Nak Wajah ‘Hensem’ Seperti Fattah Amin? Boleh Cuba Petua Menarik Ini!

Gambar Hensem Fattah Amin

Fattah Amin, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri seni hiburan tanah air.

Selain berbakat besar sebagai anak seni, jejaka tinggi lampai ini turut dikurniakan rupa paras yang kacak dan mampu mencairkan hati setiap wanita di luar sana.

Malah, aktor drama bersiri Suri Hati Mr Pilot ini memiliki kulit yang mulus dan bersih. Rupa-rupanya, ini rahsia ‘hensem’ pelantun lagu Wanita Terakhir berkenaan.

Jangan buat masa masa, jom baca artikel dibawah!

1. Cuci Muka Maksimum 2 Kali Sehari

“Anda digalakkan mencucikan muka semaksimum 2 kali sehari dengan pembersih wajah pilihan. Ini adalah langkah paling asas dalam penjagaan kulit wajah kita. Ingat, jangan cuci muka anda dengan sabun buku. Bukan sahaja kasar, sabun buku boleh menjadikan kulit anda kering,” katanya.

2. Rajin Lakukan Rawatan Scrub

“Untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih dan berseri-seri, saya suka melakukan rawatan scrub. Rawatan ini boleh menanggalkan sel kulit mati yang menyebabkan wajah anda kusam dan tidak bermaya. Lakukan 2 atau 3 kali seminggu untuk kesan yang maksimum,” jelasnya.

3. Jangan Lupa Pakai Losyen

“Losyen tidak hanya bertindak sebagai pelembap bahkan menjadi pelindung kepada kulit kita semua. Jika pekerjaan anda seringkali terdedah pada cahaya matahari, anda disarankan menggunakan losyen yang mempunyai pelindung sinaran UV,” katanya.

4. Jangan Picit Jerawat

“Selagi boleh bersabar, jangan picit jerawat anda. Di samping menyakitkan, jerawat yang telah dipicit akan meninggalkan kesan luka dan parut jerawat. Jika anda ingin memicitnya, pastikan tangan anda bersih dan guna tisu untuk mengelap sisa jerawat,” jelasnya.

5. Trim Janggut & Misai

“Akhir sekali, jangan lupa untuk melakukan trim jika anda menyimpan misai atau janggut. Pastikan misai dan janggut di muka anda sentiasa ditrim untuk tampil kemas, rapi dan hensem,” katanya.

Sumber: Majalah Maskulin

Carian Berkaitan

Doa pakai wajah bersiri, pencuci muka lelaki

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cara Bagaimana menjaga Muka Untuk Lelaki #Cara Jaga Muka Dengan Betul #Cara Penjagaan Dan Melicinkan Kulit Muka Lelaki #Fattah Amin #Ini Rahsia Kacak Fattah Amin #Langkah Penjagaan Kulit Lelaki Yang Menarik Perhatian Wanita #Langkah Penting Dapatkan Kulit Wajah Yang Licin #Lelaki Juga Perlu Jaga Muka #Lelaki pun tau jaga wajah #Pencuci Muka Lelaki Terbaik #Penjagaan Kulit Muka Lelaki #penjagaan muka lelaki #Penjagaan Muka Lelaki: Supaya Bergaya dan Tampan #Rahsia Hensem Fattah Amin #Rahsia Pesona Fattah Amin #Tips Kacak Fattah Amin #Tips Penjagaan Wajah Untuk Lelaki

Contoh Format Resume Memohon Kerja Terbaik Dan Lengkap
Apa itu resume? Resume adalah satu dokumen ringkas namun padat yang menggambarkan profil diri,
Cara Melatih Anak Supaya Solat 5 Waktu
Untuk mengajarkan anak kecil solat memang amanah yang sukar. Apatah lagi untuk solat
Cara Tulis Surat Rasmi Permohonan kerja Dalam Bahasa Melayu@Inggeris
Surat memohon kerja WAJIB dilampirkan bersama dengan resume anda ketika membuat permohohan kerja.
Khasiat Bunga Telang Untuk Kesihatan
Bunga Telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea selalunya digunakan sebagai pewarna semula jadi

Comments are closed.