5 Jenis Pokok Hiasan Mampu Hilangkan Stress Anda!

Tanaman Ini Boleh Hilangkan Stress

Stres boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Saban hari, pasti ada satu atau lebih perkara yang menganggu akal fikiran sehingga membuatkan anda mengalami tekanan.

Jika tidak dikawal dengan baik, anda boleh menjadi sedikit kurang stabil dan cepat mudah marah.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah tekanan anda adalah dengan tanaman pokok hiasan.

Memelihara tumbuhan seperti pokok-pokok hiasan di ruangan pejabat atau rumah boleh meningkatkan penghasilan oksigen dimana menghirup udara segar dapat menurunkan emosi secara perlahan-lahan serta melapangkan kota fikiran anda.

Bagi menghilangkan stres, 5 tanaman ini boleh dijadikan pilihan untuk ditanam di dalam kediaman anda.

1. Dracaena (Dracaena fragrans)

Dracaena-fragrans-300x300 5 Jenis Pokok Hiasan Mampu Hilangkan Stress Anda!

Pokok bernama Dracena ini mempunyai 94% kandungan hijau dimana mampu menghasilkan banyak oksigen di ruangan anda. Pokok ini akan membantu menjaga peredaran udara dan membuatkan bilik anda tidak berasa pengap. Paling penting, pokok ini senang dijaga dan mampu hidup di kawasan rendah cahaya matahari.

2. Bromeliad (Guzmania lingulata)

Guzmania-lingulata-300x300 5 Jenis Pokok Hiasan Mampu Hilangkan Stress Anda!
Bromeliad adalah pokok yang mempunyai pelbagai jenis warna dan boleh mengatasi gas-gas benzene sehingga 92%. Untuk pengetahuan para pembaca, benzene merupakan gas toksik yang terkandung dalam pelupusan kenderaan bermotor serta asap rokok. Tidak pelik sekiranya anda ternampak pokok hiasan ini ada pada beberapa bilik merokok di sesebuah bangunan.

3. Spider Plant (Chlorophytum comusun)

Chlorophytum-comusun-300x300 5 Jenis Pokok Hiasan Mampu Hilangkan Stress Anda!

Selain di rumah, spider plant ini juga boleh di dapati dimana-mana sahaja teruramanya di kawasan taman-taman, hospital dan ruangan tertutup di pejabat. Tahukan anda, pokok hiasan ini mampu meneutralkan kandungan ethylbenzene hingga 62%, o-Xylene (93%) dan p-Xylenes (92%). Buat yang baru berjinak-jinak dalan berkebun, spider plant boleh dijadikan sebagai pokok permulaan sempurna buat anda kerana senang dijaga dan mudah hidup.

4. Jade Plant (Crassula argentea)

Crassula-argentea-300x300 5 Jenis Pokok Hiasan Mampu Hilangkan Stress Anda!

Pokok Jade Plant atau pokok duit Feng Shui ini adalah pokok kecil yang comel dan daunnya berbentuk seperti sudu. Memiliki kandungan hijau sebanyak 91%, tanaman ini turut membantu edaran udara di bilik supaya tidak pengap dan anda boleh menyedup oksigen dengan bebas.

5. Cactus Caribbean (Consolea falcata)

Consolea-falcata-300x300 5 Jenis Pokok Hiasan Mampu Hilangkan Stress Anda!

Anda peminat pokok kaktus? Adakah anda tahu bahawa kaktus yang tumbur subur di padang pasir ini dapat membantu pengedaran udara dan membantu melegakan tekanan. Ya, kaktus mampu menghalang lebih daripada 80% etilbenzena, p-Xylenes, dan aseton. Bukan itu sahaja, kaktus juga berupaya mencegah lebih kurang 60% benzena, toluena, dan o-Xylene.

azlan-150x150 5 Jenis Pokok Hiasan Mampu Hilangkan Stress Anda!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Atasi Tekanan Anda Dengan Pokok Hiasan #cara hilangkan stress #cara kurangkan stress #gambar pokok hiasan #hiasan pokok dalam pejabat #hiasan pokok dalam rumah #jenis pokok hiasan kecil #jenis pokok hiasan rumah #Jenis Tanaman Yang Boleh Hilangkan Stres #peranan pokok dalam pejabat #pokok hiasan #pokok hiasan dalam pasu #pokok hiasan dalam pejabat #Tanaman Ini Boleh Hilangkan Stress

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.