiasan Di Laman Rumah, Simple & Cantik!
Membina sebuah kolam hiasan sebenarnya mencipta pelbagai manfaat tanpa melibatkan kos yang tinggi.
Cara Membuat Media Tanaman Ringkas Untuk Tanaman
Media tanaman adalah salah satu komponen penting dalam bidang pertanian. Media tanaman digunakan
Cara Membuat Baja NPK Larut Untuk Tanaman Organik Di Rumah!
Apakah baja NPK? Sistem pemberian huruf dan nombor ini telah diperkenalkan oleh Justus
25 Jenis Hantu Paling Seram Dalam Masyarakat Melayu Malaysia
Hantu merupakan nama panggilan bagi makhluk jin atau syaitan yang menjelma atau merupa

Comments are closed.