Ketahui Biodata Kumpulan Qanda, Boy Band Malaysia

Qanda Band Malaysia

Pengenalan Kumpulan Qanda

Qanda merupakan kumpulan yang menggabungkan lima orang anak muda dari selatan tanah air yang di cungkil bakatnya dan lantas disatukan dalam sebuah kumpulan tempatan di tanah air yang juga di bawah naungan oleh seorang penyanyi yang tidak kurang hebatnya iaitu Asfan Shah.

Kumpulan ini bukan hanya menjual rupa, selain menyanyi, mereka juga mempunyai bakat bermain muzik. Lima anggota kumpulan yang datangnya dari selatan tanah air (Johor dan Melaka) menceburkan diri di dalam industri muzik dengan memperjuangkan muzik dari genre pop rock moden.

Asfan selaku pencetus penubuhan kumpulan ini mahukan satu variasi di dalam industri muzik menerusi kelainan suara yang dimiliki oleh setiap ahli yang dipadukan menjadi harmoni yang bertenaga. Untuk pertaruhan pertama, lagu ‘Cinta Yang Sempurna’, dihasilkan dengan sentuhan lirik oleh Asfan Shah dan komposer Jimi Sofazr.

Lagu ini berkisarkan tentang percintaan yang semakin pudar namun kedua pihak tidak mahu melepaskan cinta tersebut dan membiarkan perpisahan mengakhiri percintaan tersebut. Lagu ini dicipta bagi menyampaikan apa yang tersirat di dalam hati seseorang terhadap kekasihnya.

Mari semak biodata kumpulan baru ini;

Biodata Qanda Band

Kumpulan : Qanda

Ahli :

  • Mohd Firdaus Baharom (Dude)
  • Noor Azlan Shah Shah Rudin (Aslan)
  • Noor Daniel Shah Shah Rudin (Daniel)
  • Muhammad Nooredaman Othman (Edaman)
  • Muhammad Aliff Tukiman (Aliff Amie)

Genre : Pop Rock, Modern

Lagu :

  • Cinta Yang Sempurna
  • Wanita Setia

Pencipta Penerbit Lagu : Asfan Shah

Info Menarik Qanda Band

  • Pemilihan ahli untuk kumpulan ini adalah berdasarkan bakat yang mereka miliki, mereka diujibakat menggunakan nota suara melalui Whatsapp kerana berada di Johor Bharu, Asfan percaya mereka adalah yang terbaik untuk menaggotai kumpulan ini.

Laman Sosial Qanda Band

Gambar Menarik Qanda Band

gambar-aliff-amie-qanda-150x150 Ketahui Biodata Kumpulan Qanda, Boy Band Malaysiagambar-aslan-qanda-150x150 Ketahui Biodata Kumpulan Qanda, Boy Band Malaysiagambar-daniel-qanda-150x150 Ketahui Biodata Kumpulan Qanda, Boy Band Malaysiagambar-dude-qanda-150x150 Ketahui Biodata Kumpulan Qanda, Boy Band Malaysiagambar-edaman-qanda-150x150 Ketahui Biodata Kumpulan Qanda, Boy Band Malaysiapenampilan-anggota-qanda-boy-band-malaysia-150x150 Ketahui Biodata Kumpulan Qanda, Boy Band Malaysiaqanda-band-malaysia-e1476630630484-150x150 Ketahui Biodata Kumpulan Qanda, Boy Band Malaysiaahli-kumpulan-qanda-150x150 Ketahui Biodata Kumpulan Qanda, Boy Band Malaysia

Loading...

Tags: #ahli kumpulan qanda #biodata qanda #boy band qanda #gambar ahli kumpulan qanda #Images for qanda band #kumpulan qanda #lagu qanda #profil qanda #qanda band #qanda band ahli #Qanda band Cinta Yang Sempurna #qanda band facebook #qanda band ig #qanda band lagu #qanda band penyanyi #siapa qanda band

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Ketahui Biodata Kumpulan Qanda, Boy Band Malaysia"